12 April 2011

nota buat diri.





Bahagia.

Sangat bahagia melihat mereka pada hari Konvokesyen. Bayangkan pada hari itu semua orang tersenyum dan kita sudah membuatkan orang lain tersenyum. Namun bagaimana pula jika seseorang itu hanya boleh perhati di satu sudut tanpa ada kekuatan untuk menyertai kegembiraan itu. Kerana dia bukan seperti mereka. Dia hanya mampu melihat daripada jauh.

Tentu dia sedih hati.

Tentu dia terasa terpinggir.

Jadi, berusahalah untuk takhrij bersama-sama orang lain. Sesungguhnya peluang yang sudah tersangat besar apabila Allah takdirkan kamu belajar dalam sebuah universiti bernama IIUM. Bukan semua orang ditakdirkan berada di sini.

Sungguh.

Namun rasa masih bercampur. Gelombang itu kembali mendatangi diri kala sepatutnya aku sibuk dengan buku untuk peperiksaan. Esoknya ada kertas aku jadi gelisah dan tidak menentu. Hati rasa hilang tenangnya dan ombak kekacauan hebat melanda laut hatiku.

Allah.

Bukanlah Engkau menguji hamba dengan sesuatu yang tidak aku terdaya lalui. Adakah sebenarnya rasa bersyukur dengan apa yang sudah aku peroleh belum aku terjemah dengan amal? Hanya melalui sebuah kehidupan seakan aku dapat bertongkat langit dan semuanya akan berlalu dengan tenang. Adakah aku yang terlupa untuk bangkit dan terus pertahankan diri sendiri daripada mengikut perasaan yang bukan-bukan?

Esok dan Jumaat masih ada dua kertas Bayan dan Naqd Qadim. Dua subjek bermasalah bagi aku semester ini. Dua subjek yang mana pensyarahnya sudah cukup baik membenarkan aku memasuki dewan peperiksaan. Dua subjek Arab.

Laluinya. Aku kena lalui perkara itu dan jangan asyik melarikan diri. Tidak selamanya kamu dapat lari. Tidak kisahlah aku gagal lagi, Pedulikan kalau aku sampai dibuang universiri kerana pointer yang sangat rendah atau PTPTN aku dipotong sebanyak mana sekalipun. Aku sudah tidka kuasa mahu fikirkan apa-apa. Yang penting bagi aku sekarang hanya mahu terus berusaha sedaya yang aku  boleh. -Allah beri mengikut kadar usaha kita- Bukan natijah yang akan dilihat namun apakah usaha aku untuk mencapainya.

Sudah.
Langit tak selamanya mendung.

Masa untuk bermimpi sudah tamat. Masa untuk duduk sahaja dan perhati dan duduk melutut sudah tamat. Bila lagi mahu buat kebangkitan. Andai aku tercampak daripada universiti ini aku sudah rela. Walau aku tahu pasti luka hati ayah. Pasti hancur hati kakak-kakak. Tentu tercalar jiwa sahabat. maafkan aku. Kita tunggu apa keputusannya hujung semester ini.

Aku sudah sedia menerima pembalasannya walau aku tahu diri aku sendiri yang paling terluka dengan apa yang berlaku.

Namun apakah lagi yang dapat aku sesalkan kerana semuanya sudah terjadi dan perkara-perkara yang aku lakukan adalah natijah atas perbuatan diri aku sendiri.

Pesan ustaz Asfandyar.. Bertaubatlah kepada Allah.
Pesan ustazah Nadwah: Adakah kamu tidak mahu bahagiakan ayah?

sesungguhnya aku terima semuanya... Balasan atas masalah yang dicipta diri sendiri.

titik.

esok exam bayan.
ITD.

No comments: