Duduk di bangku dan menconteng! Ia satu kepuasan |
(oh, secara tiba-tiba jemari jadi keras setelah berada depan pc. Jadi saya teruskan dengan apa-apa sahaja yang jemari ini terlintas untuk mencatatkannya.)
Sabtu.
Kelas Parenting, seperti biasa belajar tentang ilmu mengendalikan rumah tangga dan kami sudah masuk bab rukun dan akad nikah. Seperti selalu ustaz selalu menekankan tentang pentingnya menjadi manusia yang baik supaya kita mendapat pasangan yang baik. Allah Maha Adil dan sudah dijanjikan bahawa lelaki baik untuk perempuan baik, dan sebaliknya. Maka, jangan bermimpi untuk mendapat pasangan yang baik jika diri itu masih belum baik. Paling penting, usah adakan persahabatan sebelum ikatan nikah yang sah supaya ikatan itu jadi ikatan yang tulus dan suci.
Petang Sabtu ini terakam dalam ingatan setelah lama kami tidak bersua di astakan depan padang lelaki depan Safiyyah. Wajah ceria yang terakam dalam ingatan pasti kekal di situ walaupun kali ini tiada gambar yang saya rakamkan untun tatapan. Sejak lappy saya tidak boleh digunakan, mood untuk menangkap gambar juga turun dengan mendadak. Paling penting, saya suka petang ini. =)
Malamnya, saya menonton Drama Ampunkan Daku lakonan Shila Rusly. Ternyata lakonan itu walaupun ia sebuah cerita yang latarnya hanya di rumah perlindungan remaja yang terlanjur sangat terkesan di hati. Kata-kata yang ditutur dan jalan cerita berjaya membuatkan hati tersentuh. Betapa benar sekali semua orang harus diberikan peluang untuk berubah! PELUANG dan MAHU!
Hari ini, tanpa sedar saya tidur bertemankan air mata. Mengapakah dua kakak saya itu menyentuh akan hal pelajaran. Terasa seperti mereka berpakat untuk bertanyakan soalan itu kepada saya. Saya tidak suka dan ketika menjawab soalan kakakku yang seorang itu ketika dia menelefon, secara automatik, air mata berderai membasahi pipi. Entah,saya cepat tersentuh jika ada orang yang ambil berat tentang saya. Jadi sebak dan air mata terus turun tanpa belas kasihan.. Lalu, malam itu bantal basah dengan air mata sampai saya terlena.
AHAD.
Pagi yang hening itu dihabiskan di maktabah untuk membuat kerja akhlak Islamiyyah. Kemudiannya malamnya berpeluang menonton teater Cintaku Milik Siapa di Auditorium UIAM.
Mulanya saya rasa suka dengan jalan ceritany namun entah bagaimana sampai separuh saya sudah tidak mampu tumpukan perhatian. Hati sudah melayang dan tidak lagi fokus. haha.
ISNIN
Terjaga beberapa kali namun liat untuk membangunkan diri sampailah setelah beberapa kali terjaga dan kembali lena. Setelah Subuh masih liat untuk ke kelas namun jam lapan saya bersiap juga.
Semangat yang tersisa perlu saya pacu juga dan kemahuan untuk belajar kena ada!
Alhamdulillah, dapat markah Bayan yang haha... memang hampes...
Tapi saya suka kelas hari ini. Saya belajar sesuatu. Ketika belajar, lekatkan mata pada wajah ustazah, Insya Allah, tidak banyak, sedikit pelajaran itu akan tetap lekat dalam diri sebenarnya, Cubalah! Renung mata pensyarah ketika beliau menerangkan sesuatu dalam kelas, Insya Allah.. Ada barakah.
Walaupun saya dengan wajah takut saya, sekurangnya saya selamat daripada ditanya. Haha!
Sudah selesai saya melanjutkan rapuan saya di alam maya ini. Sekadar mahu mencoret juga dan bercerita apa peristiwa sekitar saya. Itu sahaja...
Sekianm, nanti-nanti saya sambung menulis dalam manuskrip bawah meja ini lagi. Sungguh, walau hanya kekosongan yang saya tulis, saya puas melontar kata di sini.
Comments