01 January 2011

.Dua. Kosong. Satu. Satu.




Tahun masihi disambut meriah sedangkan tahun hijrah???
Hari ini Allah masih pinjamkan saya nyawa. Esok? Bukankah setiap desahan nafas yang dihela Allah berikan kepada percuma namun haruslah diingat yang semuanya akan disoal ketika kita menemui Allah. Kala diri dijemput Allah kelak, bersediakah saya untuk menemui-Nya?



Baik, itu sekadar pendahuluan untuk tulisan kali ini. Sekadar ingatan untuk diri supaya beringat yang maut akan datang apabila Allah katakan ajal sudah sampai! Tidak kira bersedia atau tidak, sihat atau sakit, tua atau muda, dalam pahalan atau dosa.



Astagfirullahal 'adzim...



Tahun ini pada hari pertama dua ribu sebelas saya hanya berehat di rumah. sengaja saya pulang ke kampung memandangkan Cuti Pertengahan Semester kelak belum tentu saya akan pulang. Ah, saya memang suka mengikut jadual sendiri bukannya yang diatur untuk saya. Perjalanan semalam lancar.



Terharu dengan pertolongan Pak Cik Bas 91 yang menghantar saya dan kakak hingga ke stesen KTM. Jika tidak memang berat juga mahu mengheret beg yang berisi buku itu. Subhanallah. Betapa kadang pertolongan Allah dalam keadaan yang kita tidak jangka. Memang sebenarnya kami berhajat untuk mengambil teksi di Pasar Seni untuk ke KTM namun aturan Allah lebih cantik.



Bas pula sepanjang perjalanan berhenti sebanyak dua kali bagi memberi ruang kepada penumpangnya untuk solat. Kali pertama di R&R yang saya tidak pasti di mana dan kali kedua di R&R Taiping. Alhamdulillah.



Akhirnya selamat sampai rumah diambil ayah. Sampai Kulim dalam suasana hujan malam tahun baru.



azam? Tahun baru sering dikaitkan dengan perkataan azam. Suka saya katakan yang tahun ini tiada azam khusus sebenarnya. Mungkin kerana sudah dinekadkan ketika maal hijrah yang lalu, maka hari ini, satu januari hanyalah hari yang sama seperti hari lain.



Perjalanan di bumi UIAM perlu diteruskan selagi jasad masih berdiri di bumi itu. Walau apa yang terjadi, bukankah tidak boleh ada perkataan berhenti.



Hujan petang tahun baru,
1-1-2011
Mahang.

No comments: