Skip to main content

Cerpen: Aku Mahu Ke Sekolah

 
Aku Mahu Ke Sekolah
Jamilah Mohd Norddin

Rudy mencebik. Wajahnya masam, semasam limau kerat lintang yang banyak bertaburan di belakang rumahnya. Emak cakap Rudy tak boleh ke sekolah. Taraf kerakyatannya tiada. Tak cukup syarat. Dia tiada surat beranak macam Ani, anak Pak Mat jiran sebelah. Emaknya orang seberang. Ayah pula hanya ada permit kerakyatan yang perlu diperbaharui saban tahun. Hidup pun menumpang di tanah haram, didirikan rumah kilat, berlindung daripada panas siang hari dan kesejukan apabila malam menjelang.

“Rudy, Ibu jua bisa ngajari kamu ABC. Kamu bisa belajar sama Ani. Walau kamu tak dapat ke sekolah, kamu bisa belajar. Jangan begini, sayang.”

“Tapi, Bu. Rudy cemburu sama Ani. Kami sebaya, tapi dia sudah baca ABC dengan lancar.”

“Kamu juga sudah mampu baca alif, ba, ta. Itu kamu tidak bangga? Kita menumpang, Rudy. Bukan tanah kita, walau rumpunnya sama. Ibu sama ayah perlu cari wang untuk hidup.”

Rudy diam mendengar hujah ibunya. Saban hari Ibu mengajar ali ba ta, hinggakan sekarang dia mampu menghabiskan muqadam dengan dua kali khatam. Malahan sudah mula membaca surah Al-Baqarah. Tapi Rudy mahu bersekolah seperti Ani. Dia mahu belajar A, B, C. Juga mahu kenal 1, 2, 3.

Tapi rudy tetap menurut cakap Ibu dan Ayah. Dia sedar di mana kedudukannya selaku anak dagang di bumi yang penuh bangunan berceracak, manusia yang tak kenal hati perut. Walaupun dia tak bersekolah, realiti kehidupan seakan sekolah yang lebih ampuh dan memberi impak kepadanya. Pengalaman yang mengajar Rudy mengenal ragam manusia dalam usia muda. Tahu membezakan kejahatan dan kebaikan. Mahu memberi dan tidak sekadar menerima pemberian. Dia mahu jadi pandai seperti Ani yang ke sekolah saban hari. Bia dia tidak diejek dan diperkotak katik masyarakat yang buta nilai budi.

Rudy sudah pandai mengikut ayahnya ke tempat kerja. Menolong ayah mengangkat satu dua ketul bata di tapak pembinaan. Mengangkat setimba dua air untuk ayah bancuh simen buat membina rumah di tapak pembinaan itu. Kadang Rudy mengikut tanpa melakukan sebarang kerja. Memerhati tingkah pekerja yang kebanyakan senegara dengan bapa malahan ada yang dari Filipina, Bangladesh, malahan India sekalipun. Datang mencari rezeki di negara yang dikatakan banyak melimpahkan rezeki buat mereka. Fikir Rudy dengan kehidupan sekarang, jika kembali ke negaranya sudah mampu dibina rumah besar, boleh juga dia bersekolah.

Comments

Popular posts from this blog

Aku, Dia, Beliau dan Soalan-soalan

Suatu petang. Dia menembak beliau dengan soalan-soalan. Aku sebagai pendengar yang setia. Mencedok jawapan, mencelah dengan senyum, dan kembali diam. Sebenarnya semua ini tentang sebuah keberuntungan. Namun kesempatan yang tidak diendahkan. Sering begitu. Akulah yang belum cukup bersyukur dengan kesempatan yang diberi. 
Tentang syukur. Bagaimana untuk suka dengan kerja yang sdang kita lakukan. Oh, betapa ramai yang ingin berada di tempat engkau berada sekarang. Jadi, belajarlah bersyukurlah. Dengan bersyukur, kita akan usaha untuk lakukan yang lebih baik. Akan sentiasa perbaiki diri. 
Kemudian, letakkan cinta dengan apa yang sedang engkau lakukan Jangan hanya rutin. Cari sesuatu, selalu tambah kualiti diri. Sebab itu perlu ada perbincangan. Bukan hanya duduk. Dengan pergaulan, meluaskan pengalaman. Menambah pengetahuan. 
Kalau rasa ada yang tak kena, semangat makin merudum, ingat kembali niat semasa bermula. Tentu ada sebab engkau berada di sini. Mungkin sebenarnya niatmu sendiri yang …

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS
Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus.

NUSUS
Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini?
Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini:
قول طرفة بن العبد:
نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر
طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil al-muall…

Cerpen: Kembali Bertaut

Kembali Bertaut Jamilah Mohd Norddin
Nazim menelentang di katilnya. Dia mengenang akan pemergian isterinya yang membawa diri. Kedegilannya yang tidak mahu berganjak daripada keputusan yang diambil menjadikan dia seorang perindu. Benarlah kata orang perpisahan mengajar makna kesetiaan. Dia sedar isterinya telah banyak bersabar dengan kerenahnya saban hari. Isterinya telah banyak berkorban untuk kesenangan mereka berdua. Namun saat itu ingatannya hanya tertumpu pada setiausaha genit di pejabatnya, Syahdah.

“Abang, esok kita balik rumah mak Jasmin. Tadi Abah telefon, katanya Mak sakit kuat.”

Selesai makan malam Jasmin meluahkan apa yang terbuku di hatinya. Dipandang wajah Nazim yang seolah-olah khusyuk membaca majalah. Nazim langsung tidak mengendah akan apa yang diucapnya. Biarlah hatinya menahan jengkel, ditahan juga rasa hati memandangkan statusnya sebagai seorang isteri.

“Abang dengar ke idak apa yang Min cakap?”

Jasmin kembali menyoal apabila Nazim hanya membantu. Sakit hati Jasmin melih…