Skip to main content

Durrah Nur Aqilah: Jujur Seorang Sahabat.

Alhamdulillah.
rasa syukur mesti aku panjatkan kerana perasaan itu sudah terbang daripada diri. Aku akan menerima kesan daripada apa yang telah aku lakukan. Memang aku pentingkan diri sendiri dan kali ini akan terus pentingkan diri sendiri dengan apa yang aku lakukan ini. Aku spesis manusia yang tidak pandai jaga hati atau ambil hati orang.

Aku selalu tanya pada diri,
Kenapa orang lain baik, take care, rajin, baik dan baik?

Sedangkan aku nak tanya sepatah pun rasa seperti ada api dalam mulut yang menghalang aku daripada bertanya. Asalkan aku lepas aku rasa orang lain juga lepas.

Memang tak boleh dibuat kawan.


Kalau mahu ambil atau cari sahabat, carilah mereka yang bukan hanya bersamamu ketika kamu senang namun dia tidak meninggalkan kamu jika kamu ada masalah atau sedang menangis. Dia akan bersama kamu dan cuba pujuk kamu dan bukannya hanya diam macam tunggul kayu. Kalau kamu perlukan pendapatnya, dia akan memberi repons dan bukannya lari kerana dia tidak punya jawapan kepada persoalan itu.

Sungguh tiada adab dalam berkawan.

Betul tak?

Mereka yang bersama kamu ketika ketawa belum tentu akan bersama kamu ketika kamu perlukan ia di sisi. Contohnya aku. Aku boleh berada dengan mereka ketika mereka senyum dan ketawa namun aku tiada ketika mereka perlukan orang di sisi. Aku akan tenggelam dalam duniaku sendiri dan kadang tega meninggalkan mereka sendiri kala aku (sesak nafas) dengan satu-satu suasana. Aku cuba bertahan namun aku akhirnya perlu pergi menghirup udara yang segar sebelum aku dapat kembali.

Senyum plastik kan aku ini?

Aku takut untuk melihat senyuman dan wajah sendiri pada cermin. Aku takut memandang pantulan wajah sombong yang akan terpapar pada cermin kala aku pandang cermin..

Ajarkan aku untuksenyum..

Senyum yang datangnya daripada hati.

Kenapa Allah hadirkan aku dengan sahabat yang baik namun aku tidak mampu menjadi sahabat yang baik?
Tentu Allah hadirkan mereka sebagai cara untuk aku belajar untuk menjadi sahabat yang baik. Tentu sahaja kala aku pandang mereka, aku akan terasa banyaknya yang perlu aku baiki dan berusaha untuk terus berubah. Apabila mereka buat baik dengan aku, tentu akan teringat yang kenapa orang lain boleh buat baik, sedangkan aku tidak? Mereka baik....

Semua orang yang ada di sekitar aku baik...

Alhamdulillah.

Titik.
Berhenti membebel..
Sambung nanti.

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                      قم اليوم فسر للوري آية الموت رحمت، مصير العالمين كما                      ترى وك

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub