Gambar yang langsung tidak berkenaan entri. |
11.15 pagi sudah gelisah mahu angkat kaki keluar daripada main hall CAC namun aku tahan diri daripada keluar. Sudah sedikit yang aku belajar campur adunan rojak sendiri yang tidak sedap aku curahkan pada mangkuk adunan yang akan dihantar kepada pensyarah.
Beberapa minit masa berlalu, Ustaz menghampiri aku. Lama beliau berdiri di situ sebelum mengambil kad matriks dan menyoal aku tentang perkara yang sudah aku lakukan semester ini.
Terasa hilang separuh nafas.
Terasa terbang suku semangat.
Terasa luruh semua perasaan.
Lalu aku diam seribu kata membiarkan dan membenarkan kata ustaz. Tangan langsung tidak bergerak daripada kertas tadi.
Mahu keluar awal seperti melampau namun jam 10.40 aku angkat kaki juga setelah tanganku yang tergawang-gawang tidak dilayan.
Comments