Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2011

Da & Lu'luah: aktiviti tidak sengaja

lama aku tidak menulis kisah-kisah yang aku lalui bersama sahabatku di sini. Pagi ini terasa mahu menulis pula apa yang terjadi semalam.

Semalam yang terasa membosankan walaupun paginya tenang menatap matahari yang malu-malu munculkan diri. Dua kali berulang alik ke Dar Al Hikmah walaupun tidak satu buku yang dibaca. Sekadar mahu berjala-jalan.

Da mesej bertanya aku di mana sekarang. Setelah beberapa saat ambil keputusan untuk ke KLCC.

Untuk apa? Kononnya untuk ke Aquaria melihat ikan berenang namun akhirnya kami sampai ke Kino.

Sungguh seperti selalu lain yang kami mahu lakukan, akhirnya lain yang terjadi.

Berjalan hanya mengikut langkah kaki.  Akhirnya kami sampai di KFC KLCC.

Logik tak datang ke KLCC semata-mata untuk menghadap KFC? haha.


Lama juga untuk kami habiskan satu set hidangan  yang dikongsi bersama itu. Sampai memang terasa 'terpaksa' menyumbat untuk menghabiskan semuanya.. (huhu, terasa dibuli makan)

Jalan-jalan, tengok apa yang ada di luar KLCC namun tidak ada pemandang…

terjemahan perasaan

 ******
hari ini biarkan gambar ini menggantikan semua bicara aku.
Ini terjemahan perasaanku sekarang.
Alhamdulillah.

simpan

Simpankan kata-kata itu,
Biar jadi sebuah rindu
Dalam sendu.

Durrah Nur Aqilah: Jujur Seorang Sahabat.

Alhamdulillah.
rasa syukur mesti aku panjatkan kerana perasaan itu sudah terbang daripada diri. Aku akan menerima kesan daripada apa yang telah aku lakukan. Memang aku pentingkan diri sendiri dan kali ini akan terus pentingkan diri sendiri dengan apa yang aku lakukan ini. Aku spesis manusia yang tidak pandai jaga hati atau ambil hati orang.

Aku selalu tanya pada diri,
Kenapa orang lain baik, take care, rajin, baik dan baik?

Sedangkan aku nak tanya sepatah pun rasa seperti ada api dalam mulut yang menghalang aku daripada bertanya. Asalkan aku lepas aku rasa orang lain juga lepas.

Memang tak boleh dibuat kawan.


Kalau mahu ambil atau cari sahabat, carilah mereka yang bukan hanya bersamamu ketika kamu senang namun dia tidak meninggalkan kamu jika kamu ada masalah atau sedang menangis. Dia akan bersama kamu dan cuba pujuk kamu dan bukannya hanya diam macam tunggul kayu. Kalau kamu perlukan pendapatnya, dia akan memberi repons dan bukannya lari kerana dia tidak punya jawapan kepada persoalan itu.

apapajela.

Aku tak pandai layan orang kat sebelah aku, kan? Hm, sesiapa yang kenal aku secara peribadi akan mengerti apa yang aku maksudkan. Aku boleh beramah mesra dengan tulisan namun sangat kaku dan tiada perasaan apabila berdepan.

Hm, redha dan terimalah walau apa pun keputusan yang aku keluarkan nanti. Itulah yang terbaik buat aku. Doakan ia yang terbaik walaupun aku terpaksa bermula daripada bawah. hehe. macam nak bawa diri tapi aku masih di sini.

Memang kita mengharapkan perpisahan itu masih lambat ia akan terjadi namun kalau sudah itulah yang terbaik aku dan kamu terpaksa menerima.

lama-lama mesti biasa dan aku akan jadi sejarah. Sejarah perkenalan kita yang manis. Mengenali manusia senyap yang emo dan tidak pandai berkelakuan sebagai seorang perempuan normal. :)

haha,

Itulah yang aku nak cakap. Minggu depan Insya Allah aku akan buat keputusan dan semoga itu tidak akan melukakan sesiapa walaupun aku tahu mungkin aku sendiri yang akan terluka dengan apa yang telah aku lakukan.

Maafkan a…

..ish.. tak payah bacalah!

Malam ini aku mahu menconteng...

petang tadi hujan yang sangat lebat setelah paginya panas membakar diri. Hujan yang disertai guruh dan kilat sabung menyabung. Aku yang berada di dalam bilik hanya berdiam diri dalam gelap. Jarang hujan lebat begitu.

Alhamdulillah.

Allah mahu menyuburkan kembali tanaman yang mula kering dan membasahkan rumput yang perlukan air untuk subur.

Alam dan manusia itu saling memerlukan. Manusia juga seperti sebuah jasad yang memerlukan antara satu sama lain. Itulah gunanya sahabat. Kerana itulah kita tidak boleh hidup bersendirian.

Kerana kita manusia yang perlukan orang lain untuk sempurnakan apa yang kita kurang.

Aku percaya minggu-minggu ini merupakan minggu yang sibuk bagi sesiapa sahaja. Beruntung dan bersyukurlah menjadi orang sibuk kerana dalam dunia nyata kelak itulah yang menjadi pengalaman yang sangat berharga dan rugilah mereka yang hanya tahu melayan diri sendiri.. (opss, merapu sudah..)

Benar! 

Jalan yang payah itulah membawa kepada sebuah kebahagiaan dan…

bicara aku pada hujan..

Berulang kali menaip aksara di sini namun akhirnya terpadam juga. Ada sekatan yang menghalang diri daripada meneruskan penulisan. Namun malam ini aku mahu menulis juga...

Membaca beberapa entri yang ditulis oleh beberapa orang blogger seakan menjawab persoalan yang sebenarnya terjadi pada diri ini. perihal kekosongan diri yang tentu sahaja tidak terjadi ia tanpa sebab. Rasa tidak nampak hala tuju dan mahu berhenti untuk terus berjuang. Bukankah kamu selalu ingatkan diri yang Allah uji sesuatu yang mampu dihadapi oleh seseorang. Sebesar mana sekalipun kehendak Allah mahukan ia terjadi dan sebenarnya harus ada rasa percaya yang dalam bahawa Allah menurunkan ia sesuai dengan fitrah seseorang hamba yang mana situasi mereka tidak sama.

Jauh dengan Allah.
Tidak membaca al-Quran.
Ada masalah dengan keluarga sendiri.
Sakitkan hati orang tua.
Tidak zikir
Ada kawan terasa dengan kita walaupun dah maafkan
Sakitkan hati orang lain.

Kadang ada perkara yang biasa kita lakukan namun sebenarnya ia menyumbang…

.... (catatan tanpa tajuk)

Suarakan pada alam, Jika tidak terluah dengan kalam, Usah biar terpendam, Kelam. Berserah pada takdir itu bukan, Namun hati menafikan, Masihkah jasad ini punya perasaan, menerus perjalanan. Pada tulisan sering menukilkan, Kisah silam dan masa depan, Sampai takut kala perhatikan, Gagal, Berjaya, Penat, Suka, Duka...  Semuanya pernah bersatu dalam diri, Namun seakan tiada erti kini. Mahu dibakar semua catatan, Mahu ditelan semua perasaan, Mahu dilontar semua perkataan, Namun ia hanya khayalan... Perjalanan itu masih jauh.... Benarkah pilihan itu?
(Setelah beberapa kali dipadam, biarkan kata ini yang terpahat di sini..)

simpang

berada di dua persimpangan,
mana satukah yang akan aku lalui.


aku belum bersedia menghadapi perpisahan itu...

sama seperti dia..

Maafkan aku buatkan kamu sedih.

saya sayang kamu.

Yang Terbaik.

21.2.2011 Semakin hampir kepada titik tamat kepada perlawanan yang berlangsung dalam diri dan menuju kepada suatu titik mula yang baru. Sesuatu yang datang dalam diri tanpa terduga dan akhirnya aku tidak dapat hanya membiarkan ia bersuara sendiri dalam diri. Lalu, aku bercerita kepada seseorang menggunakan tulisan dan bukannya secara berdepan. Tentu sahaja aku belum punya kekuatan untuk menerangkan semuanya secara bersemuka.
Aku ceritakan apa terjadi dan apa sebenarnya dalam hati...
Alhamdulillah.
Doakan inilah keputusan yang terbaik untuk saya... Doakan inilah sebuah hijrah bagi seorang yang bernama Jamilah. Seperti kata kakakku, belum terlambat.
Ya, belum terlambat untuk aku menamatkan cerita ini dan memulakan sebuah kisah baru.
Titik.
*** 22.2.2011@pagi Sesungguhnya saya percaya pasti kamu akan menerima walau apa sahaja keputusan yang akan saya lakukan. Bukan mudah sebenarnya untuk saya tinggalkan daerah yang pernah menjadi kecintaan (benarkah?) dan mahu memulakan sebuah kisah baru. Banyak…

sengal.

Mendungnya pagi ini, begitulah awan dalam diri ini. Kejadian semalam mungkin masih menghantui dan membawa sampai ke hari ini. Walaupun sudah dibawa diri ini lari, masih ada perkara itu dalam diri. Lantas aku memilih untuk menyepi.

Di belakangnya aku cuba menahan sendu yang masih belum berhenti. Wajah menjadi masam semasam limau masam yang dibeli di pasar hari.. Senyuman langsung mati.

Aku mahu menyuarakan semua kebimbangan itu kepada dia,namun apabila berdepan pasti aku akan jadi kaku. Bagaimana aku mahu berkata dengan dia yang sebenarnya.

tentang apa sahaja.

Sedang kami punya pertalian saudara.

Aku tidak mampu. Hanya dapat menulis dan bercerita di sini namun suara itu tidak dapat aku luahkan dengan bicara kata.

Sangat mahu namun terasa seperti ada batu saat mahu dilontar bicara.

kelu.

tadi aku sedikit tertekan rasanya dengan kerja bahasa Melayu itu. Sudahlah dua hari sudah laptop Sarah ini berada denganku dan belum dipulangkan, kerja itu langsung aku tidak jumpa jalan keluar.

Terima kasih kak…

Tidak perlu baca, aku hanya mahu menconteng!

Aku tidak malu kan menulis dalam blog apa sahaja yang terlintas dalam diri aku.
Aku pasti akan tulis apa sahaja yang terlintas.
Banyaknya aku akan tulis cerita sedih. Mungkin sebab aku susah untuk bercerita.
Selalu aku rasa nak tutup blog ini namun aku akan buka kembali sebab aku akan tetap mahu menulis.
Boleh dikatakan tiada info yang kalian akan dapat dengan membaca blog ini sebab ia bukan blog yang best!
Ia hanya contengan budak hingusan.

Nak tahu tak, semalam aku ponteng kelas parenting. Minggu ini setiap malam aku akan tidur berteman si air mata. Tiap-tiap malam aku tidur seawal yang mungkin. Tidur bersama air mata yang menjadi teman. malah, setiap kali ia akan mengalir aku sudah tidak dapat lakukan sebarang kerja dan aku akan tinggalkan walaupun sedang menyiapkan assignment. Sengal tak?

Memang jika kamu tidak sibukkan diri dengan kerja-kerja berfaedah maka diri akan berperang dengan diri sendiri. Dan macam-macam perasaan akan timbul. Maka, jika kamu banyak kerja untuk dilakukan, berunt…

...

Kesatlah air matamu,
Jangan dibiar mengalir lagi.

Durrah Nur Aqilah:.Kesatlah Air Matamu:.

Semalam aku menemani sampai dia terlena. Entah apa yang merasuk sampai dia perlu ambil masa yang lama sebelum mata dia lelapkan. Tidur bersama tangisan sampai merah matanya. Bagaimana mahu aku pujukkan dia biar dia kesat air matanya itu. Perempuan kena kuat! Perempuan kena kesat air mata itu dan bangkit kembali! Perempuan jangan jadi si ratu air mata.

"Durrah, kenapa aku tak macam orang lain?"

Dia menyoal aku.

Terdiam aku. Bagaimana aku untuk menjawab sedang aku sendiri untuk memotivasikan diri sendiri masih tunggang terbalik.Berfikir-fikir bagaimana untuk menjawab namun akhirnya buntu sendiri. Aku diam. Aku genggam tangannya erat. Dia duduk melutut sambil esak masih terdengar. Tersedu-sedan.

Malam itu dia benar-benar tidur bersama tangisan sampai aku tidak tahu untuk memujuk. Tiada kuasa untuk aku belainya dengan kata-kata yang dapat membangkitkan semangatnya. Patutlah dia menghubungi aku semalam. Rupa-rupanya, hujan dalam dirinya sampai membuatkan bantalnya basah.

Aku menemanin…

:.Tolong jangan baca sebab anda akan rasa ia merugikan!.:

Sarah, terima kasih pinjamkan laptop,aku menconteng lagi hari ini..

Mak, saya lupa apa yang mak pesanDulu mak pesan untuk saya jadi anak yang baik. Jadi manusia yang berbakti kepada orang lain, namun saya tidak jadi orang yang baik sekarang. Saya tidak ingat apa yang mak pesan.

Saya tidak dapat bersabar sekarang. Mudah sahaja kesabaran saya terbakar oleh api kemarahan. Saya jadi suka menyisihkan diri dan langsung tidak mahu masuk dalam komuniti.

Saya takut untuk menghadapi dunialuar kelak kerana langsung saya tiada pengalaman.Kadang saya seperti tidak mahu tepati masa perjanjian apabila selalu sahaja perjanjian yang diatur bukan pada masanya Namun saya teringat yang Nabi suka jika umatnya menepati janji. Biarlah kita yang sampai dahulu sebelum orang lain, janganbiarkanoranglainmennati kita.

haha, apa yang aku merapu...

Entah,rasa kasihan dengan diri kadang-kadang.
Rasa seperti aku zalim dengan diri sendiri. Aku tidak adi dengan diri. Aku tidak tunaikan hak kepada diri.

Tetapi aku tidak suka …

:.Rindu Buku.:

Semalam aku tersenyum senang. Senyum yang sangat lebar!

Setelah lama  (beberapa bulan) tidak mendapat buku baru sungguh haruman buku itu sangat menghantui diri sendiri. Bagaimana mahu aku lupakan ia walaupun dalam poket kertas mula menipis. Tidak aku kisah, asal sahaja kemahuan yang satu itu tercapai.

Setelah ada aral yang menghalang aku daripada ke Jaya Jusco Wangsa Maju (MPH Bookstore) Khamis lalu, akhirnya pada hari Jumaat setelah perlu menghadiri ceramah Internship di RMC (Research Management Center), aku tidak menunggu hidangan tengahari dihidangkan. Terus ke Hentian Safiyyah untuk ke JJ. Rasa rindu sudah tidak tertahan rasanya. Aku mahu dapatkan buku baru.. Buku Baru. Buku baru!

Sebenarnya alasan itu hanya luaran. Aku mahu mengubat hati sebenarnya. Perasaan yang tidak tenteram sehari dua ini tentu terubat kala aku memandang barisan buku yang teratur dalam MPH. Lagi besar kedai buku itu lagilah aku suka. Walaupun hanya keluar sendirian, aku puas menatap satu demi satu tajuk tajuk bu…

:.sijil itu bukan syarat utama..:.

Agaknya ustaz nampak mata-mata layu dalam kelas petang tadi, lalu ustaz 'menembak' anak-anak didiknya termasuk aku dengan berdas-das tembakan yang kena tepat pada dada.

Hm, kata ustaz mahu aku kongsikan versi aku.. (cuba untuk mengingat kembali..)

"Kita setiap hari pasti tidak akan lupa untuk makan, namun kita terlupa akan satu perkara. Tidak kita beri makan kepada akal. Sesungguhnya manusia ini bukan hanya hidup dengan jasad namun akal juga. Akal memerlukan makanan dalam bentuk ilmu. Adilkah jika seseorang hanya memberi jasad makanan hakiki tanpa turut sama memberi akal makanan. Nampaknya di situ tiada keseimbangan akli dan jasadi. bagaimana akal akan sihat jika tidak diberi makanan maka tidak mustahillah akal itu akan sakit. Kamu itu pelajar bahasa Arab. Sepatutnya perlu ambil satu bahagian masa yang kamu peruntukkan untuk makan bagi mengisi akal dengan bacaan di maktabah. "Kunuz Ilm -Harta karun- yang berbentuk ilmu itu sia-sialah jika tiada yang membacanya. Hakikat…

Cerpen:Relai Kasih Mak Utih.

Bibi membantah pernikahan ini. Dirasakan Mak Utih penyibuk. Mak Utih rampas kasih Ayah pada Bibi. Mak Utih gilakan harta Ayah. Mak Utih yang amat mengambil berat makan pakainya, pelajaran, solat puasanya. Mengapa Bibi rimas? Sebelum ini tiada siapa pedulikan semua itu. Terletak pada pundaknya sendiri. Mahu solat? Puasa? Bercouple? Tiada siapa mengawal. Mak Utih gesa Bibi kenakan tudung kepala. Bibi bantah keras-keras. Kata Bibi belum sampai seru. Mak Utih teresak mendengar. Bagaimana Bibi akan senang, melihat Mak Utih yang tenang, kebencian itu mendadak timbul.

“Mak Utih tak patut kahwin dengan Ayah.”

Bibi pernah celupar berkata begitu. Mak Utih diam, tak berkata apa-apa, sebaliknya dipeluk Bibi penuh kasih.

“Bibi tak faham kenapa Mak Utih kahwin dengan Ayah Bibi. Kubur Mak Bibi masih merah, Ayah sudah kahwin lain. Mungkin kerana itu kamu berdendam, Bibi.”

Bibi buat-buat pekak badak. Walaupun tersentuh dek pelukan hangat itu, ditunjuk juga kepala batu. Bibi mencebik. Malas melayan. Dia…

tidur.

Saban hari aku akan tidur awal.
terutamanya ketika fikiran sedikit terganggu
namun aku tetap akan cuba untuk ke kelas.
Walau hijab belum tersingkap.

Allah..................

.tutup cerita..

Terfikir-fikir entah apa sebenarnya yang sudah saya rapukan lewat sesawang ini. Kadang terkenang yang diri sebenarnya sudah terlalu banyak mengeluh dengan SEDIKIT ujian yang Allah turunkan sama ada dalam bentuk kesenangan atau kesedihan dalam diri. Hanya sedikit namun tidak berjaya untuk mengharungi.

Saya lemah dan tidak menghargai kekuatan yang Allah hadirkan dalam setiap jasad insan.

Sifat hambakah begitu?

Dahulu, saat kecil, Allah menguji dengan ujian lain, diberikan kerana sesuai dengan keadaan ketika itu. Maka, sekarang ujian itu tentu berbeda kerana keadaan yang sedang dijalani sekarang bukanlah sama seperti hari semalam.

Teringat tidak mungkin pernah suatu hati, dalam sedar atau tidak diri pernah berdoa sesuatu yang apabila terjadi,  terasa yang kenapa Allah takdirkan ini untuk aku? Sedangkan pernah kita berdoa sama ada dalam sedar atau tidak mahukan ia berlaku. Apa-apa sahaja.

Bukanlah semua kalam yang kita lafazkan itu suatu doa?

Kata-kata yang kita lafazkan untuk orang lai…

sombong.

Sepatutnya aku datang ke makmal ini malam ini untuk membuat assignment bahasa Melayu seperti sepatutnya. Namun setelah aku sampai sini, lain pula yang aku lakukan. Aku tidak langsung menyentuh kerja namun jemari aku galak melakukan perkara lain. Sesekali tidak akan aku salahkan laptop yang rosak tidak dapat dibaiki itu, hanya diri yang tidak bisa mendisiplinkan diri. Malu juga untuk aku selalu meminjam laptop daripada orang lain, sedangkan sebenarnya banyak masa boleh aku habiskan di sini.

Wajah ustazah Nadwah yang sangat mesra tadi berbekas dalam diri. Lain benar karakternya dalam kelas dan ketika bertemu dengannya tadi. Adakah aku perlu mengikut saranan beliau tadi?

Hilang sudah, runtuh semua tembok yang aku bina. Membiarkan jasad berada dalam kelas. Hijab dalam diri itu terasa makin tebal... TEBAL....

Tidak patut kan sebenarnya aku melontarkan semuanya dengan baris kata. Aku sedar, kita ada Allah yang sentiasa Mendengar akan segala pengaduan hamba, namun aku seorang manusia biasa yang…

entah

Ada banyak kerja yang perlu dibereskan sebenarnya, tetapi satu tidak aku sentuh apabila sudah berada depan komputer. Sungguhlah, jalan jauh-jauh akhirnya aku hanya duduk kaku di sini.

Hm,

Kak Husni, maaf jika mood aku petang tadi kurang baik. Entahlah, bukan masalah yang difikir pun, entah apa yang mengacau dalam fikiran aku pun tak tahu. Maaflah, aku dah tutup diari jamilah tu sebab dah tak tahu nak conteng apa. Biarlah aku terus menconteng dalam manuskrip bawah meja tu.

Lebih selesa....

Mereka bukan Kami

kisah mereka,
sangat senang hati mendengarnya,
Tersenyum walau hati duka,
Tersentuh pada setiap bait kata.

Kisah kami belum mampu aku dendangkan,
Meski padanya ada perkara mahu diluahkan,
Jadilah simpanan sepanjang kehidupan,
Hingga terbuka untuk diceritakan.

Biar aku gembira sendiri,
Menatap kisah mereka,
Yang buat aku senyum...

.silent.

berhenti seketika, tutup mulut, buka hati.

Dipanggil.

Pagi tadi dipanggil oleh pensyarah disebabkan markah yang rendah dalam peperiksaan tengah tahun.

Ustazah: "Dapat berapa?"

Aku jawab.

Ustazah tanya: "kenapa?"

Aku: "Saya tak baca buku."

bla.. bla.. bla.. ustazah cakap dengan sangat baik. Kata ustazah jumpa lagi, fikirkan apa yang ustazah kata.

 Selamba aku jawab depan ustazah. Baru aku tahu yang ustazah ini sangat baik. Oh, kalau akulah yang menjadi ustazah rasa mahu dicili mulut anak murid yang menjawab begini pada ustazahnya. Terasa tidak hormat namun aku memilih untuk berkata yang sebetulnya. Benar sekali bukan sebab aku tidak faham namun aku tidak pernah mengulang apa yang aku belajar dalam kelas. Tidak pernah.

Dulu sekali pernah aku jawab begini pada ustaz Majid di CFS IIUM. Sememangnya itu. Aku tidak boleh jawab kerana aku tidak baca dan hatiku terhijab.

Jadi, sebenarnya aku langsung tidak kisah dengan apa yang aku peroleh dalam peperiksaan itu. Tetapi kala aku melangkah keluar daripada bilik ustazah, terde…

Pak Cik Guard yang baik?

Semalam aku jadi naik angin tidak tentu pasal dengan apa yang pak cik guard lakukan. Oh, maaflah, aku mahu menulis juga peritiwa itu walaupun sudah berjanji untuk melupakannya. Aku tetap mahu menulis juga. Dan pastinya ia akan kekal dalam ingatan.

Dalam perjalanan pulang, di pondok security pintu utama UIAM. Waktu Maghrib.

"Ha, Imam Mahdi, pergi daftar gi post." Pak Cik Guard itu naik ke atas bas dan menegur foreigner yang ada di baris depan. Mereka perlu turun.

"Ha, itu.. Imam Syafei.. Mana matrik kad?" Aku dengan wajah selamba badak aku.

"Tu, yang pakai spek mata tu." Aku belum perasan.

Pak Cik Guard datang dekat. Mati senyuman aku. Tunjuk matrik kad, sedang dalam hati sudah terbakar. Mahu tahu apa katanya:

"Tak boleh ke tunjuk matrik kad tinggi-tinggi."

Huh, seakan mahu lancar mulut berkata yang aku tidak perasan yang kata-kata itu ditujukan pada aku sebab aku perempuan dan bukannya lelaki dan tidak wajarlah dia mahu  memanggil nama Imam Syafei itu.…

Mereka Sahabat Yang Baik

Ceritera tentang persahabatan sering membuatkan aku tersenyum sendiri. Mesti hakikatnya aku belum mampu menjadi sahabat yang terbaik untuk sahabatku sendiri, aku akan tersenyum kala teringat atau terkenang sesuatu yang berkaitan hubungan aku dan sahabat. Dikira dengan jemari sahaja cukup untuk dikira sahabat aku namun apa salahnya jika saya mahu bercerita akan hakikat betapa beruntungnya mereka yang berukhuwah.


Ketika zaman persekolahan, ada mereka yang sering bersama dengan aku walaupun aku terkenal dengan sikap pemalu dan pendiam. Sejak dahulu aku gemar berdikari dan melakukan kerja sendiri kerana aku selalu berpendapat yang segan untuk menyusahkan orang lain namun aku suka jika ada orang yang sudi meminta aku melakukan sesuatu untuknya. Tetapi ada mereka-mereka yang sering bersama dengan aku dan menemani aku.

Masih terbayang dalam ingatan ketika suatu hari aku demam yang agak teruk dan mereka sanggup tidak ke kelas petang untuk menemani aku. Kami pernah sama-sama makan, tidur dan men…

berlalu.

Entah bagaimana mahu diterus,
Namun langkah masih laju,
Berjalan dengan tenang,
Bergerak dalam gundah,
Meraih kasih sayang Dia,
Yang dilimpah untuk aku.
Mencari kasih yang hilang,
menyemai rindu yang tenggelam..

Bicara Yang Mati.

Kamu mahu aku dendangkan sebuah cerita?

Oh, ini bukan cerita romeo dan Juliet atau Qaisy dan Laila. Hanya hamburan kata-kata yang lahir daripada seorang manusia bernama aku. Aku ini bukannya seorang penukil kata hebat yang pandai bermadah atau menyusun kata menjadi sebuah bait syair sehebat mereka pada zaman Jahili. Hanya mahu menyusun kata demi kata tentang pengalaman seorang diri dan makhluk bernama Aku.

Sebermulanya aku dahulu manusia yang suka membaca cerpen dan tidak pandai langsung menulis puisi. Hanya tahu menconteng pada kertas susunan kata yang terlahir dalam diri. Tentu sahaja bukannya ada aturan kata yang manis untuk dibaca namun entah mengapa aku jadi sangat berminat dengan satu subjek. Subjek Penulisan ketika di sekolah rendah dan subjek bahasa Melayu ketika di sekolah menengah.

Aku suka membebaskan perasaan dengan perkataan. Justeru, menulis diari itu  merupakan satu tabiat yang sukar untuk aku pisahkan dengan kehidupan. Aku bebas sebebas-bebasnya untuk meluahkan sebara…

Sekuntum Puisi Sebuah Ilusi

Sedekad jemari laju melunjur bicara,
Hari ini semuanya seakan tiada makna,
Mana bisa sekadar membebas kata,
Melukis beban di dada.

Ilusi berlagu rancak meneman bicara,
Berkali tersekat tanpa kata,
Tenggelam dalam lautan makna,
Kesah tiada penghujungnya.
Mimpi!

Bukan tidak ditekan diri untuk kembali,
Menukil puisi suara hati.

Mahu dialun suka cerita
Ria kisah kita bersama,
Duka dikongsi dalam bicara.

Lenguh lengan apakala memandang pena,
Kaku tanpa baris tidak dapat digerak
walau hanya mengatur selajur kata.

Diam!
Ilusi mati suram kelam.

ceritera tiga hari

Alhamdulillah, setelah dua hari saya dapat menconteng sesuatu di sini dengan rianya. Walaupun saya tahu bukannya saya mahu mencoret kisha-kisah menarik lagi bermanfaat, saya sekadar mahu mencurahkan semuanya yang saya rasakan mahu dicurah. Biarkan ia hilang daripada diri setelah saya lontarkan ia menjadi buah kata.

(oh, secara tiba-tiba jemari jadi keras setelah berada depan pc. Jadi saya teruskan dengan apa-apa sahaja yang jemari ini terlintas untuk mencatatkannya.)


Sabtu.
Kelas Parenting, seperti biasa belajar tentang ilmu mengendalikan rumah tangga dan kami sudah masuk bab rukun dan akad nikah. Seperti selalu ustaz selalu menekankan tentang pentingnya menjadi manusia yang baik supaya kita mendapat pasangan yang baik. Allah Maha Adil dan sudah dijanjikan bahawa lelaki baik untuk perempuan baik, dan sebaliknya. Maka, jangan bermimpi untuk mendapat pasangan yang baik jika diri itu masih belum baik. Paling penting, usah adakan persahabatan sebelum ikatan nikah yang sah supaya ikatan itu j…

merepek-repek malam ni...

Seperti apa yang aku lalui hari semalam, adakah esok akan tetap sama aku fikirkan untuk esok hari.. Sekarang rasa bosan apabila tidak dapat untuk zahirkan semua apa yang mahu tulis dalam bentuk perkataan. Ras atak bebas melontarkan kata itu walaupun hakikatnya semua kata akan cuba aku lontarkan di sini sana sinun. Aku menulis di mana yang aku rasa sesuai.

Semester ini, semester lepas, semester depan, semuanya ada kisah sendiri. Ada cerita kita mahu dengar, ada cerita mahu tinggal..

Semuanya tu lumrah, kan?

Skema? Aku menulis dengan skema sangatkah? Yang pasti aku menulis dan cuba membiasakan menulis dengan bahasa standard walaupun dalam diari. Mungkin jika diari itu tidak terlalu formal namun masih dalam lingkungan itu.Entah, aku selesa mungkin..

11.2.2011

Semakin sukar untuk meluahkan semua perkara. Terasa sempit dada.
Macam nak jerit lepaskan segala,
Namun aku tidak mampu bersuara,
Hilang kata.

Entah mengapa kadang semuanya seperti menjerat,
Namun aku teruskan yang sudah aku meulakan,
Masih aku yang dulu...

Berubah,
kembali yang lama...

Integrasi ilmu

Akhirnya saya tetap berbicara pada lembaran bisu ini walaupun sedikit lewat.

Saya hanya teringat sesuatu yang dipesan oleh ustaz Nasr el-Din dalam kelas Naqd Qadim yang lepas. Ketika dalam kelas yang hanya separuh hadir. Kelas dalam suasana penuh syahdu usai solat Maghrib. Ustaz Nasr El-Din yang sangat rajin mengadakan kelas hinggakan kelas yang sepatutnya cuti umum juga diganti (..insaf saya jadinya.) Walaupun bukan 100% yang saya mampu untuk hadam, sekurang-kurangnya ada sedikit intipati yang tetap lekat dalam kepala

Integrasi dalam ilmu.
Salah satu misi Taman Ilmu dan Budi ini ialah integrasi ilmu. Maknanya, jika seseorang belajar bahasa bahasa Arab, mereka tidak akan hanya belajar bahasa arab namun perlu juga (wajib) ambil beberapa subjek IRK (ilmu wahyu) dan Sains Kemanusiaan. Lagilah mantap mereka yang ambil minor pula dalam bidang lain seperti ICT, business dan seumpamanya.

Kata ustaz, inilah yang kita mahu! Lihat sahaja pada zaman dahulu ulama'nya tidak hanya pakar dalam satu …

habis seminggu.

Khamis adalah hari yang sangat aku tunggu sebab esok tiada kelas. Malam ini pasti tidur dengan nyenyak bermimpikan macam-macam. Sesungguhnya walaupun mungkin banyak perkara yang aku tidak mampu aturkan dengan kata, aku harus bersyukur sebab aku masih ada perasaan dan hati yang menemani perjalanan.

Rasa mahu tidur sangat-sangat sebab tadi sudah menelan ubat batuk. Alhamdulillah, hanya tinggal sisa-sisa batuk dan beransur sihat.. (huhu, manja. Batuk sedikit sudah mengomen)...


Sekejap sangat sebenarnya seminggu itu dan minggu depan, minggu depan..

Tak sabar nak final dan tamatkan semester ini.

Banyak subjek dah aku trauma.
Semua subjek aku pernah ponteng kecuali modern poetry..

Allahuakbar!

Perlukah Aku Khabarkan?

Tidak pandai lagi bermadah berpuitis kini. Semua kata-kata hanya jadi bualan biasa dan tulisan hanyalah sebuah contengan yang tiada makna.Namun jemari masih tegar mahu membebaskan sebahagian kata menyesak sukma. Mana bisa aku biarkan ia hanya bertarung dalam diri tanpa aku bebaskan mereka daripada perang sesama sendiri itu.

Hakikatnya, jasad dalaman sedang memberontak dan membantah apa yang sedang dilakukan oleh jasad luaran.

Ada perkara yang sengaja disemakkan.
Ada bahagian yang dilangsaikan.
Ada perkara terbengkalai.
Ada ...

Hakikatnya, bukan ada perkara penting untuk diselesaikan namun perangai diri yang itulah sebenarnya yang suka bertangguh hingga saat akhir. Selagi belum ustaz kata, "esok hantar kerja" maka semuanya bertangguh dan saya lebih suka lena.

Pagi tadi, ponteng buat kali ketiga kelas Tilawah kerana ada kerja yang tidak langsai + ...

Entah!

Kenapa ya saya suka sangat tulis apa sahaja yang berkaitan masalah dan tidak kepuasan hati itu. Mungkin disebabkan saya …

Hm...

Kerja last minute dan jamilah macam kawan baik.
Selagi belum sampai deadline memang dia tak buat kerja.
Bukan tak tahu tak bagus.
Bukan tak sedar menyeksa diri.

Nak buat juga.

Kerana

Enggan.
Bukan tidak rela.
Tidak mampu berkata yang sebenar.

Berkali bibir terbuka,
Hanya bisu bersuara,
Kelam tanpa kata,
akhirnya,
Hanya tulisan berbicara.

perlukah aku terus bersembunyi,
Atau dibongkar semua rahsia,
Biar terang dan tenang.

Bukan menyendiri.

Senyuman Mencairkan Hatiku.

Dalam kelas Modern Poetry Text tadi tersenyum senang aku dengan kata-kata ustaz. Setuju dengan kata-kata beliau bahawa penyair itu suka kehidupan yang bebas dan tidak terikat. Benar-benar aku tersenyum walaupun dengan kepala tertunduk ke bawah.

Namun hakikat yang perlu saya akui yang sebenarnya dalam gembiranya kehidupan yang bebas namun sebenarnya seseorang itu tetap memerlukan kehidupan yang punya jadual tertentu. Bukan hanya melakukan perkara yang mahu dilakukan tanpa sebarang kawalan.

Penyair itu tentu sahaja sebenarnya mempunya jadual mereka sendiri walaupun kita melihat mereka seperti tidak santai sahaja. Sesiapa sahaja tentu sahaja punya jadual mereka sendiri cuma sama ada ianya berbentuk bertulis atau sekadar rancangan yang tercatat dalam kepala.

Lihat sahaja penyair dan alam itu amat dekat sebenarnya. Dalam puisi tradisional Melayu sendiri menampakkan bahawa sebenarnya seorang penyair itu dekat dengan alam. Eleman alam boleh kita lihat dengan ketara terutamanya dalam pantun Mela…

kali ketiga.

Kali ketiga barulah aku masuk ke sana.
Memang payah untuk pergi.
Tadi aku ajak juga diri sebab dalam kelas MPT petang tadi tertahan-tahan aku supaya tidak nampak ketara yang aku batuk. Berair juga mata akhirnya.
Muka tunduk bawah rapat-rapat.
Apa tidaknya, nanti mengganggu orang lain.

Alhamdulillah.

Durrah Nur Aqilah: Bau Hospital

Siapa yang gemarkan bau ubat hospital? Rasa saya tidak ada yang menjawab ya melainkan jika mereka yang tugasnya hari-hari perlu berada di hospital. Saya juga. Paling tidak gemar berada dalam kawasan hospital dan hanya pernah beberapa kali ke sana atas urusan tertentu.

Saya tidak pasti sejak bila yang pasti saya seperti mahu menjauhi yang bernama rumah sakit walaupun dahulu kala kerap ke sana juga. Mungkin disebabkan bau ubat yang menyucuk hidung, saya tidak betah berada lama-lama di sana.

Namun sejak saya mula tua dan usia makin meningkat, rasa itu sudah bertukar. Perasaan tidak gemar kepada rumah sakit sudah menjadi neutral. Mana tidaknya, apabila kita menjejakkan kaki ke sana, maka akan ada satu perasaan wujud dalam diri.

"Aku bersyukur sebab bukan aku yang berada di sana. Bukan aku yang berada atas katil hospital. Bukan aku yang sedang dirawat. Allah beri aku kesihatan yang baik."

Hospital boleh menjadi suatu tempat untuk muhasabah. Putih suasana mengingatkan sang pesakit aka…