16 February 2011

Pak Cik Guard yang baik?

Semalam aku jadi naik angin tidak tentu pasal dengan apa yang pak cik guard lakukan. Oh, maaflah, aku mahu menulis juga peritiwa itu walaupun sudah berjanji untuk melupakannya. Aku tetap mahu menulis juga. Dan pastinya ia akan kekal dalam ingatan.

Dalam perjalanan pulang, di pondok security pintu utama UIAM. Waktu Maghrib.

"Ha, Imam Mahdi, pergi daftar gi post." Pak Cik Guard itu naik ke atas bas dan menegur foreigner yang ada di baris depan. Mereka perlu turun.

"Ha, itu.. Imam Syafei.. Mana matrik kad?" Aku dengan wajah selamba badak aku.

"Tu, yang pakai spek mata tu." Aku belum perasan.

Pak Cik Guard datang dekat. Mati senyuman aku. Tunjuk matrik kad, sedang dalam hati sudah terbakar. Mahu tahu apa katanya:

"Tak boleh ke tunjuk matrik kad tinggi-tinggi."

Huh, seakan mahu lancar mulut berkata yang aku tidak perasan yang kata-kata itu ditujukan pada aku sebab aku perempuan dan bukannya lelaki dan tidak wajarlah dia mahu  memanggil nama Imam Syafei itu. Terasa aku bagai diperli. Lalu mood terus merudum dan angin bertiup kencang dalam diri malam itu.

Oh, entah mengapa cepat pula aku jadi pemarah semalam!

Bukan aku mahu membantah apa-apa tapi sebelum ini belum pernah pula ada pak cik Guard yang begitu terutamanya ketika sudah Maghrib dan semua orang mahu bergegas pulang. Sudah masuk UIAM tentulah pelajar UIAM. haha.

Ish3x...

Tertulis juga keluhan itu.

No comments: