Skip to main content

Rindu Untuk Menulis.

Alhamdulillah hari ini dapat kembali jemari mengetik satu demi satu aksara pada papan kekunci ini. Tidak sampai 24 jam tiada laptop untuk ditekan-tekan papan kekuncinya, petang ini kakak datang ke rumah meminjamkan laptopnya. Konon-kononnya untuk menyudahkan assignment -konon-kononnya-, akhirnya saya mulakan dengan menulis di sini. =) Sekdar bercerita kosong...

Seronok juga apabila akhirnya hajat diri untuk pulang ke kampung menaiki keretapi tercapai sudah. Semuanya terjadi dalam keadaan tidak dirancang sangat sebenarnya. Apabila saya mengikut MASS untuk menukar tiket keretapinya, saya mengikut dan apabila dia mengajak, diri dengan spontan mengangguk mahu mengikut. Seperti orang yang lapar dihulur makanan, saya terus bersetuju -walaupun fikir juga dua tiga kali- Ini peluang yang mungkin saya tidak dapat lagi pada lain  masa. Bukan senang saya mahu mahu pulang pada malam hari sebenarnya.

Akhirnya sehari semalam saya di Penang... Kemudiannya pulang ke rumah. Sampai sahaja dalam bilik, mendapat khabar yang seorang bapa saudara sudah pulang menghadap Allah... Innalillah.

Benarkan jemari mahu berkisah sedikit pengalaman diri yang seperti seorang yang sangat teruja apabila buat pertama kali pulang ke kampung menaiki train dan setelah beberapa tahun kembali bermesra dengan laut dan menaiki feri. Alhamdulillah.

Hari Sabtu 29 Januari 2011.
Semalam aku bermalam di bilik dia. Sengaja aku mahu tidur di sana sebelum kami berpisah selama seminggu. Ini keinginan diri sendiri walaupun baru pulang berjalan-jalan dengan seorang teman. Paginya aku sudah gelisah memandangkan dr Salah tidak berkata apa-apa tentang kelas. Rasa aku tentu sahaja kelas parenting itu ada seperti biasa. Akhirnya aku pulang awal ke bilik untuk mengemas barang pulang ke kampung seterusnya bersedia untuk ke kelas.

Itu pun jam 9.45 barulah aku mandi dan bersiap untuk ke kelas. Malangnya.... bangunan IRK sunyi sepi. Kelas TIADA. Kembali ke bilik dia dan melepak di sana beberapa ketika. Ada juga beberapa cerita yang sengaja aku khabarkan. Cuba untuk berterus terang dan tidak menyimpan rahsia. Perasaan percaya itu tidak boleh datang dengan sengaja dan aku mahu jujur dengan dia. Aku mahu lapangkan perasaan sendiri dan aku mahu senang dan dia. Jadi aku memilih untuk bercerita dan mahu dia tahu. Aku memilih untuk bercerita yang sebenarnya walaupun aku dihantui rasa takut dan keliru adakah benar tindakan ini. Ya, akulah yang memilih untuk bercerita dan terus bercerita! Terima kasih kerana mendengar dan jangan pelik jika selepas ini perangai aku makin dan makin pelik!

Sudah petang barulah aku pulang untuk bersiap untuk pulang. Kerana masalah yang terjadi secara tiba-tiba kami keluar sedikit lewat, namun mujur sahaja ada seorang kakak sudi menumpangkan kami hingga ke KL Central. Aku fikir abangnya itu akan menurunkan kami di Stesen Putra, namun rupa-rupanya hingga ke KL Central. Terjadi adegan-adegan tanpa sengaja namun akhirnya selamat berada dalam perut keretapi.

Mulanya memang tidak mengantuk, namun akhirnya aku tetap lena. Sampai di Butterworth 6.30 pagi. Kemudian naik bas menuju ke rumah MASS. Rapid Penang 605. Solat Subuh dan makan, Kemudiannya lena. Haha, akulah yang hentam lena panjang melebihi tuan rumah. MASS tanyakan aku mahu pulang petang ini atau esok. Aku berfikir-fikir dan hanya beri keputusan setelah selesai mandi.

Petang itu kami ke Penang.

Wah, seingat aku paling akhir aku ke Penang kerana mengikut kakak yang bekerja di Hospital Pulau Pinang. Kami merentas laut ke pusat bandar dan berjalan-jalan. Ke  Bazar Chowrasta melihat kedai buku second hand. Aku hanya dapat telan liur melihat. haha.

Tidak ada satu barang yang dibeli. Memang jalan-jalan. Namun seronok juga sebab sudah lama tidak ke sini. Yang menarik ada perkhidmatan bas daripada jeti ke pusat bandar. Ah, memang saya tidak keluarkan sesen duit pun, semuanya dibayar MASS. Huhu.

Sampai ketika sudah maghrib dan terasa penat seluruh badan. Kata MASS selalunya aku bersemangat setelah pulang namun kali ini aku memang kalah. Malam itu akhirnya aku yang tidur awal daripada orang lain dan bangun pula lambat! Haha.

Bersedia untuk pulang. Maka berakhirnya kisah sehari saya di Penang. Lebih tepat di Telaga Air.

Alhamdulillah. Rumah kedua teman sekampus yang saya jejaki. Melihat mereka di rumah... Ah, sahabat saya semuanya baik-baik...

=]

Terima kasih Ainul Salasiah Shafian!!! For everything!

p/s: maaf kerana semakin hari aku semakin tidak pandai menulis dengan baik.

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                      قم اليوم فسر للوري آية الموت رحمت، مصير العالمين كما                      ترى وك

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub