17 May 2011

zon selesa.

Suatu ketika di astaka, ketika mereka berbicara tentang sesuatu yang aku tiada pengetahuan tentang hal itu, aku hanya diam. Memang apabila aku tiada kata untuk terluah aku hanya diam dan terus diam. Walaupun akan terbit rasa bersalah kerana aku tidak pandai merespon kepada perbualan orang lain. Mereka bicara tentang dunia aku, dapatlah aku mencelah,... Tentang buku, tentang penulis, tentang beberapa perkara, namun terasa dungu kadang-kadang apabila tidak berjaya mendalami perbualan.. Aku tidak fokus dan mudah melupakan.

Sampai sekarang ketika usiaku sudah melebihi angka dua puluh, terasa diri masih seperti itu. Zon selesa sentiada melingkungi diri, hingga aku terasa betapa tida perlu untuk aku keluar daripada zon itu. Suatu ketika, aku pernah di'tarik' untuk masuk ke dunia yang mengajar aku erti kehidupan, namun akhirnya aku kembali ke dunia sendiri. Satu dunia yang sebenarnya sangat manis untuk aku kenang kerana ketika itu, setiap pengalaman aku bisa curahkan menjadi penulisan... Sekarang, dengah pengetahuan terbatas, pergaulan terhad dan perasaan yang ling-lang-ling-long, aku hanya bergerak dan terus berdiri...

Sampai bilakah begini?

Sekian.

Entah apa aku rapukan.
2345@Qamar Jamilah

***
Lama tidak bermain dengan bunga manggar.. Terasa seronok pula berada dalam suasana mahu kenduri. Memang tidak rugi aku pulang awal. Alhamdulillah... =) apa agaknya perasaan aku bila melihat sahabat sendiri yang berkahwin? Ini ahli keluarga sendiri.. Doaku, semoga mereka yang melangsungkan perkahwinan aman bahagia dunia akhirat...

Sesungguhnya mencari anak yang soleh bermula dengan pembaikan diri dan mencari pasangan hidup terbaik. Namun, Allahlah Yang Lebih Mengetahui jodoh kita.. Diberikan kita yang terbaik!!! Semua yang Allah beri terbaik. Yakin!

No comments: