30 March 2011

2. melontar perasaan



gambar boleh bercerita seribu kata.
yang tidak terlontar oleh madah bicara
bisa membuatkan tersenyum dan duka
hanya hati boleh menilainya.

menghargai peluang yang hadir,
melepaskan semuanya pergi
membiarkan segalanya berlalu
BERTAHAN.

Insya Allah.

proses belajar yang masih panjang,
exprementasi kehidupan
melakar sesuatu pada kanvas kosong.

095029032011@singgah seketika... :)

29 March 2011

1. melepaskan buih kecewa.






Dalam kehidupan ini tidak semua perkara mampu untuk kita hadapi dan ada ketikanya ia mengambil masa yang sangat panjang untuk menerima perubahan yang berlaku. Mungkin ia berlaku secara drastik hingga menyebabkan seluruh jasad tersentak dan mengambil masa untuk bergerak.


Untuk permulaan baru ini biarlah aku mulakan dengan sesuatu yang bersifat positif. Buang semua fikiran positif yang berada dalam diri dan bergerak. BERANI .

Allah, terima kasih menghadirkan seorang insan-insan yang membuatkan aku tersedar. Mungkin belum sepenuhnya sedar namun sedikit terjaga daripada lena. Sedikit-sedikit bangun, semoga ia tidak jatuh semula. Seorang insan yang membuatkan aku teringat apakah sebenarnya tujuan aku dihantar di sini dan seorang lagi insan yang membuatkan aku teringat pada wajah seseorang yang jauh di mata. Seseorang yang membesarkan aku. Sesungguhnya itu saat yang pasti tidak akan aku lupa.

Cukuplah sebagai permulaan kisah baru manuskrip bawah meja. Ianya memang hanya contengan biasa. Sekadar memuaskan sebuah rasa.

terima kasih

semoga Allah beri yang terbaik untuk mereka.
doaku.
doa untuk mereka.
yang banyak berkongsi segala,
walaupun punya teman sepertiku.

Allah,
Hanya Engkau Tahu yang terbaik untuk diriku,
Semoga.

Allah,
berikan yang terbaik utnuk kehidupan dia,
kerana hati itu berkali-kali aku calarkan,

sembuhlah...

28 March 2011

aku tak tahu nak cakap apa,
yang penting perasaan tu not recovered yet!
walaupun aku tahu yang aku tak boleh duduk soorang

25 March 2011

happies...

update juga.


menulis juga akhirnya. Hanya sehari saya dapat bertahan untuk privatekan blog ini, lalu hari ini saya biarkan ia terus bersuara. Sungguh saya tetap mahu menukil kata walaupun ia hanya sebuah coretan mainan perasaan seorang saya...

Semalam berlalu dengan perlbagai rasa yang bermain dalam jiwa. Sekejap ia pergi sekejap ia kembali lalu aku hanya membiarkan kaki untuk terus melangkah. Semuanya berakhir kini aku sedia menghadapi walau apa yang terjadi. Pertemuan yang  menyebabkan aku mahu lari ke tebing tinggi dan menjerit sekuat hati, penerimaan surat cinta yang menambah luka pada hati seseorang, kebaikan para pendidik.. sahabat yang terus berdiri di sisi dan membantu hingga semuanya selesai..

akhirnya saya sudah menyusahkan semua orang.....

semua orang..

semua orang...

perasaan itu yang bermain biarkan saya luah dengan aksara lantaran mulut ini terkunci untuk bicara. Hanya ucapan terima kasih tidak terkira kerana kalian sangat mengambil berat sedangkan diri hanya mahu ia berlalu seperti angin nasim yang lembut menghembus... 

terima kasih, terima kasih dan terima kasih buat kalian yang tidak henti mahukan semuanya berakhir. Sesungguhnya saya tahu bahawa semuanya saya tidak layak untuk lalui namun masalah yang saya cipta kalian pula yang perlu fikirkaan dan bergerak sini sana sinun untuk selesaikan. maaf kerana saya sudah menambah beban kalian.

sesaat kita keluar semalam daripada sesi yang saya sangat tidak mahu hadiri itu, semuanya seakan melayang daripada diri ini. Ingin sahaja saya lari meninggalkan semua dan mencurahkan dengan lelehan air mata, namun terima kasih dengan perhatian kalian hingga saya dapat mempertahankan air mata daripada gugur.... Kerasnya sekeping hati itu.. Lalu saya hanya biarkan jasad ini bergerak... sedang hati saya sudah dibawa lari.............. jauh.

saya tidak sanggup memandang wajah ustaz. Saya tidak kuat pun untuk melalui. Saya hanya mahu lari. 

Memang saya sudah menyusahkan orang di sana dan orang di sini.  

Saya segan memandang mata-mata yang sangat baik itu. Saya sudah menyusahlan dan mencuri masa berharga mereka... Tetapi sebenarnya saya buntu dengan apa yang saya lakukan. Saya hanya mengikut hati.. Benarlah, jika hati itu kotor, penilaian yang baik tidak mampu dilakukan dan ia akan hanya memikirkan sesuatu yang buruk.

perangai yang buruk...

"ini kali pertama budak ... kena barred." Saya terdiam di situ. Buat muka toya seakan bukan saya yang dimaksudkan dan membiarkan teman saya bicara semuanya. Saya sudah tidak rasa apa-apa. Kerana bukan kesalahan yang dilakukan orang lain, tetapi diri saya sendiri. Biarlah semuanya masuk dan tidak melekat dalam diri saya. 

"Hebat kan budak tu, mesti dia suka tinggal di UIA." Haha. Aku ketawa dalam hati. Memang saya 'suka' sangat nak tinggal lama-lama di UIA. Biar tua di sini pun tak apa (dalam kurungan)

akhirnya hari ini semuanya selesai. saya tidak tahu bagaimana untuk berterima kasih pada teman yang saya susahkan itu...  hanya kalimah maaf yang mampu saya katakan.

...
saya pun tak tahu apa yang saya tulis. jangan tanya apa-apa. saya tulis apa yang saya nak tulis. entah betul entah tidak. biar semua rasa itu pergi dan saya bebas di sini. nanti tentu mereka akan telefon dan tanya apa yang aku lakukan di sini. dan aku akan diam membisu. oh, anakmu ini tidak baik, ayah...

kamu, kamu maaf sangat-sangat menyusahkan kalian....

jika tidak saya hanya akan biarkan ia berlalu................... dan ..... tamatlah semuanya.
.....

kelu

aku sudah tak tahu nak cakap apa,
duduk atas kerusi,
tulis apa yang mahu dikata
sejujurnya perasaan belum reda

kecamuk
sedih
suka
duka

semuanya bercampur.
sedang sebetulnya hanya aku menunggu

mereka,
mereka
mereka
mengapa kalian terlalu baik?

senang





pada yang berkata itu,

segan aku menatapnya,
ada suara tertutup
ada goncangan rasa
semuanya senada
dan aku hanya bisa bersuara
dalam diam tanpa kata.

sungguh terkaku aku di situ
perhati semuanya berlalu
membiarkan pergi dulu
sedang
perlu aku yang hadapi,
bukan mereka yang berusaha untuk aku

23 March 2011

..melepak sambil mencoret untuk seketika. tumpahkan sedikit...

minggu depan akan bermulanya peperiksaan akhir semester 2 2010/2011. Semester yang banyak menggugat pendirian diri dan melihat bagaimana saya melawan dan mengikut diri yang banyak lemak dan suka ikut hati. Juga semester yang memberikan prestasi peribadi yang tercorot dalam banyak hal dan membuatkan saya senyum dalam hal yang lain. Terima kasih wahai Allah mengenalkan aku dengan para pendidik yang sangat baik, mengambil berat dan tidak mahu melihat saya terjatuh dalam lubang kegagalan. Manakan tidak, manusia yang layak untuk di'barredd' daripada peperiksaan ini dibenarkan masuk dalam semua peperiksaan.

Terima kasih Allah.
Sesungguhnya walaupun banyak yang hilang dalam semester ini, banyak juga yang saya belajar dalam proses mengenal diri. Walaupun lambat dan tidak cekap saya bergerak sekurangnya saya ada sesuatu yang ditinggalkan sebagai kenangan. Bukan untuk sesiapa, namun untuk perjalanan diri sendiri yang pastinya lebih panjang... Sangat panjang...

Terima kasih Allah..
Ustazah Nadwah.
Ustaz Omran.
Ustaz Nasr el-Din
Ustaz Asfandyar
Ustaz Ismail Mamat
Cikgu Roslimna
Ustaz Majdi.

Mereka mengenalkan aku dengan wajah-wajah yang sangat prihatin dengan pelajarnya..
Semua mereka sangat baik.... sangat baik... sangat baik.. hanya aku yang gagal menghargai peluang dna semoga ia bukan satu sesalan........
Alhamdulillah.

Kepada sesiapa sahaja yang terbaca catatan ini,
doakan saya dan semua sahabat dan teman yang akan mula menghadapi nihaie bermula minggu depan dan berakhir 16 April 2011... Insya Allah..
Buat teman, TERBAIK!

Jom exam... esok kelas terakhir dan semester ini tidak macam semester yang lalu. tak ada perasaan langsung... Alamak, esok exam.. Moga bukan sampai begitu jadinya! Mari belajar walau sedikit. haha!

Seketika singgah dan tulis.
ITD

22 March 2011

kamu

kamu,
kamu yang terbaik okeh!
Terus melangkah kerana kamu sangat bijak dan pandai sebenarnya,
beri peluang pada diri,
saya tahu kamu sudah buat yang terbaik,
biarlah apa kamu buat,
apa sudah jadi,
kamu tentu sudah lakukan yang terbaik,
saya sayang kamu.

go! go!
aja, aja fighting

jangan takut bermimpi.

biar jauh  kamu pergi.

terima kasih atas cerita 
walau saya hanya dengar sahaja.

KAMU ITU TERBAIKLAH!

(saya suka bila kamu bercerita dan saya tidak kisah kamu bicara apa sahaja. mungkin saya tidak membantu sekurangnya kamu boleh meluahkan. okey. abaikan segala penerimaan saya. hihi. pandai saya cakap, padahal diri belum cukup betul.. )

monolog (bahagian 1)

Kata-kata yang terungkap dalam kehidupan seharian boleh menjadi madu mengubat penyakit dan mungkin juga racun memusnahkan seluruh kehidupan. Aku selalu mendengar orang kata. "be positif!" Oh, aku tidak nafikan yang kata-kata punya kuasa yang menjadikan seseorang makin lemah atau makin bangkit membina semangat dan merubah diri. Jika tidak, mana mungkin kerana kejian seseorang, makin jatuh semangat manusia ini untuk kembali berubah daripada kejahilan kepada mencintai ilmu. Kerana kata-kata juga bisa memujuk seorang untuk kembali. Benar hidayah milik Allah, namun adakah telah aku cari hidayah itu? Atau hanya duduk dan menanti?

Senang untuk bercerita. Mudah untuk berkata apa sahaja, juga tidak payah memujuk diri dengan seribu janji manis dan kata-kata supaya diri kembali bangkit. Namun yang paling utama batang tubuh perlu ada 'KEYAKINAN' untuk mengotakan apa yang dipercaya. Jangan hanya asyik berangan itu ini namun akhirnya apabila semangat mati, jasad tidak bergerak lagi. Hanya duduk bagai mayat hidup menanti untuk dikebumi! Jangan begitu! Bangkitlah! semangat yang datang walau hanya seketika jangan kau campak jauh-jauh. Benamkan ia dalam diri. Mungkin aku masih lambat sampai ke hujung, namun jangan sekali berhenti.


Pada kata-kata yang terucap, berhati-hatilah wahai diri. Kerana sesungguhnya ia bukannya seperti sampan yang boleh diundur semula andai terlajak haluan. Bukan ketika dalam perjalanan yang boleh dicari jalan untuk kembali. Sekali ia terluncur, baik atau buruk, terimalah akibatnya. Hanya perlu ada berani dalam diri dan jangan sekali putus asa. Sesungguhnya Allah suka melihat usaha hamba-Nya bukan natijah.

ITD.
22.3.2011@2.43p.m

cerita

dengan selambanya aku boleh bercerita dengan dia,
oh...

21 March 2011

belajar

belajarlah
memberi apa ada
bukan sekadar
menerima.

allah.

bukan hari baru

seakan mahu meminta diberi nafas baru
namun aku tahu ia suatu yang sangat mustahil.
mahu aku mendongak langit,
pandang sejauhnya.
biar aku jelas apa hari depanku.

sungguh aku percaya,
tempatku di sini,
mengapa diri yang masih belum akui?

Allah.

duduk seketika lalu menulis

Biar seketika kalam ini berbicara...

Pertama.
Terima kasih buat kak Husni pinjamkan laptop selama tiga hari. Sesungguhnya terbayar ke'gian'an saya untuk mengedit gambar dan membuat video. Tidak terasa lama saya bermain depan laptop itu mengedit satu demi satu gambar dan membuat percubaan untuk menghasilkan sebuah video kenangan untuk semester ini. Oh, walaupun ia hanyalah editan yang biasa dan sebuah video 'taraf sekolah rendah' semoaga, kenangan itu saya selalu ingat. semoga. 
Mungkin betul, beri saya sebuah laptop + gambar + lagu untuk didengar, saya asyik dengannya hingga tidak hiraukan orang lain. Leka dengan itu.. Oh, saya tahu itu tidak baik.

Apa sekalipun, terima kasih tidak terkira..
Juga buat Habibah, Kak Ema,Rokiah dan Mysharah yang menjadi mangsa apabila saya perlukan laptop.

"Penulis tak ada laptop?"

Ungkapan yang saya tidak lupa ketika di Minggu Penulis Remaja hingga saya sanggup menghabiskan duit wang saku CFS untuk membeli laptop second hand. Dan sekarang ia hanya berada dalam beg balik kampung kerana kecederaan yang berlaku. Dan semalam saya bermimpi laptop itu sudah baik. Oh, saya sudah merapu.

Syukran, sahabat! :)

KEDUA.
Minggu ini minggu terakhir kelas dan minggu depan akan bermulanya perjuangan di medan peperiksaan. Perjuangan? Entah. Apa yang saya faham dengan berjuang. Orang gagal dalam kepalanya ada perkataan gagal dan orang berjaya ada dalam kepalanya kalimah berjaya.

titik.
KETIGA
Sangat bersyukur kerana saya sentiasa ditemukan dengan lecturer yang semuanya sangat baik.Sejak sekolah sampai sekarang.

Apa yang tidak fikir itulah natijahnya.
titik.

KEEMPAT
Saya semakin tidak konsisten untuk menulis. Saya mahu menulis. Hanya kadang apabila sudah berada depan laptop, jemari jadi kaku. Saya beralih kepada kerja lain. Saya bermain dengan gambar, mendengar lagu.

Oh, kamu seorang yang lalai.


KELIMA 
tempoh hari saya katakan kepada seorang teman saya, "kami tak suka marah sebab kami akan sedih apabila mara orang."

Oh, benarkah? 
mungkin sebenarnya saya kurang mengenal diri hingga saya rasakan yang orang lain lebih tahu tentang rasa.

Untuk kenal diri kenallah pencipta.
CUKUP.
sudahlah. entah saya membebel apakah malam ini.


***
Buat teman-teman, selamat menempuh peperiksaan dunia dan peperiksaan hakiki. Sesungguhnya semakin diuji seseorang semakin sayang Allah kepadanya. walau bagaimana sekalipun kamu diuji. walau sesakit mana sekalipun. Ya, saya bukan layak untuk bicara soal redha, soal menerima dengan tenang, kerana hati ini sering juga berkata yang tidak. Namun, ketahuilah yang Allah sangat sayangkan hamb-Nya.

Allah.

walau bagaimana langkahku selepas ini, aku redha. Mungkin ia menyakitkan aku dan ramai pihak, namun aku belum cukup kuat untuk melalui kenyataan itu. Binaan dalam diri yang belum cukup ampuh menjadikan aku ketegar dan susah untuk berubah.
terima kasih menerima aku sebagai sebahagian kehidupan kalian.

saya tahu, tidak ada apa yang pernah saya berikan kepada kalian, sedang saya sering terkesima dengan apa yang kalian lakukan.

semoga Allah membalas dengan memberi yang paling baik untuk insan yang saya sayang.

.

semoga.


inilah takdir terindah.
sebuah perkenalan.
ikatan.

maafkan aku kalian.
kak husni,
habibah,
rokiah,
ainul....

kakak-kakak tersayang...

teman tercinta...




....



kamu.


semoga bahagia Dunia Akhirat..


sesiapa yang tidak menyayangi tidak akan disayangi.

merapu meraban.
keluar daripada gua. 

18 March 2011

Durrah Nur Aqilah: monolog kata tidak terkata


Bismillahirrahmanirrahim.

Aku sekarang sering kematian kata kala berbicara. Sedari dahulu hingga hari ini akhirnya aku masih mengulang perangai yang sama da tidak berubah. Sampai satu ketika aku menangis disebabkan apa yang aku lakukan oleh sendiri. Kerana hal yang kecil, air mata itu boleh menganak  sungai.

Adakah aku tidak bersyukur dengan apa yang Allah berikan?

Allah berikan keluarga yang baik, guru yang baik, teman yang baik..

Semuanya berjalan lancar  dan aku bebas bergerak ke mana yang saya suka. Tetapi aku sering tewas dengan diri sendiri.

Ini kisah aku dan seorang pensyarah. Disebabkan masalah yang aku reka, aku diminta ke bilik beliau. Beliau yang aku namakan sebagai puan Y

"Assalamualaikum..." Aku mengetuk pintu biliknya tiga kali.

Lalu beliau menjemput aku masuk.

Aku diminta duduk dan diajukan soalan mengapa aku sering ponteng kelasnya?

Mengapa aku tidak ada pencapaian yang baik dalam pelajaran?

Mengapa aku larikan diri tanpa sebarang pesanan?

Mengapa?

Mengapa?

Mengapa?

Aku diam. Menjawab hanya ketika ditanya. Sedang dalam diri berlaku amukan yang snagat kuat. Aku seperti mahu keluar daripada bilik itu sekarang juga. Bilik yang disejukkan oleh pendingin hawa aku rasakan sangat panas. Berpeluh dalam sejuk.

"Saya mahu...."

"WHAT???" Suara puan Y meninggi tiba-tiba. Aku tunduk. Tanpa sedar air mata membasahi pipi.

Titik terlemah aku apabila ada yang meninggikan suara dan mara-marah. Aku jadi sedih. Hati aku akan kecamuk sendiri. Air mata akan layu menuruni pipi. Cuba aku tahan, namun ia tidak mahu berhenti.

Puan Y berkata yang aku perlu berjuang hingga ke titik akhir. Satu tahun setengah tidak lama. Aku bukan tidak boleh teruskan pengajian hanya aku yang tidak kuat melawan perasaan sendiri. Lalu semua tentang aku terungkit pada hari itu. Tentang pelajaran, keluarga, masalah..

Aku terasa seperti dikaunseling.

Katanya aku perlu bermula kembali.

Ingat ayah.

Ingat keluarga.

Ingat yang nanti tiada siapa yang mahu menyara pengajian kamu.

Ah, saya yang jadi serabut.

Secara jujur aku mengangguk sahaja pada hari itu. Sungguh aku diam sahaja depan puan Y tanpa mempertahankan keputusan.

Aku tarik semula keputusan....

***
 Kata orang jika solat sempurna, sempurnalah yang lain-lain. Solat aku tentu pincang, kerana itu hati sering bolak balik.

Jika ada yang bertanya, kadang senang aku bercerita apa sahaja walaupun ia membuka kelemahan. Kadang aku seakan mahu sembunyikan semuanya..


"Sebaik mana sekalipun seseorang, pasti ada titik kelemahannya kerana kita manusia biasa. Kerana itu peranan sahabat adalah untuk menguatkan. Sahabat yang saya mahukan ialah sahabat yang sama jantina sahaja, kerana saya hanya impikan percintaan selepas pernikahan. Saya tidak mahu anak saya kelak bercinta sebelum bernikah maka saya perlu bercinta usai pernikahan. Masih ramai sahabat yang sama jantina kita selain mereka yang lawan jantina. Saya tidak menolak fitrah bercinta namun semoga cinta tidak membawa kita ke neraka. Namakanlah ia cinta islami atau apa.. Ya Allah, janganlah aku diuji dengan cinta sebelum pernikahan. Amin. Peliharalah sahabat-sahabatku dan saudara seagamaku daripada cinta yang bukan pada masanya. Amin." -Ini pesanan untuk saya, diri saya dan kamu.

Durrah Nur Aqilah.
18.3.2011

diam

selalu terasa mahu sembunyikan diri,
namun kini aku seperti tidak betah sendiri,
Seakan ada kehilangan dalam hati,
bisikan jahat dalam diri,
menguasai,
aku yang tidak mahu mengawal diri sendiri.

Dan kini,
masih aku berdiri di sini,
tanpa pasti langkah kaki,
ingin berlari dan terus berlari,
namun cepat aku tersedar,
sejauh manakah dapat kaki melangkah,
sedang kecilnya tapak kaki..

Allah.

17 March 2011

saya rindu awak

kata rindu terluah pada bicara,
Itulah mahu aku kata,
Rindu ranapkan sekeping jiwa,
Keluh tanpa suara.

Ingin diberita semua,
Hanya sunyi teman kita,
Kalau bersua,
Seakan mahu jauh sahaja.

Ingin melangkah menjauhi,
Namun tidak bisa andai kamu tiada di sisi.

Sungguh rindu penuhi hari,
Kisah kita bermain dalam diri.

koma

sesuatu akan terjadikah dalam masa yang terdekat ini?
Maaf kerana aku sudah banyak menyusahkan kamu.

Kalau sesuatu terjadi,
maafkan aku kerana tidak dapat bercerita semua perkara.

kelas dan periksa

minggu depan minggu terakhir kelas,
sebenarnya aku langsung tidak bersemangat,
nampak wajah menyinga,
ingat sebuah kemarahan,
terkenang akan kesedihan
lalu aku hanya diam.

aku mahu terus mendiamkan diri sampai saat untuknya aku bersuara
ingin aku lupakan semua yang berlaku,
ingin aku terus tersenyum.

Allah,
kuatkan aku melalui semuanya..

Amin

Durrah Nur Aqilah: Warkah buat Aqilah




Kamu seperti bintang dalam diri saya (kredit gambar: deviantart.)
Bismillahirrahmanirrahim..


Dengan nama Allah saya mulakan penulisan warkah kedua buatmu. Warkah bisu yang menjadi perantara kita. Saya tahu kamu sibuk dan makin sibuk apatah peperiksaan nihaie yang bakal menjelang minggu hadapan. Lalu, saya tidak berhasrat mahu mengganggu kamu dengan perkara-perkara remeh berkenaan saya, sekadar meneruskan bicara saya untuk kamu.

Semalam warkah yang saya coret itu hanya sebagai pemula. Dan hari ini saya tidak punya bicara khusus untuk dilontarkan buat kamu. Namun saya mahu menulis -jika dapat hari-hari- warkah untuk dibaca oleh kamu. Kamu yang ada dalam hati saya.


Saya tidak dapat berkata tidak apabila kamu katakan yang kamu mahu menjauhkan diri daripada saya. Saya tidak akan menghalang walau apa yang kamu mahu lakukan kerana saya tahu kamu sudah sangat dewasa untuk menentukan siapakah yang terbaik untuk kamu dampingi. Jika kamu rasakan yang saya hanya menyusahkan kamu, usahlah dekat dengan saya, bimbang virus tidak baik yang ada dalam diri saya akan berjangkit dengan kamu. Bersahabatlah dengan mereka yang dapat membawa kamu ke jalan kebaikan, jangan didekati insan biasa yang suka mengikut emosi ini.

Kamu, semalam kerana satu hal yang kecil sudah membuatkan saya lena bertemankan air mata dan mimpi yang saya tidak mahu saya ingatkan. Hinggakan apabila saya terjaga, terus saya ludah tiga kali di sisi kiri saya. Mujurlah saya bukan manusia yang ingat akan segala mimpi yang pernah saya lalui. Mimpi saya kehilangan kamu. Oh, saya tidak dapat membayangkan andai ia benar berlaku.

Saya sayang kamu fillah! Saya tidak kisah kamu berada jauh daripada saya namun semoga doa saya untuk kamu tidak pernah lepas. sebagaimana pesan ustaz dalam kelas semalam, ingatlah saudaramu dalam setiap doamu. Dan seorang motivator pernah berkata -saya tidak ingat siapa dan di mana- : Serulah nama temanmu dengan hatimu, nescaya akan sampai jua walau di mana ia berada. Sungguh ikatan hati antara dua manusia yang berkasih sayang akan menjadikan mereka saling merindu kala lama tidak berjumpa dan tidak pernah melupakan walau apa yang terjadi.

Saya ucapkan terima kasih atas apa yang telah kamu lakukan untuk saya. kamu sanggup menerima seorang saya yang perangainya entahapapa. Kamu menerima saya seadanya dan cuba untuk menarik saya menuju jalan kebaikan. Apakah yang lebih baik melainkan ada teman yang perihatin dan cuba untuk mengajak sahabatnya itu melakukan kebaikan. Mungkin kamu tidak tunjukkan dengan perkataan, namun apa yang kamu lakukan sering meninggalkan kesan dalam hati saya. Muamalat kamu, cara kamu melayan sahabat, pertuturan.. segala yang baik tentang kamu...

Sungguhlah Allah menghadirkan kamu supaya saya belajar untuk bersosial. Sungguhpun saya akan menolak sesetengah ajakan yang saya rasa saya tidak selesa, saya suka dengan apa yang telah kamu lakukan untuk saya.

Terima kasih, kamu!

Kamu sangat baik! Semoga Allah lindungi kamu! Semoga Allah rahmati seluruh kehidupan kamu! Semoga Allah lanjutkan usia kamu.

"Sesungguhnya apa yang kamu berikan kepada orang, itulah yang akan kamu dapat. Baik atau buruk. Mungkin ia datang dalam keadaan yang berbeza, namun ketahuilah semua yang terjadi dan perkara yang Allah ciptakan ada pasangannya.."

Rasanya cukuplah setakat ini dahulu saya menulis. Terasa penat jemari ini mengetik pada papan kekunci dan seperti mengganggu mereka yang lain dalam makmal ini dengan ketikan jemari yang kuat ini... Lain kali saya akan sambung mencoret untuk kamu.. sayangku fillah.

Durrah Nur Aqilah.
ITD, IIUM.


tidak kisah

sesungguhnya aku sudah mengambil sikap
TIDAK KISAH!
Walau apa yang terjadi,
apa yang bakal berlaku,
kerana aku tahu semua itu tiada maknanya,
aku bukannya orang baik,
seorang yang banyak buat hal dan menyusahkan semua orang,
aku rasa menyesal sebenarnya menolak apa yang aku mahu buat itu.
sebab aku tak suka menghabiskan benda ni.
aku akan lari lagikah?
entah.

16 March 2011

pergi

kenapa rasa serabut begini?
Ya Allah beri aku kekuatan...

mahu terbang

mahu aku terus bicara apa yang rasa,
Sedang kamu hanya bisu.

Ingin aku temankan kamu saban masa,
Sedang kamu kata ia tidak perlu.

Lalu, aku larikan diri,
Kamu juga mengungsi.

entri paling tidak berfaedah

Jom lihat langit dan tadabbur.


Saya suka perhati orang terutama apabila saya dalam ramai. Ketika itu saya boleh tersenyum sumbing, masam, gelak dengan gelagat yang saya perhati. Namun ada ketika saya akan jadi sangat sepi kerana saya jadi leka dan fikiran saya sudah menerawang ke dunia lain. Dunia ilusi yang tidak mungkin akan jadi realiti. Lalu, saya khayal. Kadang bicara yang terbit daripada bibir sendiri juga tidak mampu terkawal.

Baik, saya sudah masuk bahagian merapu.

Sekarang saya menulis bukan dengan alasan untuk mengasah bakat melainkan  kerana saya suka bercerita dengan mata pena. Saya tidak pandai berkata-kata seribu madah pujangga atau manis mulut namun apa yang syaa tulis itu sebenarnya saya mahu cakap namun saya akan berfikir berulang kali sebelum saya lontarkan ia menjadi kata (kadang ada juga terlepas bicara)

Lalu, saya bebas berkata di sini namun sebenarnya saya khuatir ada antara kata saya menyebabkan ada yang tidak selesa. Naun saya terus menulis kerana seharian saya senyap tanpa bicara, saya tidak senang duduk.

Seperti seorang penggemar teh yang tidak bisa tinggalkan teh walau sehari.

Boleh dikatakan saya ketagih.

Sebenarnya hari ini banyak yang saya belajar dan mahu kongsi namun saya memilih untuk sekadar merapu dan melontar apa sahaja kata yang mahu terluah.

Saya sudah buat perangai semula dalam keadaan minggu depan adalah minggu terakhir kelas. Saya sudah tidak kisah andai saya tidak dimaafkan kerana kemaafan selalunya akan diberi hanya sekali namun saya ulangi.

Segala cabaran seperti saya sudah tolak ke tepi.

Segala nasihat entah laut mana tercampak.

Jatuh lagi.

Saya yang penat berlawan dengan diri sendiri walau saya sangat sedar dan tahu yang Allah SANGAT BENCI ORANG PUTUS ASA.

Aku larikan diri lagi sebenarnya...

Daripada realiti menerobos ke dunia fantasi. Dunia yang ada aku daa kamu.

Memang saya menulis di blog ini, blog sana dan blog sinun.. Semua blog saya sekarang tiada lagi yang diprivatekan walaupun salah satunya saya memang merapu apa sahaja. Cuma saya berharap tiada yang membacanya kerana mereka bisa masuk dalam hati aku dengan membacanya. haha.

Entah apa yang mahu aku rapukan sebenarnya.

Okey, penat sudah menulis. nanti saya sambung lagi sebab saya sedang ketagih menulis..

=)

sekali sekala buang tebiat

Pagi Jumaat sebelum bertemu doktor gigi yang baik. :).

Cahaya yang datang kadang pergi tinggalkan aku. SENDIRI.

Ketka hujan. Saya suka lihat hujan. Tenang.

Ketika ini hujan.

Hujan itu REZEKI.

Sebelum ke Rumah Titian Kaseh. Menunggu Kak Lu'lu'

Bulan semalam. Sangat terang. Menunggu ia penuh

***
Sekali sekala aku buang tebiat tampal gambar dalam blog ini,


ITD

baru tahu.

sebenarnya pagi ini ada kuiz, dan aku ponteng lagi kelas bayan.
Hari ini hari terakhir kelas BM dan aku macam tak ada perasaan,
Dalam kelas Modern Poetry Text cuba untuk senyum.

LOST.

Durrah Nur Aqilah: Surat buat Sahabat




Love letter
Assalamualaikum untukmu.. seseorang yang istimewa dalam hatiku.

Buatmu yang walau sering bisu namun punya sesuatu untuk dikongsi. Seketika mahu aku menulis sesuatu buatmu. Kala mata kita enggan dan tersipu kala bertentang, aku lebih rela melayangkan kata-kata agar kelak kamu baca dan mengerti segala yang aku rasa. Kala mungkin kita tidak lagi bersama, aku mahu kamu tahu yang sebenarnya aku sentiasa ada di sisimu walaupun zahiriahnya kita terpisah. Walau bagaimana sekalipun bentuk perpisahan itu...


Sungguh pada sebuah pertemuan yang tidak disangka membentuk sebuah persahabatan. Walau hanya kebisuan yang mengiringi, aku mahu kamu tahu yang aku ada. Tidak biasa untuk aku ungkapkan kata-kata dan sebenarnya aku takut tersalah kata, maka itu perwatakanku apabila aku hanya membisu. Kala kadang banyak bicara, bukan aku yang berkata namun sebelah duniaku yang satu lagi mahu menyuara kata dan bosan dengan dunia sebelah sini.

Lalu, aku berceloteh panjang. Mulai sekarang, dan ini sebagai warkah pemula, aku mahu menulis sesuatu buatmu.. Buatmu.. buat kenangan aku juga. Kerana aku tidak mahu biarkan segala kata yang mahu aku luahkan tenggelam.

.

hujan seakan tahu

Pagi yang tidak sejuk walaupun di luar basah,
Entah emosi apa bertarung dalam diri,
sampai sempat berkata.
"Ah, nak pontenglah hari ini."
Sedang ustazah berpesan jangan ponteng lagi selepas ini,
Aku ingkar,
Seakan lupa semangat yang diberi ustazah tempoh hari,
semuanya terbang...

Lalu,
hujan yang mencurah pagi ini,
mengkhabarkan padaku,
Duduklah di sini,
Dan aku tidak ke kelas..

=)

15 March 2011

...dan yang sebenarnya




Kamu seperti permata
Seandainya kamu melihat diri kamu, lihatlah dengan siapa kamu bersahabat.
Lantaran sahabat itu ibarat cermin yang mereflekkan kembali siapakah kamu yang sebenarnya,
Kamu bisa berbohong dengan sahabat namun hidup kamu tidak akan tenang,
Kamu boleh berpura-pura dengan sahabat namun kamu akan resah.

Perngertian sahabat bagiku mungkin tidak seperti mereka mengenal sahabat mereka,
Yang sentiasa boleh membimbing mereka menuju jalan yang benar,
kadang terlalu mengharap akan membuahkan sebuah kekcewaan,
lalu, berusahalah untuk menerima.

Katamu semalam aku terima dan aku perhati,
Sesungguhnya diri ini perlukan semangat berterusan,
Lantaran hujanan semanangat yang diberi dia suatu hari sudah luntur,
Lalu aku kembali ke daerdah lama.

Daerah yang menjadikan aku bukan diriku yang sebenar,
Namun aku cuba tersenyum walaupun aku tidak bisa bicara dan sembunyi rasa resah itu,
Ia terlihat di mana-mana dan debar dalam dada seakan ombak yang tidak kasihankan pantai,
Mendebur laju...
Selaju air yang mula menuruni pipi kala teringat apa yang sudah aku lakukan kepadamu...

Persahabatan tidak dapat diukur menggunakan skala hakiki,
Lantaran ia sebuah jambatan hati,
Yang terjelma daripada sebuah keselesaan dan perasaan ingin memberi,
Lantaran diri merasakan yang mana bisa aku berdiri sendiri,
Walau cuba berkali..

Dalam aku bersembunyi,
Banyak kenangan menjengah sanubari,
Sampai air mata mengalir di pipi,
Namun hanya satu hari,
Esoknya aku lupa diri..

Namun pada sebuah persahabatan yang Allah aturkan itu,
Seakan terantai namamu pada hati,
Sayang yang tidak terucap pada diri,
Namun kukuh dalam hati.

Kerana aku bukan seorang pemberi sejati...


Jamilah Mohd Norddin
ITD@15.3.2011
Bicara aku untuk kamu...

saya

luka itu lambat sembuhnya.
kerana diri yang belum bisa keluar daripada kenangan,
tersedar dan kembali tenggelam,
Semuanya seakan sebuah anganan,
Namun hakikatnya itulah kehidupan,
Berusaha untuk lari,
Walau hakikatnya perlu menghadapi..

tiba


Masa  dijanji makin hampir,

14 March 2011

kembali.

sekejap sahaja perasaan itu pergi.
Ia kembali menghuni dalam diri.
Aku yang tidak kuat melawan apa yang ada dalam diri.
Lari apabila masalah datang pada diri...

bukan tidak tahu atau tak faham,
kadang tidak mampu mencerna,
Salah faham,
cuba untuk tidak kisah...

@Rumah Titian Kaseh.


Alkisahnya Ahad yang lalu saya dan kak Lu'lu' (teman sekelas parenting) telah mengambil keputusan untuk sama-sama ke Rumah Titian Kaseh. Setelah menelefon pada hari Khamis yang laly kami memulakan perjalanan pada 10.45 pagi.

Menaiki bas 91 ke Kuala Lumpur, kami berhenti berdekatan Hospital Tawakal dan menapak sampai ke Rumah Titian Kasih yang letaknya tidak jauh daripada Taman Tasik Titiwangsa. Mengambil masa juga untuk mencari dalam terik matahari yang memancar, hingga akhirnya kami bertemu rumah terebut.

Walaupun tidak banyak data dapat dikumpul, penceritaan seorang Ibu (saya lupa namanya) banyak memberi pengajaran...

Secebis catatan yang masih lekat dalam ingatan...

Rumah Titian kasih dibina dengan wang gaji Mak Pah (pengasas rumah Titian Kasih) yang bekerja sebagai jururawat. Wang gajinya digunakan untuk membangunkan rumah ini tanpa berkira. Kami percaya setiap anak ada rezekinya. Rumah ini tidak dibantu oleh dana kerajaan namun kami ambil inisiatif menjual nasih lemak, menjahit manik dan baju, catering dan kedai makan bagi menjana kewangan. Kita mahu bantu orang Islam, orang Melayu. Mereka ini bakal pemimpin. Jika ditanya anak ini apa cita-cita mereka, katanya mahu jadi doktor, cikgu (ibu ini menitiskan air mata).. mereka punya impian yang tinggi. Namun kenapa disebabkan masalah yang dicipta oleh ibu bapa menjadikan anak-anak ini terpinggir. Ada anak di sini pernah makan puntung rokok.. sebab anak menagih.. Ada yang hampir masuk Kristian.

Salah siapakah mereka terbiar?

Kami pernah disoal mengapa membina rumah ini di bandar bukan di kampung? Untuk apa dibina di kampung sedangkan masyarakat kampung walaupun miskin mereka dapat berdikari namun di bandar anak ramai yang terabai.. Cari makan sendiri sebab ibu ayah bercerai dan kahwin lain..

Kami mementingkan soal agama. Kebersamaan. Anak-anak dididik untuk saling menyayangi dan dijaga seperti di rumah.

Ada satu cerita tentang seorang pekerja di sini yang sakit barah Payudara... Setiap malam anak-anak ini bangun solat hajat untuk beliau dan dengan izin Allah ia sembuh.

Anak-anak itu tidak bersalah..

Itulah sedikit yang saya ingat tentang apa yang dibicarakan oleh Ibu. Melihat anak-anak di sini, mereka terasa lebih mulia daripada diri saya sendiri yang berada di luar. Mereka tahu menghargai.. Mereka belajar menyayangi.. Ada seorang anak kecil ini, menurut Mak Pah, diambil daripada IJN dan menghidap sakit jantung berlubang. Ada anak yang lahir di sini.

Kasihan sebenarnya melihat anak-anak itu. Mereka pasti inginkan belaian kasih ibu ayah, namun hanya ada penjaga di sisi mereka.

Kisah Mak Pah dan anak-anak ini kisah realiti. Seorang ibu yang meninggalkan kerjaya sebagai jururawat dan membuka rumah perlindungan (ada ibu tunggal, Orang kurang upaya dan anak-anak yatim yang ditempatkan di rumah yang berasingan)

Ia pelajaran yang tidak pernah dan tidak akan diajar dalam silibus.

Saya belajar yang sangat benar bahawa mereka yang mengasihi anak yatim akan dilimpahkan barakah. Rezeki mereka sentiasa cukup walaupun tiada dana tetap. Jika difikir logik akal, bagaimana mahu menampung semua belanja, namun Allah Maha Kaya..

Sungguh benarlah Allah itu Sangat Kaya..

Allua'lam..

*Pihak Rumah Titian Kaseh sangat mengalu-alukan mereka yang mahu ke sana dan mengajar fardu Ain terutamanya kepada anak-anak ini. Biar kalaupun mereka tidak belajar tinggi mereka tahu asas agama.

Ini alamat rumah tersebut:
Rumah Titian Kasih (Pusat Jagaan Anak Ibu Tunggal & Anak Yatim)
RTK No.15 Jalan Persiaran Titiwangsa
Taman Tasik Titiwangsa
53200 Kuala Lumpur


Facebook: http://www.facebook.com/pages/Rumah-Titian-Kaseh/109138682031
Blog: http://rumahtitiankasih.blogspot.com/

coretan jari kiri dan kanan




Selagi matahari terpancar, ada harapan sebenarnya...
TANGAN KANAN.

Semalam aku berkesempatan ke Rumah Titian Kasih yang letaknya di Titiwangsa, namun aku memerlukan masa yang agak panjang untuk menceritakan pengalaman itu. Ia sebuah perkongsian yang sangat manis tentang seorang insan yang sanggup berkorban untuk membantu anak bangsa sendiri.

Subhanallah...

nanti saya  akan sediakan satu entri tentang pengalaman itu

=)


TANGAN KIRI

Tentang hati. Tentang hati yang belum sembuh sepenuhnya. Bukan hati saya, namun hati dia. Dia yang ada dekat dengan saya. Masih diulang dan ulang salah yang sama. Masih diam dia seperti sediakala. Kadang saya jadi bosan bicara dengan dia apabila yang dijawab hanyalah sunyi, anggukan, gelengan atau tidak tahu. Saya sudah bosan dengan manusia itu. Hanya memikirkan perihal diri dia tanpa mahu ambil tahu tentang orang lain.

lemas.

Betul dan sangat setuju kenyataan bahawa hati yang baik akan membentuk peribadi yang terbaik. Dia bukan begitu. Dia manusia jahat yang amalnya tidak konsisten. Dia hanya fikirkan tentang dia tanpa hiraukan orang lain hatta ayah bonda, Dia bukan anak yang baik, sahabat yang baik, tuan yang baik untuk diri sendiri.

Hari ini, perasaan itu dia tidak dapat kawal. Lalu dia bercerita pada saya.

"Kamu, hari ini saya tidak ke kelas lagi. Saya sudah janji dengan cikgu untuk tidak ponteng. Namun hari ini saya gagal. Saya gagal untuk mengawal diri sendiri. =( Ada ketika sampai saya rasa sayalah manusia yang sangat tidak bertanggungjawab sebab saya selalu khianat. Kalau kamu belum buat jahat, usah dimulakan. Walaupun ia hanya ponteng kelas. Itu khianat. Dan saya sedar dan sangat tahu ia tidak baik. Namun apabila perasaan itu datang, say amenjadi pengikut. Ada ketika saya takut dengan diri sendiri.

Takut. Saya sentiasa takut dengan bayangan diri sendiri. Sekali saya diketuk, saya sedar dan bangun namun saya kecundang kembali. Saya terasa seperti ia di bawah kawalan, sedang saya mengikut nafsu.

Saya tidak baik... "

Kata-katanya diucap dalam sedar. Saya tahu dan sedar perkara itu. Namun bagaimana saya dapat bantu dia kerana hanya dia yang dapat membangunkan diri sendiri.

Bermula dengan pembinaan dalaman yang terserlah di luar.

Sekian, terima kasih.

sedih.

apabila hati tidak kuat,
perasan itu sering goyah,
mudah untuk rebah,
seperti hari ini,
Aku lakukan kembali perkara itu...

terasa semua luar kawalan.

Sedang aku yang diselimut syaitan,
tidak membiar aku membuat amal.

sungguh hati ini belum teguh.

jiwa yang koor..

ya Allah...

12 March 2011

tentang hujan, aku, dan kelas parenting

Hujan sering jadi modal cerita.
(1) Semalam Jumaat yang sangat redup dengan hujan yang mencurah sedari pagi santak malam. Alhamdulillah, dalam renyai dapat juga apa yang dihajat di hati. Tertunai juga apa yang mahu dilakukan untuk diri.

Semalam memandang hujan yang enggan berhenti sedari pagi sampai malam. Petang semalam sangat redup dan nyaman. Aku suka suasana itu. Aku suka memandang hujan yang jatuh daripada langit yang sebenarnya sangat jauh namun sampai ke bumi menjadi air jernih.


Teringin mahu main hujan.


Macam zaman kanak-kanak. Ketika pulang dari sekolah berbasikal seorang diri dalam hujan hingga basah semua buku. Ketika itu terasa susah namun apabila besar dan teringat semua yang dilalui ketika muda, itulah yang paling indah. Zaman kanak-kanak sering membuatkan kita senyum kembali.

dulu ketika kecil boleh main sampan yang dibuat dengan kertas dan lemparkan melalui tingkap rumah. Boleh turun ke halaman rumah dan mandi hujan bersama teman berjiran.

Kini, hujan hanya dijadikan alasan untuk berkurung dalam diri. Hanya boleh pandang rintiknya melalui jendela.


Hujan membawa banyak cerita. Jika belajar bayan, hujan dikaitkan dengan rezeki.
Hujan yang menyuburkan tanaman.
hujan....


banyak kisah tentang hujan yang tentu tidak dapat dicerita. (teringin mahu mengabadikan titisan hujan dalam kamera namun tidak pernah dapat.)





(2) Sesungguhnya "what you give you get back" memang sering memberi kesan dalam diri. Belajarlah untuk memberi nescaya Allah akan lapangkan dan mudahkan jalanmu untuk melakukan apa sahaja. Walau kamu terasa sangat tidak mampu untuk melakukan sesuatu, yakinlah dengan pemberian daripada Allah yang sangat besar dan tidak mampu diberi oleh semua manusia. Siapakah yang lebih besar anugerahnya selain Allah? Ah, sangat senang untuk berkata namun bagaimana menjadikan ia nyata?

Ada ketika, Allah akan hadirkan pertolongan secara kita tidak sangka ketika kita perlukan pertolongan. Maha Baiknya Allah yang sentiasa menolong hamba-Nya. Sedang hamba sering melupakan apa yang Allah berikan kepadanya.

(3) Hari ini dalam kelas parenting belajar tentang tanggungjawab seorang ibu bapa terhadap anaknya. Banyaklah yang dihurai oleh dr Salih, namun kesimpulan yang dapat saya lakukan ialah jadilah ibu bapa yang baik untuk membentuk anak-anak yang baik. Anak-anak tidak belajar dengan larangan kita itu dan ini namun mereka akan ikut apa yang dilakukan oleh ibu dan ayah mereka. Rumah yang baik itu bukanlah semestinya punya tivi skrin besar namun betapa islaminya rumah itu dengan menghidupkan Islam dan rumah tangga. Semuanya bermula sebelum seseorang itu berkahwin hinggalah akhir hayatnya. ada ayat yang saya ingat: "Jika ibu bapa solekannya seperti kartun barbie, jangan dimimpi anak menjadi Rabiah al-Adawiyah."

Cukuplah dahulu saya mencoret di sini.. Wassalam.

menangis lagi?

Air mata terhenti sudah kini,
menerus langkah hari dmei hari,
Berteman kekuatan dipinjam Ilahi.

Bertahan!

10 March 2011

hm...

Masih main-main,
tak sedar diri kot
yang mati makin dekat..

Ayah....
Adik rindu ayah..

untung

-banding dengan orang lain, aku beruntung. Allah bagi aku jalan yang smooth untuk lalui kehidupan. Aku tahu, tentu ia yang terbaik untuk aku. Lihat orang lain, aku jadi insaf sendiri. Hanya aku yang tidak bersyukur.

Sejak aku sekolah rendah sampai universiti, ada sahaja cikgu yang mengambil berat tentang hal aku. tetapi aku kadang tidak langsung ambil berat tentang diri sendiri. Aku ikut apa kata syaitan. Aku buat apa yang aku nak buat. Aku bukannya fikir panjang. Kemudian aku menyesal. akhirnya aku ulang buat benda yang sama.

redha ayah.
redha mak.
redha Allah....

PESTA BUKU ANTARABANGSA 2011


22 APRIL – 1 MEI 2011

BUKU : DUNIA TANPA SEMPADAN

 Wah, nampaknya bookfair datang lagi tahun ini. Seperti tiada harapan untuk aku ke sana memandangkan tiada penaja dan aku baru menghabiskan semester ini pada 16 April 2011. Mahu juga melihat teman yang melancarkan novel mereka, bertemu mata dengan penulis, cuci mata dengan buku..

Namun, mungkin kepulangan ke kampung itu lebih bermakna. =)

entahapaapa

kesakitan dialir kepada orang lain,
menyebabkan hatimu tidak tenang
jiwamu tidak terang
kalammu jadi sumbang.

ketawa keterlaluan,
akhirnya sebuah tangisan,
melaut jadi teman,
Walau ditahan.

Usah disoal mengapa masih sama,
Namun beranya,
mengapa kamu yang masih seperti biasa.

bahasaku.




gambar hiasan semata-mata.

Saya rasa mahu ketawa kala teringat kata-kata cikgu bahasa Melayu kerjaya semalam.

"I sound like stupid speaking english!"

Petang tadi, Bulya Iswandi a.k.a Ghazali memberitahu tentang hal yang sebenarnya sudah beberapa minggu terjadi di Universiti Malaya. Apalah nasib pelajar bahasa Melayu (pelajar sastera Melayu) dipersalahkan kerana ranking universiti itu merudum.

Hm, saya tumpang mengucapkan takziah atas apa yang terjadi.

Namun, secara peribadi bagi saya itu situasi yang agak melampau kerana apalah yang akan dapat jika hanya mengagungkan bahasa Omputih itu. Mujur sahaja di UIAM ini tiada pula suara-suara yang meminta pelajarnya bertutur bahasa Inggeris dalam semua keadaan.

Melupakan bahasa Melayu sama seperti melupakan asal usul sendiri. Terlupa asal datangnya dia daripada rumpun melayu. Diagung bahasa asing itu hanya menyesakkan kepala sendiri dan menyusahkan hidup. kadang secara jujur apabila belajar tidak menggunakan bahasa Ibunda sendiri saya terasa maksud yang hendal disampai tidak lekat dan lambat sampai kepada jasad ini.

Aduhai, bahasa Melayu. Semoga ia tidak hilang walau banyak tangan dan kaki yang dengki dan mahu menghapuskannya. Sesungguhnya bahasa ini bukankah pernah menjadi lingua franca suatu masa dahulu?

09 March 2011

Si Gadis Puteri Bongsu




Di langit ada cerita.
"mungkin dia sebagai anak bongsu lebih menguji."
 Dalam banyak bicara cikgu dalam kelas bahasa Melayu kerjaya hari ini, ayat ini terasa terkesan dalam diri. Sangat-sangat. Alkisahnya ada seorang pelajar kelas beliau yang dibar daripada final namun ibu bapa pelajar datang ke universiti untuk mengadu.. Menurut bapa pelajar tersebut, anak itu anak bongsu dan kakak-kakaknya sebelum ini tiada masalah sepertinya. Lalu, cikgu melafazkan kata-kata itu.

"Oh, anak bongsu, patutlah!"
Pernah seorang pensyarah mengatakan begitu pada saya suatu hari ketika saya dipanggil beliau kerana membuat 'masalah'. Lalu saya terdiam.

Adakah anak bongsu itu secara tabiinya bersikap manja dan tidak kisah? Saya tidak dapat mengatakan ya, kerana di luar sana ramai anak bongsu yang sangat survival mengharungi kehidupan sedangkan mungkin saya yang terperangkap dengan 'dunia anak bongsu' saya. Lalu, saya seperti tidak mengendahkan apa erti tanggungjawab.

Hakikatnya, semua manusia hadir bersamanya ujian yang mengiringi kehidupan. Anak bongsu atau sulung ada kelebihan dan kekuranganynya.Kerana itulah kita saling melengkapi dan hadir ke dunia bersama satu tanggungjawab.

Tanggungjawab yang tergalas di pundak.

"Tidak aku bebankan seseorang melainkan sesuatu yang dia mampu tanggung."
 Allah hadirkan saya sebagai anak bongsu yang menjadi ujian buat ayah dan kakak-kakak saya. Kadang kelakuan saya di bawah sedar dan tidak terkawal hingga memeningkan kepala semua orang.

Kadang saya sebagai anak bongsu memikirkan yang saya tidak mahu menyusahkan semua orang namun akhirnya saya yang membuatkan air mata keluarga tumpah, dan marah.

"Pada anak bongsulah ayah sandarkan harapan jika tidak pada anaknya yang lain"

Aduhai si gadis bongsu, keluarlah daripada dunia ilusi itu. Walaupun tidak dapat kau rombak semua, sedikit pun jadilah! Kau anak bongsu harapan ayah. Mahukah melihat air mata itu tumpah kerana seorang anak bongsu yang dibesar sendirian setelah isteri meninggalkannya di dunia. Setelah isterinya pergi, suami inilah yang memasak dan menjaga si anak bongsu itu kerana yang lain semuanya bersekolah.

Gadis bongsu, bayangkanlah wajah ayah..
Ingat kerut pada wajahnya...
Sesungguhnya padamu tersandar satu harapan..

Conteng,
12:19..am@ ITD

Terbaik

benarlah apa dikata Allah,
Hanya yang terbaik buat Hamba

walau kamu benci,
meski kamu menolak.

cuba untuk terima

usaha untuk ke sana.

usah bersembunyi.




Kehidupan macam buih!

Terasa tidak lengkap sebenarnya setelah beberapa hari saya sembunyikan diri dan menyenyapkan seketika ruang penulisan ini. Setiap hari terfikir ada perkara yang mahu dicontengkan, ada benda mahu dituliskan, lalu saya kembali menukil kata. Sungguh walaupun ia hanya ayat demi ayat dan kata demi kata cukuplah buat rawatan buat diri sebenarnya.

Assalamualaikum, kalian yang terbaca dan membaca ruang penulisan ini. Apa agaknya khabar kalian? Semoga kalian sentiasa dilindungi Allah dan di bawah payung rahmat-Nya sentiasa. Amin.

Tidak berada di sini bukan bermakna saya terus melarikan diri dan tidak mahu menulis dan hanya menyepi. Sesungguhnya ruang perkenalan yang terbina oleh penulisan itu sendiri sebenarnya memberi makna dan semangat buat diri. Membaca kisah-kisah dan perkongsian mereka di blog-blog, membuatkan saya jadi sedar diri. Tidak hanya boleh menongkat dagu dan menyesal dengan apa yang terjadi.

"Bukankah Allah memberi yang terbaik untuk hamba-Nya?"

Benar sekali kan?

Saya suka mengulang dan mengulang tentang diri. Kerana pengalaman saya tidak luas dan pengetahuan itu belum banyak. Jadi, saya suka bicara apa yang saya tahu dan dekat dengan diri.

Ayat di atas saya suka ulang dan ulang dan kadang ia seakan terapi kala diri jatuh terpunduk. Perkara normal bagi seorang manusia biasa yang ada jatuh bangun, suka duka... Maka, kala bicara itu saya suarakan pada diri, apakah lagi kata yang lebih baik?

Kerana teringatkan ayat itulah saya kembali menulis. Saya kembali untuk berkongsi apa yang saya dapat tulis dan pernah lalui. Walaupun ia hanyalah kisah biasa semoga perkongsian itu punya makna. Kembalinya saya semoga ada semangat baru yang ditimba.

Bukankah kehidupan itu terlalu singkat untuk dibiar hanya berlalu... =)

Sebelum saya undurkan diri buat seketika, mahu saya kongsikan kalam ini untuk semua...

"Bersabarlah dengan apa yang berlaku kerana kesabaran itu diibaratkan kita berada di garis tengah antara berjaya dan gagal. Andai kita bersabar, ada kejayaan yang menanti di hujung. Tiada kecewa, tiada duka. Sesungguhnya Allah sediakan yang terbaik buat semua hamba-Nya. =) "

Cetusan setelah menyepi,
Jamilah Mohd Norddin,
ITD@9.3.2011@10.42

04 March 2011

lama aku tak conteng sini.
emosi masih kurang betul sangat.
perlu mengecas kekuatan
mahu lari seketika daripada kehidupan seorang blogger.

kembali mengatur langkah.
tahun ni mesti kembali hantar karya ke majalah!

MESTI!

03 March 2011

Durrah Nur Aqilah: Takdir Allah Terindah




Grass Typewriter by ~supertim
Berulang kali ayat itu bergema dalam diri. Acapkali ayat itu menjelma dalam diri. Berusaha melawan kata-kata dalam diri sendiri supaya mudah untuk menerima kenyataan. Siapakah yang lebih memahami dirinya melainkan diri sendiri.

Pecah empangan yang ditahan sedari tadi. Aku pejamkan mata. Rapat-rapat. Kejadian minggu lalu hadir dalam ingatan.

"Lu'luah, saya mahu tukar universiti. Saya tidak tahan berada di sini. Universiti bagus tetapi saya langsung tidak berubah." 

"Terpulanglah. Itu keputusan kamu. Siapalah saya untuk membantah apa yang kamu mahu lakukan. Diri kamu yang menanggung akibatnya."

Selesai di situ sahaja perbualan mereka. Masing-masing angkat kaki untuk pulang ke mahalah. Lalu persoalan itu seakan ternoktah di situ.

Namun dalam fikiran aku itu bukanlah suatu mainan perasaan atau sekadar cakap-cakap. Serius aku mahu melakukannya. Namun sayangnya pada universiti ini mengatasi keinginan hati.

Malam itu sunyi. Jam dua pagi. Air mata tumpah lagi membasahisejadah. Diluahkan kepada Allah segala perasaan. Dicurahkan semua isi hati yang seakan hilang semua perasaan. Lantas selesai solat witir, aku meletakkan kepala di atas bantal.

Bayangan putih menghampiri. Sekujur tubuh memandang sayu wajahku. Mukanya beriak kesedihan.

"Mak?" Aku bersuara sendiri.

Lalu aku terjaga. Berpeluh. Mengapa bayangan arwah ibu hadir dalam mimpinya. Adakah keputusan ini sebenarnya satu kesalahan? Lalu aku membuat pilihan lain.

Biarlah aku terus berada dalam universiti ini, namun tekad belum berubah. Mahu menukar jurusan lain. Selang seminggu, semua urusan selesai.

"Durrah tak sayang ayah? Mengapa Durrah lakukan ini pada ayah? Apa salah ayah sampai Durrah rahsiakan semuanya daripada pengetahuan ayah."

Malam itu aku bermimpi ayah yang berada di kampung. Ayah tidak mahu aku menukar jurusan.

***

Ya Allah, dahulu aku selalu menanam angan-angan untuk belajar bahasa Arab dan cuba untuk memahami kalam-Mu. Lalu, Engkau makbulkan ia dengan aku mendapat tawaran belajar dalam bidang ini. Lalu, setelah beberapa tahun, aku seakan jemu dan mahu berpatah balik. Sesungguhnya tekad akulah yang belum jitu. Sesungguhnya YA Allah, inilah keputusan terbaik untukku. Moga selepas ini tidaklah hati ini dirasuk bisikan jahat itu lagi...

Kasihan ayah berkorban semuanya,
Kasihan kakak mengeluar belanja,
Kasihan sahabat menahan telinga..


Ya Allah, seseungguhnya aku sudah menyusahkan ramai orang. Aku telah menyebabkan ramai pihak terlibat hanya kerana seorang aku...


Terima kasih Ya Allah dengan jawapan ini... Inilah jalanku.

Episod Baru.




Daddy Found Me.. by *Lady-Tori (deviantart)

Alkisah tersebutlah seorang manusia zaman kini namanya tidak ketahui. Maka pada suatu ketika dia lupa yang asal wujudnya dia kerana ada insan yang bernama ayah. Dia seakan lupa yang kejayaannya hari ini kerana pengorbanan seorang ayah. Dia lupa dia ada dia ada seorang ayah yang perlu dia berbakti kelak.

Kasihan ayahnya yang tidak pernah sekali menghampakan semua permintaan yang dia mahukan. Apa sahaja yang dia mahu, pasti ayah tunaikan. Perangainya yang pelik pasti ayah tidak endahkan.

Dia naik minyak.

Berjayanya dia pada satu tahap namun dia tidak sedar yang dia bukannya berada di puncak namun masih di tengah pendakian. Dia lupa ayah masih menantikan (walaupun tentu ayah tidak menyatakan) kejayaan seorang anak yang dibesarkannya dengan penuh jerih dan penat lelah setelah pemergian isteri. Anak itu seakan lupa diri.

Lupa yang kejayaan itu bukan kemuncak. Hanya permulaan.

Lalu, dia berkelakuan seperti seorang yang sudah ada segalanya namun sampai suatu ketika, pendakiannya terhenti. Dia penat untuk mendaki dan mahu turun ke bawah meninggalkan kejayaannya kerana berjaya sampai di tengah bukit.

Dia mahu mulakan pendakian baru.

Penuh tekad.

Bulat.

Sesungguhnya Allah tidak izinkan ia melakukan itu. Allah mahu dia ingat yang dia masih ada seorang ayah. Dia ada sebuah keluarga yang mengharapkan dia sebagai anak yang terakhir. Hanya dia yang tinggal masih mendaki setelah yang lain semuanya sudah sampai ke puncak bukit.

Anakku, tidak ayah pinta harta, hanya doa yang akan menerangi pusara ayah kelak. 

Bagaimana mahu seorang anak balasa jasa seorang ayah?

Tidak ternilai walau segunung permata diberikan...

Ayah, maafkan dengan apa yang telah anakmu lakukan.

Jawapan yang Allah itulah sebenarnya yang terbaik. Mungkin aku yang tidak sedar diri.

Ayah...................

akhirnya.

Alhamdulillah 'ala kullihal,
Saya memang PERLU berada dalam kuliyah ini dan meneruskan semuanya.
SEMANGAT!
KUAT!
lagi setahun setengah sahaja!

Nampaknya permohonan untuk tukar kursus gagal.
titik.

saya ialah pelajar bahasa Arab.

bukankah itu yang kamu mahu?

"Apakah yang dapat mengubah nasih golongan sederhana seperti kita melainkan pelajaran? Tidakkah kamu mahu menggembirakan hati orang tua kamu?"

Sejak matrik aku berhajat untuk lari daripada bahasa Arab namun akhirnya Allah tetapkan untuk aku berada dalam kuliyyah bahasa Arab.

ALLAH SUDAH ATURKAN YANG TERBAIK.
ALLAH UJIA MENGIKUT KEMAMPUAN HAMBA.
ALLAH MAHU KAMU DEKAT DENGANNYA.
ALLAH TIDAK TAKDIRKAN IA BERLAKU TANPA SEBAB.

Kamulah yang tinggal untuk ayah sandarkan harapan. Mahukah kamu kecewakan? Lukakan lagi hatinya yang telah kamu lukakan itu??? 

02 March 2011

sengal II

gambar tiada kaitan.
Huh, semalam dua kali aku berulang alik ke LT3 namun aku tidak ke tempat yang sepatutnya. Mulanya pukul 8 dengan bersemangatnya aku mendaki tangga namun belum ada seorang pun yang masuk ke dalam LT itu. Lalu aku berpatah semula kerana terasa segan apabila tidak tahu mana yang dituju. Itulah masalahnya jika berjalan sendirian, terasa sengal dan malas apabila perlu bertindak.

kemudian, aku ke masjid. Air tiada pula, lalu aku mengambil keputusan untuk pulang ke mahalah. Namun baru sahaja keluar daripada masjid, terserempak dengan seorang kawan lalu dia mengajak aku ke talk Ustaz Hasrrizal. Aku mengangguk. Namun hati sudah berada di depan televisyen. lalu, usai solat Isyak, kami ke LT3.

Wah, sudah ramai orang. Aku malas mahu melangkah ke pintu satu lagi.

"kami balik dululah."

Aku terus melangkah tanpa berpaling.

Sampai di tangga besar..

"Jamilah, oh, tak bagitau ye nak tukar course"

Alamak, terjumpa seorang lagi teman. Aku membalas.

"Semuanya belum pastilah."

Lalu, aku terus pulang dan menonton Hani hingga akhirnya. Semoga Allah merahmati roh Hani yang sebenar... Besarnya pemberian-Mu bersama ujian yang Kau hadirkan buat mereka. Sesungguhnya Allahlah yang Maha Mengetahui Yang Terbaik buat setiap hamba-Nya.

Sekian, catatan sengal.