Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2011

masih.

.belum pulang ke kampung sebagaimana sepatutnya.
.Oh, aku juga semakin tidak kenal dengan diri sendiri. Mahu SEGERA kembali. Mengenal diri yang dulu. Semangat lama.


Semakin membantah.
Dalam diam dan nyata.
Kata seseorang aku tidak suka di bawah arahan.
Sedang aku suka mengikut perintah.

Syaitan.
Hati yang kotor.

Memang mudah aku cakap itu ini begitu begini.
Memang senang aku menulis macam-macam perkara.
Sedang hakikatnya....

Takut dengan diri sendiri dan tidak berusaha untuk lari.
Bukan aku tidak cuba untuk berlawan dengan 'dinasour' dalam diri, sering pula berakhir dengan tidak mengerti.

Dia berkata.
Aku membantah.
Syukur sebenarnya masih ada yang mahu menegur aku.
Siapakah yang tidak mahu berubah?
.Tidak ada sesiapa.

Jika orang lain penat dengan diri ini, apatah lagi batang tubuh yang menghadapnya hari-hari.

Belakang orang senang aku kata mahu jujur. Mahu bercerita.
Mengapa suara itu tidak terluah ketika di depan mata?
Hanya akan menyakitkan dan terus menyakitkan.

Akukah yang terlalu melayan '…

Masih Aku Di sini...

Aku tahu betapa kesakitan menyakiti perasaan orang lain lama-lama akan merantai diri. Ia sesuatu yang tidak dapat dinukil dengan aksara dan diterjemah dengan titisan air mata. Lukanya akan kekal di situ hingga ia sembuh sendiri.

Berulang kali mereka memberi mesej bertanya sudahkah aku mendapat kerja. Aku tidak kisah. Semuanya terjadi kerana perbuatan aku dan dangkalnya diri dalam mencari kehidupan sendiri. Belajar main-main seolah-olah semuanya akan dapat dengan hanya pejamkan mata. Aku tahu, aku tidak serius langsung dalam belajar. Allah memberi lebih. Lebih daripada usaha aku selama ini.

Menulis di sini banyak membuka pekung di dada sebenarnya. Biarlah. Kalian yang membaca apa yang aku tulis, usah menjadi seperti aku. Aku yang pandai menyakiti namun tidak pantas meminta maaf. Aku yang suka ikut perasaan, tidak pandai meluah rasa, egositik, sombong, tidak pernah tolong orang. Apa yang kalian baca, apa yang kalian lihat segala yang aku nukil dalam manuskrip ini, adalah terjemahan rasa. …

Durrah Nur Aqilah: Kisah Berulang.

Ya Allah, semua yang Engkau beri adalah yang terbaik untuk aku. Aku percaya dan sangat percaya sesungguhnya Allah mengaturkan yang terbaik walaupun pada zahirnya seakan ia meragut separuh kekuatan diri yang baru bertunas semula. Kisah berulang lagi dalam versi berbeza.

Ya Allah, sesungguhnya akan aku terus bangkit dan bangkit demi sebuah kehidupan. Sedar aku bahawa telah banyak masa yang aku bazirkan, Telah beribu duit kakak-kakak digunakan untuk aku, tidak terkira pelaburan ayah untuk aku. Aku tahu, akan sampai mereka penat dengan ulah yang aku reka. Akan tiba satu saat aku perlu menanggung akibat daripada satu demi satu peristiwa yang terjadi dalam lipatan kisah harian aku.

Salah aku.
Bukan salah orang orang lain.
Bukan salah sesiapa.

Lalu, semalam, air mata itu menganak sungai lagi. Sukar untuk dihentikan sebagaimana sukar aku memulakan tangisan. Air mata ini terhad pada masa dan tempoh tertentu sahaja.

Akhirnya, aku percaya dan terima. Ini takdir terindah dalam hidup aku.

Walaupun ayah a…

Random Rant 7

Rasa bahagia sudah membersihkan kesan kedatangan monyet semalam. (perlukah aku tuliskan juga di sini?) haha. Yang penting aku puas. =)

Yeay!

Panjat tingkap.
Alihkan semula tilam ke tempat asal.
Turunkan loker makanan ke tempatnya.
Basuh cadar, langsir, selimut, dan semua tupperware serta bekas makanan.
Cuci tingkap kesan susu tepung yang dilarikan monyet.
Lap lantai.
Cuci kipas.

Cukup.

Rasa bahagia apabila semuanya kembali ke asal.
Cuma memang tingkap itu langsung tidak dibuka kini. Haha. Untuk keselamatan diri sendiri dan teman sebilik.

Seronok juga apabila kembali meletakkan tilam di tempatnya, aku tiada ruang lagi untuk berlena-lenaan sesuka hati.

BAHAGIA!

Bahagia itu tidak dapat diungkap dengan kata-kata kan. Sekali sekala aku melakukan kerja dengan sepenuh kudrat dan kesungguhan yang luar biasa.. Rasa puas apabila melangsaikannya.

Petang tadi, memaksa diri melakukan sesuatu hingga akhirnya malam itu ia berulang lagi, tanpa aku perlu paksakan diri. Melayan diri. Aku tidak pernah dan belum berasa…

Lagu Jiwang.

Yovie & Nuno - Menjaga Hatimasih tertinggal bayanganmu
yang telah membekas di relung hatiku
hujan tanpa henti seolah bertanda
cinta tak disini lagi kau telah berpaling

biarkan aku menjaga perasaan ini menjaga segenap cinta yang telah kau beri engkau pergi aku takkan pergi kau menjauh aku takkan jauh sebenarnya diriku masih mengharapkanmu ooh oooh
masih adakah cahaya rindumu
yang dulu selalu cerminkan hatimu
aku takkan bisa menghapus dirimu
meskipun kulihat kau kini diseberang sana


andai akhirnya kau tak juga kembali
aku tetap sendiri menjaga hati


sejujurnya ak masih mengharapkanmu
oooh ooohh

*** Aku mula mendengar lagu ini apabila melihatnya tajuknya di laptop kak Ema. Mendengar sekali terus aku mendengar berulang kali tanpa jemu. Entah, yang pasti aku sukakannya dan tidak jemu-jemu mengulang dengar....

Alkisahnya cik Nyet di D4.4

Hari ini cuaca terang. Malah lebih terang daripada hari-hari biasa. Aku sudah pulang daripada Teratak Gumbira dan kembali ke Teratak Damai. Petang ini Imtihan nihaie Lisaniyyat sebagaimana yang dijadualkan. Sampai sahaja, terus jendela aku buka seluas-luasnya dan langsir diselak selebar mungkin. Ini tabiat apabila aku ketika berada di bilik bagi memastikan udara bersih masuk ke dalam bilik aku.

Semuanya seperti biasa. Membancuh susu sejag untuk diminum dan melihat baki susu yang tinggal dalam botol. Sasaran aku adalah untuk menghabiskannya sebelum bercuti selama dua bulan. Lalu, susu berbaki aku pindahkan ke dalam bekas lain.

Alkisahnya, tengahari aku menyeterika baju sebanyak dua helai untuk dipakai petang ke dewan peperiksaan dan kemudiannya mahu berehat lagi di bawah meja. Kononnya melepaskan lelah sambil tangan enak menconteng buku catatan.

Ternampak seakan benda blat bergerak-gerak. Hati berdetik : “Apakah?” Dalam fikiran sudah ternampak bermacam bayangan akibat pengaruh televisye…

Short Sem's Story: Words to Say

1. Aku hanya mengambil satu subjek untuk semester pendek ini. Sengaja, walaupun hakikatnya banyak masa telah aku bazirkan dengan hanya melepak bawah meja. Masih lama aku di sini dan tentu sahaja sahabatku akan grad terlebih dahulu berbanding aku.

2. Hari ini kelas terakhir sebelum imtihan nihaie Khamis ini. Alhamdulillah kerana aku lebih suka periksa awal daripada lama terpaksa menunggu sebelum tiba hari peperiksaan. Alhamdulillah, insya Allah akan tamatkan semester ini tanpa masalah seperti yang lalu. Macam-macam masalah suka direka dan telah menyusahkan sahabat-sahabat aku. Maafkan aku.

3.Recovered. Demam mengada-ngada aku sudah hilang. Memang manjakan diri walaupun sedikit. Ahaks. Susah dan tidak akan mengaku depan orang sebab sebenarnya tidak ada apa-apa yang dibimbangkan. Masih sempat ke OTK, masih boleh turun-naik-turun naik tangga untuk menonton televisyen di bilik tivi. Aku ini memang suka makan lada dan mengada-ngada... Semoga sesiapa yang demam dan sebagainya sembuh segera fat…

Cerpen: Aku Mahu Ke Sekolah

Aku Mahu Ke Sekolah Jamilah Mohd Norddin
Rudy mencebik. Wajahnya masam, semasam limau kerat lintang yang banyak bertaburan di belakang rumahnya. Emak cakap Rudy tak boleh ke sekolah. Taraf kerakyatannya tiada. Tak cukup syarat. Dia tiada surat beranak macam Ani, anak Pak Mat jiran sebelah. Emaknya orang seberang. Ayah pula hanya ada permit kerakyatan yang perlu diperbaharui saban tahun. Hidup pun menumpang di tanah haram, didirikan rumah kilat, berlindung daripada panas siang hari dan kesejukan apabila malam menjelang.

“Rudy, Ibu jua bisa ngajari kamu ABC. Kamu bisa belajar sama Ani. Walau kamu tak dapat ke sekolah, kamu bisa belajar. Jangan begini, sayang.”

“Tapi, Bu. Rudy cemburu sama Ani. Kami sebaya, tapi dia sudah baca ABC dengan lancar.”

“Kamu juga sudah mampu baca alif, ba, ta. Itu kamu tidak bangga? Kita menumpang, Rudy. Bukan tanah kita, walau rumpunnya sama. Ibu sama ayah perlu cari wang untuk hidup.”

Rudy diam mendengar hujah ibunya. Saban hari Ibu mengajar ali ba ta, hinggakan …

Random Rant 6

Alhamdulillah, saya santai dan dapat mengikut pengajaran ustaz sampai sudah. Bukan selalu akan rasa begini. Hari-hari terakhir mungkin diselubung syahdu akan meninggalkan ustaz yang sangat baik dan bercuti dua bulan, namun semangat masih berbaki untuk meneruskan baki seminggu sebelum peperiksaan akhir 23.6.2011 ini.

Kalimah apakah lagi yang dapat saya lafazkan melainkan rasa syukur dan terima kasih atas setiap kurnia yang Allah berikan setiap hari. Setiap hari, terasa ada perkara terisi, tidaklah saya asyik bersembunyi bawah meja dan melenakan diri. Terima kasih kakak mengajak saya 'lepak' dan 'bercuti' di sana. Sesungguhnya saya juga tidak betah bersendiri dalam bilik, dan hanya menghadap meja yang kaku tidak bersuara itu. Hanya tinggal beberapa minggu untuk kita bersama sebelum cuti yang panjang...

SABAR. Memang kalian sangat sabar kerana dapat bertahan dengan perangai saya yang kadang sukar diramal. Hanya mereka yang SABAR dengan perangai saya yang satu ini dapat teru…

Cerpen: Andaiku Tahu

ANDAI KU TAHU JAMILAH MOHD NORDDIN
Panggilan telefon itu seakan sebuah tamparan yang hinggap di pipiku. Pedih dan terasa arus elektrik yang mengalirkan air jernih di pipiku. Pantas terbayang senyuman manis yang menabiri wajah bersihnya saban waktu berselisih di jalanan dan bersama-sama dalam usrah mingguan di institut pengajian ini. Betapa aku jadi rindu pada seraut wajah itu.

***
“Assalamualaikum.”

Murah bibir itu menutur salam walaupun aku lebih muda daripadanya. Dia muslim kental kefahaman agama. Dia mujahid yang lurus menjalankan dakwah. Walaupun diri ini bukan mengenali dirinya sepenuhnya, aku akur pada keluhuran peribadinya.Tegasnya dia ketika mengendalikan usrah saban minggu, namun teramat mengambil berat akan kebajikan kami, menjadikan aku ingin sentiasa mendampinginya.

“Abang tak pernah merasai manisnya hidup berkeluarga.”

“Habis, sebenarnya rumah Abang di mana?”

“Ya, abang menumpang kasih Tok Utih, Imam kampung kita. Dia memberi abang makan minum, pakaian,
menyekolahkan abang, Aban…

Entri yang tidak perlu dibaca,.

Ya, aku memang suka menulis diari. Namun tidak setiap hari aku akan menulis diari. Macam aku menulis blog, menulis untuk diri sendiri, menulis untuk penulisan dan segala macam menulis. Aku tiada disiplin dalam penulis dan lebih mengikut mood dan rasa mahu menulis apa. Selalunya ketika tension atau aku mahu naikkan semangat aku mengabadikan kenangan dan perasaan, aku akan mula menulis.. Gambar di atas dengan tiada kerjanya aku tampalkan di sini. Bermula daripada aku sekolah menengah hingga diari terkini.

Sebenarnya buku catatan dna tidak boleh dikatakan diari sebab aku tidak menulis dalam diari tahunan. Aku lebih gemar membeli buku kulit kerasa disebabkan aku bebas menukil sebanyak mana aksara dan menconteng dengan bebas tanpa tertakluk pada tarikh tertentu. Oh, aku sukakan kebebasan dan sangat rimas pada kongkongan dan tirai besi.

Dalam diari aku akan tulis dengan bebas tanpa sekatan dan bagi yang menemuinya seakan menemui banyak rahsia kehidupan aku (oh, macamlah aku ada rahsia.) Tetap…

KAU ILHAMKU

*edisi posting semula.
*mode bercuti + bersiar-siar menunggu final.

*** Mendengar lagu Kau Ilhamku nyanyian Man Bai mengingatkan aku kali pertama aku cuba menghasilkan karya(cerpen). Sebelum ini jika di sekolah rendah, bolehlah aku membuat karangan bertulisan tangan yang habis cantik itu, hantar pada Rancangan Kak Yong bersama Adik-Adik. Dapat RM50. Bagi budak sekolah rendah seperti aku, siapa yang tidak meloncat jika berjaya pegang duit sendiri. Hasil karangan yang tidak seberapa. Aku ingat, tahun 1999, karangan pertama aku bertajuk “hobi saya”, adalah karangan ulung yang menembusi radio.
Kemudian aku dengar tentang Kelab Sayang di Sayang di Radio Malaysia Kedah (sekarang Kedah FM). Setiap kali menghantar memang akan dapat sebuah buku. Memang seronok.
Cerpen pertama yang berjaya aku siapkan –sebelum ini semuanya terbengkalai- ketika di bangku SMKAB di tingkatan tiga. Menunggu keputusan PMR diumumkan. Aku gunakan kesempatan ini untuk cuba-cuba mengarang. Bukan serius. Merujuk cerpen-cerp…

Cerpen: Kembali Bertaut

Kembali Bertaut Jamilah Mohd Norddin
Nazim menelentang di katilnya. Dia mengenang akan pemergian isterinya yang membawa diri. Kedegilannya yang tidak mahu berganjak daripada keputusan yang diambil menjadikan dia seorang perindu. Benarlah kata orang perpisahan mengajar makna kesetiaan. Dia sedar isterinya telah banyak bersabar dengan kerenahnya saban hari. Isterinya telah banyak berkorban untuk kesenangan mereka berdua. Namun saat itu ingatannya hanya tertumpu pada setiausaha genit di pejabatnya, Syahdah.

“Abang, esok kita balik rumah mak Jasmin. Tadi Abah telefon, katanya Mak sakit kuat.”

Selesai makan malam Jasmin meluahkan apa yang terbuku di hatinya. Dipandang wajah Nazim yang seolah-olah khusyuk membaca majalah. Nazim langsung tidak mengendah akan apa yang diucapnya. Biarlah hatinya menahan jengkel, ditahan juga rasa hati memandangkan statusnya sebagai seorang isteri.

“Abang dengar ke idak apa yang Min cakap?”

Jasmin kembali menyoal apabila Nazim hanya membantu. Sakit hati Jasmin melih…

Cerpen:Azimat Daripada Ayah

Azimat Daripada Ayah FOKUS SPM APRIL 2008 Jamilah Mohd Norddin
Keengganan Ayah membenarkan Ikrimah menyertai Kem Penulis Muda 2007 benar-benar membuatkannya hampa. Dia membatu di dalam bilik. Merajuk. Diambilnya kertas yang diserahkan oleh ayah sebentar tadi. Sesuatu yang dia sendiri tidak menyangka. Dia terpilih untuk menyertai Kem Penulis Muda di Pusat Peranginan Ombak, Negeri Sembilan.

“Tahniah kerana anda telah tepilih untuk menyertai Kem Penulis Muda 2007 di Pusat Peranginan Gombak, Negeri Sembilan. Pemilihan dibuat berdasarkan karya-karya terbaik yang tersiar di dalam majalah terbitan Kumpulan Karangkraf. Hanya 20 peserta terbaik yang dipilih tahun ini. Tahniah diucapkan.”

Sebenarnya Ikrimah tidak akan maklum tentang berita itu jika dia tidak pulang ke kampung minggu ini. Pelajar asrama sepertinya mempunyai masa-masa tertentu untuk dibenarkan pulang. Terbayang-bayang emak yang tentu menanti kepulangannya. Tidak sangka rupa-rupanya kepulangannya kali ini membawa berita yang dinantikan…

Cerpen: Ada Ruang Untuknya

ADA RUANG UNTUKNYA Remaja Oktober 2008 Lu'luah Nur Jamilah




Syuhada berteleku, tunduk menekur di katilnya. Hening Aidilfitri membangkitkan rasa keinsafan dan kerinduan yang amat sangat. Bagai termimpi-mimpi. Terus terdengar-dengar segala kesilapan selama hayatnya. Air mata mengalir bagaikan laluan air di lereng bukit, mengalir tanpa henti. Tak ada yang menahan, dia membiarkan pipinya basah.

'Oh Tuhan, apa yang hamba dapat lakukan? Hamba berdosa, Tuhanku, hamba terlalu ingin menyucikan diri hamba. Hamba mengalirkan air mata keinsafan. Tuhan, hamba merenung noda-noda semalam yang ditinggalkan yang melakar dosa-dosa yang hamba lakukan? Ya Tuhan, adakah hanya saat ini? Saat hamba tekun di sejadah, hamba terasa akan hadir-MU. bantulah hamba, wahai Tuhan yang Maha Pengampun.’


Cuaca cemerlang pagi itu. Sang suria tanpa segan memancarkan dirinya dari balik banjaran Bintang yang tegak terpasak di bumi. Awan biru menandakan cuaca baik pagi itu. Syuhada menghabiskan baki cuti semesternya di r…

Cerpen: Sepatu Baru

 SEPATU BARU Jamilah Mohd Norddin




Tup,tap, tup, tap, tup,tap. Bunyi tapak kasut yang baru dibeli dari Nilai Square siang tadi kuat berdetak hingga dapat didengar dari tingkat tiga Mahalah Ummu Salamah, Pusat Asasi Nilai. Ada rasa tak selesa bila memakainya. Tumit sepatu ini walaupun hanya dua inci, menyebabkan aku tak senang hati. Kaki jadi lenguh, langkahku terbatas. Jalanku jadi ala model atas pentas. Aku tak suka begini. Namun ini sepatu bertumit suku inci yang aku sendiri pilih, pandai pula mulut mengutuk. Tadi aku malas berlama-lama memilih, sementelah aku bukannya cerewet, suka menerima walaupun itu bukan yang terbaik. Sepatu baru ini benar-benar membuatkan aku rimas ketika berjalan. Tak boleh melangah laju macam Jepun, bimbang terjelepok. Jalan terlalu perlahan pula, kaki aku cepat lenguh.

"Susah benar mencari sepatu sekarang. Kebanyakannya tak memuaskan hati aku. Masalah betul."

"Kenapa, apa silapnya?"

Aku mencelah walaupun sebenarnya teman aku ini mahu men…

RANDOM RANT 5

Perjalanan semalam panjang. Melebihi hari-hari biasa. Sepatutnya jam 7 malam sudah sampai Puduraya kerana bertolak dari Parit Buntar dan bukannya Kulim. Disebabkan cuti Umum dan majlis kahwin yang banyak minggu ini, suasana macet sekali. Melalui jalan lama sekalipun tetap macet. Hingga akhirnya aku lena apabila tidak tahu dibuat dalam perjalanan yang panjang. Mujur juga dipasang layar untuk mengisi masa yang lama atas bas tambahan yang diambil kerana tiada pilihan lain.

Berkira-kira untuk tidak pulang, namun akhirnya aku tegak berdiri di depan rumah. Pulang untuk meraikan kakak di rumah pengantin lelaki -di kampung seberang-.. Alhamdulillah..

Semuanya berjalan lancar dan selamat menempuh alam rumah tangga untuk kak Ina. Semoga menjadi isteri solehah dan mendapat zuriat penyejuk mata penyambung keturunan...

Oh, aku baru tersedar yang dalam kekerasan yang cuba aku zahirkan pada wajah, aku sebenarnya sensitif. Hanya disentuh sedikit aku akan meradang dan melawan. Emosi akan cepat terzahir p…

lapang

Aku jauh ketinggalan.
Langsung tidak pernah membaca buku La Tahzan karang Dr 'Aidh al-Qarni itu,
Hanya mendengar bicara orang tentang buku 'berbisa' itu, namun tidak pernah terbuka hati untuk membaca.
Dalam 'TEKAD' aku selit cerita salah seorang watak hadiahkan buku La Tahzan kepada sahabatnya, sedangkan aku langsung tidak pernah baca.

Lalu, aku perlu menghadam buku ini atas kehendak manuskrip yang perlu dipanjangkan itu..

Mari aku kongsikan sedikit, sebab hari ini tiada isu untuk aku contengkan dalam manuskrip ini. Beberapa kali buka, akhirnya aku perlu juga tulis sesuatu... walaupun aku tahu sampai satu masa aku jadi penat menulis... yang tidak aku kotakan, sebagaimana sering aku mungkir pada kata bernama JANJI.

*** .....Adapun perkara yang melapangkan dada adalah seperti berikut:
Ilmu yang bermanfaat, kerana orang yang berilmu (para ulama) adalah orang yang paling lapang dadanya, orang yang paling bahagia kerana merekalah pemegang warisan yang ditinggalkan Rasulullah.Am…

Perihal Janji.

Senang untuk menutur janji, namun sukar untuk mengotakan semua yang telah dilafaz. Tidak kisahlah janji dengan diri sendiri orang atau orang lain.

Janji dengan kanak-kanak jangan sekali dimungkiri. Mereka punya ingatan yang kuat dan akan ingat segala janji kita kepada mereka. Walau kita 'menipu' atau 'berhelah' dengan mereka, mereka akan katakan ia sesuatu yang benar.

Mereka manusia suci yang tidak faham apa itu tidak betul, tidak benar atau tipu.

..Maka aku benar-benar terperangkap dengan janji..

Sudah berapa banyak agaknya janji yang telah aku taburkan namun tidak pula aku penuhi? Berdosa...

Bersalah tidak memenuhi janji. Kadang sengaja dimungkiri, ada ketika 'pending' , lalu mesej yang disampaikan tidak sampai pada aku. Janji hanya tinggal janji.

Esok aku berjanji untuk menyerahkan manuskrip yang siap diedit dan diolah semula kepada yang sepatutnya. Hakikatnya, belum satu muka yang aku sentuh.

Semalam sudahlah seharian aku habiskan dengan melayan kerenah diri sendi…

Dia Yang Bernama...

Dia yang mula menegur aku ketika sedang berbaris waktu kami di CFS IIUM, Petaling Jaya. Ketika taaruf week.. Beliau menegur key chain yang ada pada beg aku...
Kemudian kami berkenalan... Sama-sama sekelas. Sama-sama satu blok.. Mula rapat, satu demi satu cerita terukir...
Kemudian pindah ke Nilai, Masih rapat,  Namun apabila sudah tidak sekelas, Masa bersama semakin tiada, Secara tidak sedar, makin menjauh...
masing-masing bawa haluan... Pernah sebilik, aku pula yang cipta masalah. Masalah yang timbul dalam diam.
Akhirnya... Apabila di UIAM Gombak, Makin berjarak,
... Alhamdulillah, dia makin berjaya, Dia seorang yang ceria, Aku suka bila bersama dia yang sentiasa bersemangat, Tersenyum... Dan dia lebih muda daripada aku beberapa bulan..
....

NADIA... Selamat hari lahir ke-21.. Semoga Allah lindungi hidup kamu sokmo..

daripada, Jamilah Mohd Norddin. (Semoga aku tidak lupa memori yang pernah tercipta)