14 February 2011

Mereka Sahabat Yang Baik

UKUWAH FILLAH BUKAN HANYA DI LIDAH!


Ceritera tentang persahabatan sering membuatkan aku tersenyum sendiri. Mesti hakikatnya aku belum mampu menjadi sahabat yang terbaik untuk sahabatku sendiri, aku akan tersenyum kala teringat atau terkenang sesuatu yang berkaitan hubungan aku dan sahabat. Dikira dengan jemari sahaja cukup untuk dikira sahabat aku namun apa salahnya jika saya mahu bercerita akan hakikat betapa beruntungnya mereka yang berukhuwah.


Ketika zaman persekolahan, ada mereka yang sering bersama dengan aku walaupun aku terkenal dengan sikap pemalu dan pendiam. Sejak dahulu aku gemar berdikari dan melakukan kerja sendiri kerana aku selalu berpendapat yang segan untuk menyusahkan orang lain namun aku suka jika ada orang yang sudi meminta aku melakukan sesuatu untuknya. Tetapi ada mereka-mereka yang sering bersama dengan aku dan menemani aku.

{Marziah, Mastura, Saadiah, Liyana}
Masih terbayang dalam ingatan ketika suatu hari aku demam yang agak teruk dan mereka sanggup tidak ke kelas petang untuk menemani aku. Kami pernah sama-sama makan, tidur dan menghabiskan masa bersama-sama di Bilik Belajar yang seakan sudah menjadi 'markas' buat kami. Walaupun dalam suasana persekolahan yang tentu sahaja masing-masing sibuk dengan peranan masing-masing, namun persahabatan ikatan yang terjalin itu terasa sangat kuat.

Kenangan! Semuanya hanya sebuah catatan yang kekal menjadi memori apabila masing-masing membawa haluan dan kesemua mereka adalah bakal guru. Tinggal aku di sini. Namun ukhuwah yang terbina sampai hati kami telah bersatu menjadikan rasa kebersamaan itu masih ada walaupun hakikatnya jasad sudah jauh terpisah.

Aku bersyukur sebenarnya. Bersyukur kerana sepanjang perjalanan aku di bumi Allah ini ditemukan dengan sahabat yang baik. Sahabat yang tidak hanya bersama ketika aku susah. Mereka yang sangat baik untuk aku. Malah tersangat baik untuk manusia biasa seperti aku.

Bukan untuk membanding namun itu hakikat. Aku sering ingatkan diri yang aku akan dapat apa yang aku beri dan aku tidak akan berharap pada sesuatu yang aku tidak pernah beri pada orang lain. Kalau benar aku dapat juga ianya sebuah pemberian daripada Allah yang sangat aku hargai. Subhanallah..

Semua teman aku baik.

Sahabat yang baik itu apabila kita lihat wajahnya kita ingat Allah. Apabila bersamanya kita rasa senang. Persahabatan kita dengannya bukan kerana apa yang dia ada namun kerana kita selesa bersamanya.

Tetapi bukan mudah mahu menjadi sahabat yang baik. Sahabat yang tidak zalim kepada sahabatnya dan adil kepada mereka. Apakah adil? Meletakkan sesuatu kepada tempatnya. Melayan sahabat sebagaimana seorang sahabat itu bukannya kerana dia. 

Cinta seorang sahabat bisa membuatkan seseorang tidak lupa berdoa untuk sahabatnya dalam setiap solat sebagaimana dia tidak lupa mendoakan kedua ibu bapa dalam setiap doa usai solat.

Justeru, dia bukan hanya sahabat yang menganngguk kepada tindakan sahabat namun menjadi racun dan penawar bagi sahabatnya. Yang manis didoakan kebaikan, yang buruk dinasihat untuk berubah. Memberi nasihat kepada mereka yang rapat itu tidak mudah.

Hakikatnya, berapa ramai yang sanggu bersahabat dengan sebenar sahabat?

***

Sebenarnya aku mahu menulis sebuah cerita tentang persahabatan namun akhirnya hanya contengan yang mampu saya tulis. Benar. Kata itu masih perlukan latihan untuk kembali ia serasi dengan diri. Tiada kekuatan untuk menulis dengan serius kerana idea bukan milik saya hakikatnya... 

Rindu untuk menulis,
14.2.2011
ITD, IIUM

No comments: