03 January 2011

Berjalan Terus.

*Tumpang menulis sesuatu di sini... Pesan buat diri yang bernama Jamilah*





"Dalam perjalanan meniti hari, kamu akan temui pelbagai wajah manusia. Ada yang macam saya. Tidak pandai berkawan dan payah menghargai kawan. Jika kalian ketemu dengan orang yang macam saya, ketahuilah yang saya sebahagian daripada beribu-ribu perangai pelik dalam dunia. Kadang boleh jadi terlebih ramah adakalanya sangat pendiam. Beruntunglah mereka yang peramah kerana kalian akan bertemu dengan seribu lima wajah manusia yang mengajar anda untuk mengenal kehidupan. Sedangkan saya diri sendiri sahaja belum sempat untuk mengenal."


"Buatmu Jamilah, sedarlah yang kamu hidup bersama manusia bukannya dunia maya. Maka sedarlah yang kamu perlu berhubung dengan manusia bukan hanya pentingkan diri. Untuk senyum sahaja kamu anggap ia seperti emas yang mahal, inikan untuk menegur. Sedarkanlah dirimu daripada lena selama 21 tahun ini. Sesungguhyna dunia kamu bukannya berpatah ke bealakang namun berjalan ke depan."


10.30a.m,
ITD Taman Ilmu dan Budi.  

No comments: