Skip to main content

.Tarian Makin Gemalai.

Saya percaya kalian yang pernah dan sering terbaca catatan-catatan aku di blog ini mungkin sedikit pelik dengan penulisan aku yang bercampur-campur. Kadang-kadang penuh dengan keluhan dan pada saat lain ada semangat yang bersatu dalam tulisan. Satu masa aku menulis tentang memori, kemudiannya beralih kepada cerita sedih. Banyak pula aku bercerita perihal diri sendiri dan bukannya ehwal semasa dan cerita ilmiah yang sangat wajar ditonjolkan dalam penulisan untuk ditatap oleh orang lain. Kemudiannya aku akan kerap memadam entri yang ada kemudian menyiarkannya kembali. Kemudiannya blog ini ditutup beberapa hari sebelum ianya kembali dibuka.

Maafkan aku jika perbuatan aku dalam blog ini sedikit menyentuh sesiapa. Gerakan jemari ini sebenarnya makin lemah kerana kesempatan untuk bermesra dengan tulisan walaupun masih ada sedikit terbatas kini. Bukan disebabkan kesibukan merantai diri namun apabila keadaan diri tidak mengizinkan aku untuk berlama-lama seperti selalu depan lappy, maka aku pasrah! Setiap hari pasti akan cuba juga mencatat walau hanya sebaris ayat tanda jari ini walaupun mula menjadi kaku dan keras, masih ada kata-kata yang mampu dibariskan di sini buat tatapan. Bukan pembaca yang aku cari, bukan traffic yang aku kejar, bukan pendapatan daripada tulisan yang aku mahu apakala aku bercerita keadaan diri. Tidak salah kan? Kata orang ini blog aku, maka tulislah apa yang aku mahu tulis selagi ia tidak membatasi syarak.

Kadang banyak hal yang mahu aku contengkan namun ia mati apabila sudah berada depan lappy. Benarlah idea itu hanya datang sekali dan apabila ia hilang maka susah untuk memanggilnya kembali. Maka, kini aku hanya perkara yang terlintas ketika aku berada depan komputer di makmal atau di cyber cafe.  Sudah tidak menulis lagi di bilik

Aku orang yang percaya kata-kata apa yang kamu baca itulah kamu dan apa yang aku tulis itulah kamu. Walaupun aku tahu tidak adil untuk aku mengadili seseorang dengan apa yang mereka tulis, cakapkan, dan tunjukkan. Namun aku cepat percaya dengan apa yang dilihat oleh mata sendiri. Walaupun tidak seratus peratus aku akan percaya namun aku akan mengiakan yang penulis itu apa yang ditulisnya. Walaupun boleh sahaja menipu dalam penulisan, namun walau satu peratus pasti berkait dengan diri. Tipulah kalau boleh menulis dengan baik jika tiada langsung pengalaman dalam situasi itu. Okey! Tutup cerita! Sengaja mahu meluah emosi!

Lihat tajuk, "Tarian Makin Gemalai" entah apa sebenarnya yang ada dalam fikiran kalin, namun aku sendiri tiada maksud menulis tajuk itu. Menulis apa yang terlintas. Tulis tajuknya lain, dan isinya lain pula.

...

kematian kata sudah. Sekian aku membebel dengan papan kekunci kali ini. Nanti pasti bersambung dengan perkara lain pula. Oh, aku selesai membaca bumi Cinta itu. Orang lain cakap sangat best namun aku belum dapat menjiwainya...

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                      قم اليوم فسر للوري آية الموت رحمت، مصير العالمين كما                      ترى وك

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub