Skip to main content

Da & Lu'luah: aktiviti tidak sengaja

Nak cari ketenangan jangan pergi tempat ramai orang.
lama aku tidak menulis kisah-kisah yang aku lalui bersama sahabatku di sini. Pagi ini terasa mahu menulis pula apa yang terjadi semalam.

Semalam yang terasa membosankan walaupun paginya tenang menatap matahari yang malu-malu munculkan diri. Dua kali berulang alik ke Dar Al Hikmah walaupun tidak satu buku yang dibaca. Sekadar mahu berjala-jalan.

Da mesej bertanya aku di mana sekarang. Setelah beberapa saat ambil keputusan untuk ke KLCC.

Untuk apa? Kononnya untuk ke Aquaria melihat ikan berenang namun akhirnya kami sampai ke Kino.

Sungguh seperti selalu lain yang kami mahu lakukan, akhirnya lain yang terjadi.

Berjalan hanya mengikut langkah kaki.  Akhirnya kami sampai di KFC KLCC.

Logik tak datang ke KLCC semata-mata untuk menghadap KFC? haha.

Gambar edisi guugle

Lama juga untuk kami habiskan satu set hidangan  yang dikongsi bersama itu. Sampai memang terasa 'terpaksa' menyumbat untuk menghabiskan semuanya.. (huhu, terasa dibuli makan)

Jalan-jalan, tengok apa yang ada di luar KLCC namun tidak ada pemandangan menarik kerana hanya nampak wajah manusia, manusia dan manusia yang berbagai ragam.

"Jom ke Kinokuniya.."

lalu kami bergerak daripada satu tingkat ke satu tingkat sampai ke tingkat atas.

Sempat berselisih dengan mereka yang baru selesai diskusi buku di cafe yang letaknya dalam Kino itu namun aku pura-pura tidak kenal. Haha...

Pilih punya pilih akhirnya tidak ada satu buku yang ada di tanganku namun Da telah membeli dua buah komik.

Selesai bayar, terus pulang dalam kepenatan kerana lama tidak berjalan dan berjalan sejauh itu.

titik.

Alhamdulillah, memang aku nak ke kino pun sebenarnya dan semalam dapat lagi ke sana... terima kasih kak Husni menemankan dan saya sudah membawa kamu jalan dengan banyaknya...  Syukran jazilan.

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                      قم اليوم فسر للوري آية الموت رحمت، مصير العالمين كما                      ترى وك

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub