17 February 2011

:.sijil itu bukan syarat utama..:.

Agaknya ustaz nampak mata-mata layu dalam kelas petang tadi, lalu ustaz 'menembak' anak-anak didiknya termasuk aku dengan berdas-das tembakan yang kena tepat pada dada.

Hm, kata ustaz mahu aku kongsikan versi aku.. (cuba untuk mengingat kembali..)

"Kita setiap hari pasti tidak akan lupa untuk makan, namun kita terlupa akan satu perkara. Tidak kita beri makan kepada akal. Sesungguhnya manusia ini bukan hanya hidup dengan jasad namun akal juga. Akal memerlukan makanan dalam bentuk ilmu. Adilkah jika seseorang hanya memberi jasad makanan hakiki tanpa turut sama memberi akal makanan. Nampaknya di situ tiada keseimbangan akli dan jasadi. bagaimana akal akan sihat jika tidak diberi makanan maka tidak mustahillah akal itu akan sakit. Kamu itu pelajar bahasa Arab. Sepatutnya perlu ambil satu bahagian masa yang kamu peruntukkan untuk makan bagi mengisi akal dengan bacaan di maktabah. "Kunuz Ilm -Harta karun- yang berbentuk ilmu itu sia-sialah jika tiada yang membacanya. Hakikatnya, pelajar zaman sekarang berpuas hati dengan apa yang sudah tersedia depan mata. Hanya menanti untuk menelan. Diibaratkan pensyarah itu hanya seseorang yang punya kunci, lalu beliau hanya akan membantu anak didiknya untuk membuka kunci, namun anak murid itulah yang perlu meneroka apa yang ada dalam bilik tersebut. Tidak mungkin bagi seorang pensyarah untuk menyuap semua ilmu dalam kelas. Itu bukan tugas pensyarah. Sijil bukanlah segala-galanya namun ilmu yang ada dalam dadalah itulah bekal sebenarnya. Makanan bagi akal itu ilmu. Hanya dengan membaca sebenarnya kita belajar. bukannya dalam kelas. Kamu tidak akan dapat apa-apa dengan hanya hadir dalam kelas dan mendengar kalam ustaz. Tetapi tidak pernah kamu peruntukkan masa untuk menerokan alam ilmu sebenarnya di maktabah."

Demikian sedikit perkongsian oleh ustaz Nasr el-Din, pensyarah Naqd yang menembak kami petang tadi. Sungguh mata yang sudah layu serta merta jadi segar dan bulat.

IIUM LIBRRARY @ Maktabah Dar al-Hikmah

Sekian, sedikit perkongsian dan ingatan untuk diri sendiri.

No comments: