Skip to main content

..Sweet Home...

PAGI.
Bertemu sahabatku seketika di Maktabah sebelum terperangkap di sana kerana hujan mencurah seakan tidak mahu reda. Hujan yang lebat hampir sejam. Aku sudah berkira-kira mahu membatalkan kepulanganku hari ini jika hujan berlanjutan hingga petang. Alhamdulillah, menjelang tengahari, hujan sudah berhenti dan aku menjejak kembali Puduraya yang baru dibuka setelah setahun ditutup atas sebab penyelenggaraan.

PUDURAYA
Hampir jam 3.00 petang aku tiba di Puduraya setelah hampir 45 minit berada dalam perut Metrobus 91. Wah, kondusif juga keadaannya. Nampak lebih luas dan lapang. Cuma seperti biasalah, di sini aku sering nampak wajah penduduk kota. Melihat Kuala Lumpur bagi aku salah satu dengan duduk di sini dapat nampak wajahnya...

Masuk sahaja bangunan terus disapa oleh pengawal yang bertugas bertanya arah tujuan. Tentu sahaja hari baru mereka mahu berikan yang terbaik. Memang pun, terpinga ada juga.

Terus menuju kaunter Plusliner sebelum menapak ke tempat lain.

Kini membeli tiket di tingkat satu.
Surau di tingkat 2.
Kedai makan tingkat atas sekali.
Ada ruang menunggu yang lebih luas.
Sudah nampak dua kedai buku. :)
Sejuk.
Tapi orang ramai dan sesak memang sinonim. Memang namanya stesen bas.. =)

PULANG
Dapat tempat duduk 8C namun aku duduk di kerusi 9C, kerusi paling belakang. Seronok juga, sambil memandang luar tingkat dan perhati pemandangan sebelum hilang dalam dunia sendiri. Seterusnya nampak matahari terbenam... Dan bulat yang mula nampak bulatnya..

Sampai rumah dan terus menghadap netbuk tanpa buat benda lain.. =)

BOOKFAIR.
Mahu ke bookfair. Mahu ke bookfair. Mahu ke bookfair.
Namun terpaksa melawan rasa itu. Sengaja pulang awal...
Bukan mahu membeli sangat, hanya teruja setiap kali nampak penulis... kata orang dapat semangat...

Sabarlah wahai diri...

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                      قم اليوم فسر للوري آية الموت رحمت، مصير العالمين كما                      ترى وك

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub