20 February 2011

sengal.

Mendungnya pagi ini, begitulah awan dalam diri ini. Kejadian semalam mungkin masih menghantui dan membawa sampai ke hari ini. Walaupun sudah dibawa diri ini lari, masih ada perkara itu dalam diri. Lantas aku memilih untuk menyepi.

Di belakangnya aku cuba menahan sendu yang masih belum berhenti. Wajah menjadi masam semasam limau masam yang dibeli di pasar hari.. Senyuman langsung mati.

Aku mahu menyuarakan semua kebimbangan itu kepada dia,namun apabila berdepan pasti aku akan jadi kaku. Bagaimana aku mahu berkata dengan dia yang sebenarnya.

tentang apa sahaja.

Sedang kami punya pertalian saudara.

Aku tidak mampu. Hanya dapat menulis dan bercerita di sini namun suara itu tidak dapat aku luahkan dengan bicara kata.

Sangat mahu namun terasa seperti ada batu saat mahu dilontar bicara.

kelu.

tadi aku sedikit tertekan rasanya dengan kerja bahasa Melayu itu. Sudahlah dua hari sudah laptop Sarah ini berada denganku dan belum dipulangkan, kerja itu langsung aku tidak jumpa jalan keluar.

Terima kasih kak Su bantu saya selesaikan kerja itu. Aku tidak peduli pada air mata yang mengalir sambil mulut berkata tentang minit meyuarat itu.

Manja.

Bukan.

Sengal.

Ya, memang itu namanya perangai yang sangat sengal....

No comments: