04 January 2011

Ponteng.




Mencari hati suci.
Kalah saya dengan hati sendiri hari ini. Pergi ke kelas ditegur rakan.



"Menangis ke? Bengkak mata?"



Huh! Saya sudah melenakan diri selama 12 jam = separuh hari. Apa tidaknya. Pandang muka ustaz seperti tidak cukup tidur. Malu saya... Orang lain belajar saya berangan! 



Sudah berjanji pada diri untuk tidak ponteng lagi, namun saya ponteng dua kelas hari ini tanpa sebab. Alasan yang tidak dapat diterima oleh sesiapa sahaja. Bangun pagi kemudian terus belayar kembali ke alam mimpi sampai terlepas kelas jam lapan pagi dan sepuluh pagi. Kelas 11.30 saya pergi disebabkan ada kerja perlu dihantar. Mujur tidak ponteng kelas Naqd Qadim sebab rupanya banyak benda best dalam subjek ini. (walaupun tidak faham semua yang ustaz cakap. Laju!)



Perangai yang sangat tidak senonoh bagi seorang pelajar perempuan. Ponteng kelas.



Haha, bagi ada faedahnya saya ponteng awal-awal sebab dalam sistem UIA ada hadnya untuk ponteng. Sekali saya ponteng tentu saya ingat lain kali bahawa saya perlu berhati-hati supaya saya tidak mendapat surat cinta semester ini..



*jangan diikut perangai seorang yang punya kurang perasaan ini*



Bagi mereka yang benar dahagakan ilmu, tentu tidak akan lakukan  fiil ini. Apa tidaknya sekali tertinggal kelas bermakna ada beribu kalam ustaz yang tertinggal. =]



Jadi, kesimpulannya, jangan ponteng kelas sudah wahai Jamilah. Sudah empat kelas kamu ponteng semester ini. Hanya tiga kelas yang masih "suci."



Titik. Sudah saya merapu di sini..



Assalamualaikum.



6.59p.m/ITD taman Ilmu & Budi.

5 comments:

Bulya Iswandi said...

Salam,

Memesej akak tersayang... :O

something 2 say... menulis mesalah kita di entri adalah perkara yang lebih integriti daripada kehadiran kuliah....jujur pada diri...jujur pada dunia...

wassalaaam...

ikhlas kot,
-adik di bumi coklat (tanah x ada rumput)

jamilah said...

AinuL HayaT,

Ina, orang di bawah meniru cara kamu memberi komen. haha.

Hm, betul kan kata kamu. Jika sekolah sudah pandai ponteng bagaimana dengan dunia kerjaya kelak. ye tak?

jamilah said...

Bulya Iswandi,

Haha.


Bercerita sampai semua orang baca tidak baguslah!

pss... bukankah banyak lagi isu selain cerita masalah sendiri???

Bulya Iswandi said...

Bukankah selama ini itu yang akak coretkan? :)

Jamilah Mohd Norddin said...

Bulya Iswandi,

Haha.

Akak tak rasa yang akak menconteng masalah tapi melepaskan perasaan.