Skip to main content

tulisan buat diri...



Sekarang menulis manuskrip tidak lagi berada pada tingkat atas perkara yang mesti aku lakukan. Hanya menulis apabila kesempatan itu datang dan aku berada depan laptop. Besar hikmahnya apabila laptop aku putus wayarnya. Sekurangnya masa untuk aku 'merapu' dapat dikurang menjadi minimum. Apa tidaknya sebelum ini sentiasa sahaja aku berada depan laptop dan menaip itu ini. Sungguh benar semuanya terbaik untuk aku.

Menyusuri perjalanan semester ini yang berbaki seminggu. Terfikir apa yang bakal aku lakukan setelah selesai semester pendek kelak. Almaklumlah September nanti barulah bermulanya semester baharu untuk sesi 2011/2012. Semester depan ada rancangan besar yang perlu dilangsaikan namun aku masih diam tidak bergerak walau seinci lagi.

Walaupun hanya sesekali aku dapat update dan menconteng dalam manuskrip ini namun sebenarnya rasa cinta untuk menulis itu belum berkurang. Walau terbatas masa, pasti akan menjenguk juga blog-blog yang menjadi kunjungan wajib.... Membaca cerita manusia lain membuatkan aku juga berfikir tentang diri sendiri. Betapa andai kita rasa kita susah, ada yang lebih susah. Andai kita kata kita yang paling payah, ramai yang berusaha bangkit daripada kegagalan. Kita kata kita sakit, berapa ramai yang berusaha melawan ujian kesakitan yang Allah berikan kepada mereka. Kita belajar dengan apa yang kita lihat, dengar, baca, perhati.. Bukan hanya dalam buku dan silibus. Apa yang ditulis dalam kertas peperiksaan bagi aku hanya 2 peratus daripada ilmu yang kita dapat daripada kehidupan. Silibus yang mengajar tentang teori semata namun kehidupan mengajar kita bagaimana mahu hidup dengan baik. Allah...

Aku MESTI bersyukur sebab Allah beri aku kesihatan. Alhamdulillah.
Aku MESTI bersyukur sebab Allah beri aku nikmat akal dan kemudahan. Alhamdulillah.
Aku MESTI bersyukur Allah masih pinjamkan aku udara untuk bernafas.

Percayalah wahai diri, YAKIN itu pertama,
BERANI itu nombor dua,
BUAT itu nombor tiga,
BUANG MALU itu kena juga...

Sesungguhnya setiap manusia berhak untuk berubah sebagaimana Allah boleh lenturkan hati kita ini jadi baik atau kita terjatuh dalam jurang kejahatan. Semua manusia itu manusia biasa yang akan tetap dan sentiasa melakukan kesalahan. Bukankah yang paling baik itu mereka yang cepat berubah setelah melakukan kesilapan.

Tidak mungkin dan mustahil untuk aku berubah secara drastik. KETAKUTAN dalam diri yang masih ada dan rasa tidak percaya masih tebal... Dikikis sedikit demi sedikit dan cuba untuk bersuara pada tempatnya. Ada perkara yang aku berdoa supaya aku tidak diuji dengannya lantaran terasa yang aku bukanlah kuat untuk melaluinya..

Namun aku insaf....

Insaf pada sesuatu yang pernah aku mohon ketika kecil untuk melaluinya... Namun Allahlah yang Maha Mengetahui bahawa Jamilah tidak layak dan tidak kuat untuk melaluinya. Lantas ternyata hanya dengan melihat dengan mata kepala apa yang terjadi... Astagfirullah...

Ya Allah, Jangan Kau uji aku dengan ujian itu...

Sesungguhnya Allahlah Yang Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui akan segala sesuatu...

Bicara kita, tingkah, penerimaan dan penafian kita adalah doa...

Kadang-kadang selalu juga diri terkena...

Apabila orang sekeliling berkata yang baik, aku menafikan lalu berkata aku bukan begitu. Namun rasa aku mungkin lebih baik jika diaminkan ia semoga ia menjadi doa yang makbul... Siapakah yang tahu saat mana doakan akan dimakbulkan? Maafkan khilaf hamba Ya Allah..

Mungkin kata-kata yang mereka ucapkan ALlah ilhamkan buatnya, lantas mengapa aku menafikan.....

benarkah begitu?

Allah Ya Allah....

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                      قم اليوم فسر للوري آية الموت رحمت، مصير العالمين كما                      ترى وك

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub