22 February 2011

Yang Terbaik.

Pelangi hilang warna.

 
21.2.2011
Semakin hampir kepada titik tamat kepada perlawanan yang berlangsung dalam diri dan menuju kepada suatu titik mula yang baru. Sesuatu yang datang dalam diri tanpa terduga dan akhirnya aku tidak dapat hanya membiarkan ia bersuara sendiri dalam diri. Lalu, aku bercerita kepada seseorang menggunakan tulisan dan bukannya secara berdepan. Tentu sahaja aku belum punya kekuatan untuk menerangkan semuanya secara bersemuka.

Aku ceritakan apa terjadi dan apa sebenarnya dalam hati...

Alhamdulillah.

Doakan inilah keputusan yang terbaik untuk saya... Doakan inilah sebuah hijrah bagi seorang yang bernama Jamilah. Seperti kata kakakku, belum terlambat.

Ya, belum terlambat untuk aku menamatkan cerita ini dan memulakan sebuah kisah baru.

Titik.

***
22.2.2011@pagi
Sesungguhnya saya percaya pasti kamu akan menerima walau apa sahaja keputusan yang akan saya lakukan. Bukan mudah sebenarnya untuk saya tinggalkan daerah yang pernah menjadi kecintaan (benarkah?) dan mahu memulakan sebuah kisah baru. Banyak perkara perlu saya korbankan. Kata orang jangan lari daripada masalah, namun saya bukannya mahu lari, tetapi mahu melakukan sebuah hijrah.Hijrah buat diri saya...mungkin.  tetapi terasa diri bukan cukup kuat sebenarnya.

Kamu, saya tidak akan lakukan perkara ini tanpa bersebab. Saya pasti tidak akan tinggalkan daerah ini dengan hanya satu perkara kecil. Namun hakikatnya, daerah kecintaan ini sudah menjadi daerah luka bagi saya. Saya terluka dengan apa yang saya lakukan sendiri dan saya tidak sanggup untuk terus membiarkan luka-luka itu mencarik hati saya dan mengotorkan sebuah perasaan. Ia sudah seakan menjadi kudis yang mesti saya segera sembuhkan atau akan terus ia merebak sampai rosak seluruh kehidupan. (Namun dapatkah saya berdepan dengan kehidupan baru itu? Ia juga sebuah persoalan..)

Tidak saya fikir perkara ini sehari dua namun apabila sampai saya tidak mampu lagi membiarkan saya mejadi lemah dengan air mata yang seakan tidak mahu berpisah daripada saya, saya terpaksa meluahkannya. Barulah saya terasa beratnya menyimpan sebuah rasa terpendam tanpa saya luahkan kepada sesiapa. Betapa rasa itu akan terkumpul dalam diri dan melukakan anggota dalam. Ianya terasa menyakitkan.

Oh, sebelum ini saya tidak pernah merasa.. Jadi, luahkan perasaan itu jangan biar ia membarah...  Nanti musnah satu jasad.. luar dan dalam.

Sungguh, saya percaya pasti ada hikmah atas apa jua yang bakal terjadi. Hikmah yang menjadi pengajaran sepanjang kembara saya dalam kehidupan ini.

Semoga tetap  hati ini... Amin.... “Allahumma sabbit qalbi...”
 
(catatan lepas... baru ada internet untuk online dan masukkan di sini.)

No comments: