28 January 2011

Benam

Pagi ini bangun dengan semangat penuh dalam jiwa. Sudah saya padamkan semua kelukaan yang terasa dalam diri semalam walaupun tidur tidaklah selena mana apabila hampir setiap jam terjaga dan mimpi yang bersambung seakan tidak mahu berhenti. Yang penting pagi ini saya mampu dengan penuh semangat dalam diri untuk meneruskan langkah.

Benarlah dalam setiap kesedihan Allah akan berikan pula kegembiraan yang kadang kita tidak jangka dan hari-hari kamu itu laluilah dengan rasa syukur dan riang kerana Allah sudah berikan yang terbaik untuk diri.

Kesat air mata semalam. Lupakan apa yang berlaku. Yang pasti semakin kamu menjauhi Allah semakin tidak tenang rasa hati dan kamu tidak mampu untuk bergerak dan tersenyum riang.

Kasih sayang Allah itu bukan hanya diberi pada senyuman, namun kala sakit dan sedih mendatangi diri, ada satu anugerah yang tidak mampu dirasa oleh sesiapa. Nikmat syukur dan rasa mahu ada dekat-dekat dengan Allah. Kita akan rasa yang betapa jauh kita dengan Allah lalu Allah beri signal supaya kita berpatah balik. -saya, ini catatan saya-

Janganlah kamu wahai diri terasa apa yang Allah berikan itu satu beban yang tidak tertanggung walau ada kala terasa sudah kalah untuk melawan. Namun percayalah yang Allah berikan ujian itu sememangnya untuk diri kita dan tidak Allah bebankan sesuatu yang tidak mampu ditanggung.

Manis dalam kepahitan!

Hidup ini jika semuanya madu tidak terasa gembiranya juga. Yang penting diri masih ada rasa mahu dekat dengan Allah dan tidak lupakan Allah terutamanya ketika senang.

Sudah!

Aku mahu benamkan semua rasa. Biar jasad terus bergerak walau roh itu sebenarnya sedang 'pengsan'. Nanti semoga apabila ia sedar semangat terus membara dalam diri.

Sekian,

Contengan merapu-meraban-entahapaapa.

Nota:
1. Kredit gambar: Google

No comments: