Skip to main content

Cerpen: Andaiku Tahu

ANDAI KU TAHU
JAMILAH MOHD NORDDIN

Panggilan telefon itu seakan sebuah tamparan yang hinggap di pipiku. Pedih dan terasa arus elektrik yang mengalirkan air jernih di pipiku. Pantas terbayang senyuman manis yang menabiri wajah bersihnya saban waktu berselisih di jalanan dan bersama-sama dalam usrah mingguan di institut pengajian ini. Betapa aku jadi rindu pada seraut wajah itu.

***

“Assalamualaikum.”

Murah bibir itu menutur salam walaupun aku lebih muda daripadanya. Dia muslim kental kefahaman agama. Dia mujahid yang lurus menjalankan dakwah. Walaupun diri ini bukan mengenali dirinya sepenuhnya, aku akur pada keluhuran peribadinya.Tegasnya dia ketika mengendalikan usrah saban minggu, namun teramat mengambil berat akan kebajikan kami, menjadikan aku ingin sentiasa mendampinginya.

“Abang tak pernah merasai manisnya hidup berkeluarga.”

“Habis, sebenarnya rumah Abang di mana?”

“Ya, abang menumpang kasih Tok Utih, Imam kampung kita. Dia memberi abang makan minum, pakaian,
menyekolahkan abang, Abang cukup terhutang budi pada Tok Utih.”

“Keluarga abang sebenarnya..” Aku mencelah cakapnya.

“Jom kita ke masjid. Dah hampir masuk waktu Asar.” Imran enggan meneruskan kisah hidupnya. Dan aku tak berhasrat untuk membantah. Menuruti langkahnya.

Aku mengenali Abang Imran lewat penglibatanku dalam pertubuhan anak-anak negeri di kolej ini. Menyertai usrah dan dia sebagai naqibnya. Terus terang aku amat selesa sebagai adik usrahnya. Pengisian yang menarik saban minggu, dapat berkongsi kisah peribadi, malahan Abang Imran langsung tak lokek jika salah seorang kami mempunyai masalah wang, walaupun aku sedar dia sendiri kadang menyekat makan kerana kekangan wang.

“Abang Imran, Naquib ada cerita nak kongsi dengan Abang.”

Aku menceritakan keretakan perhubungan aku dengan ayah tiri. Aku panggil Pak Cik, walaupun aku tahu ia tak selayaknya. Pak Cik suami Mak, yang kini mencari nafkah untuk aku dan adik-adik. Kelihatan seperti aku tidak menghargainya. Betapa sukarnya untuk aku menerima perkahwinan ini walaupun hampir sedekad berlalu, lewat pemergian ayah 15 tahun lalu. Aku bukan suka mengimbau kenangan, tapi mengapa berat benar hati ini mahu menerima Pak Cik? Memanggilnya Ayah. Gelaran yang layak untuk seorang lelaki bergelar suami Mak. Kenapa ada jurang yang besar antara kami? Hati seakan tidak dapat bersatu.

Abang Imran berkata sejurus kemudian. Aku terpukul dengan bicaranya.

“Naquib, pandang wajah Abang. Cuba lihat abang. Abang yang tak pernah merasai hangat kasih seorang Ibu, mesra pautan ayah, cuma ada Tok Utih yang rela menjaga abang. Abang bangga dengan apa yang kamu ada, dan seharusnya kamu bersyukur. Jika kamu merasakan ayah tiri kamu seolah-olah merampas kasih ayah kandung, cuba kamu fikir nasib kamu tanpa ayah tiri, sedangkan ayah kandung yang meninggal tak mungkin kembali.”

“Abang...”

Tak semena-mena ada air mengalir di pelupuk mata. Aku terlalu pentingkan diri. Pentingkan rasa hati yang masih belum puas dengan apa yang aku ada. Aku seakan mendambakan ilusi yang mana mungkin jadi kenyataan. Fatamorgana yang menipu. Bodohnya aku tak menghargai nikmat di depan mata sedangkan ramai yang tak berpeluang merasainya.

Atas nasihat Abang Imran dan pertolongan ALLAH, aku cuba mendekatkan diri dengan Pak Cik. Nampaknya Mak begitu gembira melihat anak sulungnya mula berubah ke arah yang lebih baik. Malah, Abang Imran memeluk aku erat mendengar perkhabaran ini. Aku nampak matanya begitu bahagia.
Aku jadi teringat pada sebuah artikel yang pernah aku baca. Tak pula aku ingat sumbernya. Pernah seorang anak menceritakan betapa kecewanya dia apabila mendapati ayah tiri yang selama ini menyara hidupnya meninggal dunia kerana dalam perjalanan pulang setelah membeli sepersalinan baju baru untuknya. Katanya selama bersama ayah tirinya, dia sering bersikap tidak endah. Menganggap ayah tirinya seolah pengacau kebahagiaan mereka. Dia lupa yang lelaki itulah yang memberinya pakai setelah dia menjadi suami emaknya. Sekarang hanya doa yang dapat dia berikan, dosa yang dilakukan moga ALLAH ampunkan.

“Naquib..”

***

Panjang pula lamunanku petang ini. Kematian Abang Imran memberitahu aku banyak perkara. Dan tinta dan madahnya selama aku menjadi anak usrahnya pasti tak akan aku persiakan untuk selamanya.

“Naquib tahu, sebenarnya Tok Utih jumpa Abang depan surau kampungnya. Sebagai siak, setiap pagi Tok Utih akan membuka pintu surau pada waktu Subuh. Dan pagi ketika Tok Utih menemui Abang, dia sudah bermimpi yang Tok Utih akan mendapat zuriat baru. Tok Utih jaga Abang, dibantu Mak Utih yang juga sudah lanjut usianya.

Mereka terlalu sayangkan Abang. Anak-anak yang lain semuanya sudah punya pekerjaan, namun tak berdengki dengan apa Abang dapat daripada Mak Utih dan Tok Utih. Abang rasa terlalu bertuah dengan kurnia ini.”

Aku capai bahu Abang Imran. Masih hangat kasihnya pada aku. Sampai kini aku terasa segar cerita yang Abang Imran sampaikan dua bulan lalu. Tak sangka, masih ada seribu rahsia yang Abang Imran sembunyikan daripada aku. Sakit. Ya, bukan mudah menceritakan derita sendiri pada orang lain. Kematian ini memberi ‘ibrah paling berharga dalam hidup. Belajar erti kesempatan yang jarang datang setelah ianya pergi.

Aku capai semula buku ‘Apa Erti Saya Menganut Islam’ yang dihadiahkan Abang Imran awal perkenalan kami. Belum pun aku hadami walaupun sudah beberapa kali aku ulang baca. Ya, aku akan lumati buku ini, amalkan apa yang ada dalamnya.

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                      قم اليوم فسر للوري آية الموت رحمت، مصير العالمين كما                      ترى وك

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub