Sesekali biarkan air mata itu mengalir... |
Ustazah: "Dapat berapa?"
Aku jawab.
Ustazah tanya: "kenapa?"
Aku: "Saya tak baca buku."
bla.. bla.. bla.. ustazah cakap dengan sangat baik. Kata ustazah jumpa lagi, fikirkan apa yang ustazah kata.
Selamba aku jawab depan ustazah. Baru aku tahu yang ustazah ini sangat baik. Oh, kalau akulah yang menjadi ustazah rasa mahu dicili mulut anak murid yang menjawab begini pada ustazahnya. Terasa tidak hormat namun aku memilih untuk berkata yang sebetulnya. Benar sekali bukan sebab aku tidak faham namun aku tidak pernah mengulang apa yang aku belajar dalam kelas. Tidak pernah.
Dulu sekali pernah aku jawab begini pada ustaz Majid di CFS IIUM. Sememangnya itu. Aku tidak boleh jawab kerana aku tidak baca dan hatiku terhijab.
Jadi, sebenarnya aku langsung tidak kisah dengan apa yang aku peroleh dalam peperiksaan itu. Tetapi kala aku melangkah keluar daripada bilik ustazah, terdetik rasa bersalah dengan kata-kata yang sangat lancar itu.
Allah...
kadang-kadang mulut si pendiam boleh menjadi begitu lancar.
Mood untuk belajar sudah turun dengan mendadak dan aku tidak tahu bagaimana akhirnya semester ini namun aku hanya meneruskan langkah yang berbaki untuk aku melangkah. Bukan aku sengaja, namun aku sudah merobohkan semua tembok-tembok semangat yang aku bina pada awal semester.
Saranan ustazah mungkin aku pandang sepi namun aku sudah malu untuk berdepan dengan beliau.
Rasa sombong.
Rasa tidak hormat pada seorng muallimah.
Rasa...
huhu.
Comments
Semoga.
Amin.Semoga dapat diperbetul.
Hazlina,
Terima kasih dengan doanya.
Ghazali,
Kalaulah kamu menjadi ustazah itu...???
Sesungguhnya setiap manusaia itu pasti pernah melakukan sebarang kesilapan kan....
xpe jamilah.....
biarkan y lps tu lps kan....
tp..jgn biarkan ianya terlepas begitu sahaja....
ambilkan ia sebagai panduan dan bimbingan u diri kita pd masa akan dtg k sahabatku....
marilah kita sama2 berganding bahu u saling berjuang kan my shbbt!!!! ;-)