19 January 2011

Mengapa Jamilah Tidak Lagi menulis???

Kebangkitan?
Pengalaman saya dalam dunia penulisan kecil cuma. Malah, apabila ditanya sekarang seakan-akan saya sudah bersara daripada dunia kecintaan ini. Mana ada lagi nama saya dalam majalah. Mana ada lagi puisi atau cerpen baru yang saya hasilkan.Kosong!

Tidak adil benar jika saya katakan kerosakan pada laptop membantutkan minat disebabkan saya boleh menulis ketika laptop belum saya punyai.

Lantas mengapa saya tidak penulis?

Persoalan ini saya tujukan buat diri sendiri. Diri yang kononnya pernah meletakkan cita-cita untuk menjadi seorang penulis. Jika tidak sepenuh masa sekalipun ada bahan yang dihasilkan dengan penulisan.

  • Motivasi yang hilang
    • Siapakah yang memberikan motivasi itu? Di manakah mahu dicari motivasi? Jangan tanya saya. Tanya diri, benarkah kamu mahu menulis? Jika benar, ambil pen dan mula menulis. Setiap hari bangaun tidur tanam dalam diri, apa aku mahu tulis!
  •  Bosan
    • Idea bukan diminta. Namun datangnya kala Allah ilhamkan pada diri kita. kadang bersedia, kadang kita sukar untuk menerima. Sekali sudah kamu kata BOSAN maka seluruh kekuatan dalam diri akan runtuh. Ini pengalaman diri. Saya bosan dengan penulisan saya hingga saya tidak ada lagi kekuatan untuk menulis sampai jari juga jadi kaku.
  • Malas Membaca
    • Malas membaca itu satu penyakit. Penyakit kronik yang membantutkan idea. Bukan mudah untuk memupuk diri membaca, melainkan ada kemahuan dan minat. Sebolehnya paling cikai bacalah seminggu sebuah buku. Semakin banyak membaca makin banyak perkara yang hadir dalam benak untuk ditulis.
  • Tidak Reti.
    • perkara yang tidak dilatih akan menjadi tumpul.  kemahiran yang tidak digilap maka hilang serinya. Penulisan yang hanya sekadar main-main, mana ada hasilnya. Alasan tidak reti itu memang tidak dapat diterima akal. Semua orang mampu menulis, hanya mahu atau tidak.
Cukuplah! Alasan boleh dicari walaupun seratus! Ini hanya catatan buat diri. Ingatan supaya saya beringat yang BAKAT yang Allah berikan untuk disimpan. Nanti Allah tanya, Allah beri kamu kemahiran menulis, mengapa kamu hanya simpan dalam diri? Bagaimana???

Tepuk dada, tanya diri, wahai Jamilah Mohd Norddin.

No comments: