10 January 2011

alkisah buku bayan.

Bazar Masjid India. (kredit gambar)
Hari Sabtu ke kelas parenting untuk pertama kali. Sudah namanya kelas parenting akhirnya hari pertama ini kami diprovok untuk berfikir tentang perkahwinan. Oh, memang semua yang ustaz cakapkan itu benar namun kata orang belum sampai seru.



Kata ustaz kita ini sudah separuh usia, apanya belum kahwin. Sepatutnya setelah kamu baligh sudah fikir tentang kahwin. Masalah duit atau apa sebenarnya alasan. Bagaimana kalau kamu mati sedang tiada waris yang ditinggalkan? Bukankah boleh terputus amalan?



Hm.



Angguk!



Diam!



Okey, sengaja saya mulakan dengan kisah itu. Sebenarnya saya mahu menconteng tentang buku bayan yang sepatutnya sudah saya fotostat. Berlagaknya saya mahu beli buku yang asli namun akhirnya sampai hari ini (setelah lima minggu) saya belum miliki buku.



Oh, orang lain sudah banyak belajar saya masih termemung ketika dalam kelas.



Bayangkan petang ini dalam keadaan kepala masih meren sebab baru bangun tidur saya ke Jalan Masjid India yang manusianya sudah padat seperti Rapid ketika waktu kemuncak, saya meredah lautan itu seorang diri. Oh, Kerana mencari sebuah buku bayan.



Ke pustaka Mu'min, tiada. Ke Kedai yang biasa saya pergi juga tiada. Ditemukan dengan kedai baru juga tiada. Ke Fajar Ulung di Ong Tai Kim juga tiada. Mustahil pula mahu dicari di Popular, MPH atau Kinokuniya. Hm.



Akhirnya saya hanya pulang dengan tangan kosong.



Apa faedahnya?



Saya tahu lagi satu kedai menjual buku Arab di Masjid India.



Okey.



Sudah saya merapu pagi ini. Mahu mendengar taujihat cikgu Roslimna pula dalam kelas bahasa Melayu.



=)

No comments: