09 January 2011

Akhirnya Saya Tiba Ke Sana.






Alhamdulillah!

 

Friday, July 30, 2010



Warkah Kecil Buat Kak Husni

Assalamualaikum, akak..



Sebelum ini saya ada menghantar e-mel kepada k.husni. Kali ini saya sengaja mahu mencoretkan pula di blog. Warkah kecil ini sekadar catatan kecil saya untuk kak husni..



Kak Husni,

Sebelum saya menekan papan kekunci dengan lebih rancak dan menulis mengikut alur jemari, saya ingin rakamkan ucapan terima kasih kerana masih berada bersama-sama saya walaupun saya hanya seorang yang bukan membantu kak husni pada kadar sepatutnya. Thank you, kak husni.



Saya akan selalu merindu cerita-cerita yang kak Husni sampaikan. Tidak kiralah apa, saya suka menjadi pendengar. (walaupun tidak mustahil saya cepat pula melupakannya). Maafkan saya kerana hanya menjadi pendengar dan kadang-kadang macam tidak dengar (buat-buat aje).



Watak dan keperibadian kita mungkin berbeza. Tidak mustahil ada mata memandang aneh kepada persahabatan ini. Namun saya sudah biasa. Walaupun saya seorang pendiam, teman sejak sekolah dahulu adalah mereka yang bukannya pendiam.. Bukankah orang yang bertentangan sifatnya lebih senang untuk bersatu??  (hihi, teori sendiri) Saya rasa bertuah ditemukan dengan sahaabat-sahabat yang sangat baik dengan saya.. (biarpun kuantiti sahabat saya hanya boleh dikira)



Insya Allah, kak husni, jika benar kak husni mahu mengajak saya ke sana, saya bersedia untuk memenuhi undangan itu. Biasalah, saya tak yakin untuk berjanji awal, khuatir hanya janji kosong.. Jika ada keizinan Allah, saya memang mahu menjejak sana, walaupun mungkin hanya sekali hayat saya... Insya Allah.. Kita tunggu masa itu, jika sudah ditetapkan saya ke sana, pasti saya akan ikut.. =)



Akhir kalam, saya doakan kebahagiaan menjadi milik Kak Husni di dunia dan Akhirat.. Saya tahu kak husni akan terus tersenyum dan tersenyum......



Terima kasih berkongsi senyuman dengan saya...



Sekian....




jamilahcakapsikit: sebenarnya tak tahu nak tulis apa.. hanya entri buat kak husni... =)



*Ini surat semester lepas. Alhamdulillah, dapat ke rumah dia semester ini.*



***




Sekarang saya mahu menconteng pengalaman saya selama dua hari satu malam di rumah dia. Alhamdulillah.



Saya mengikut dia pulang ke kampung Khamis lalu. On the spot. Selalu. Selalu kami lakukan perkara yang tidak terduga. Ya, ada kala kita rancangkan lain namun sebenarnya ada yang lebih baik dan buat kita. Mungkin kita sendiri tidak tahu.



Dipendekkan cerita, pagi itu kami bertolah ke negeri Cik Siti Wan Kembang setelah sejam menunggu PERDANA  dalam hujan renyai berbumbungkan kedai burger di Greenwood. Oh, itu juga boleh jadi memori. Ini kenangan pertama saya ke Kelate. Pagi pagi yang kalut. Hari yang mana saya terkocoh-kocoh ke kelas Tilawah dalam hujan, kemudian mendapat nasihat percuma ustaz. Huh!



Berdebar juga saya dalam perjalanan itu memandangkan yang ini kali pertama saya menaiki bas dua tingkat dan berjalan sejauh itu. Jika pulang ke Kedah hanya lima jam. Okey! Dipendekkan cerita lagi, jam lima lebih kami sampai ke destinasi. Dalam bas hanya separuh perjalanan sahaja yang saya berjaga selebihnya lena...



Tiba di rumah dia. Haha, saya masih saya di rumah orang. Masih diam membisu walaupun di rumah orang lain. Malah makin bisu pula saya jadinya. Ish, ish! Rasa seperti tidak hormatkan tuan rumah pun ada, huhu..



Tapi saya suka dengan suasana dalam rumah itu... Saya rasa tenang dan selamat. Rasa mahu senyum selalu melihat kebahagiaan mereka.



Malah, beberapa kali muncul dalam fikiran saya lagu keluarga bahagia dendangan saujana..



Suka, suka!



Memang gegak gempita satu rumah dengan kepulangan dia namun saya rasakan ia sebuah kemeriahan yang mungkin saya tidak rasakan ketika berada di rumah. Oh, di rumah saya semuanya sudah besar mana ada lagi anak kecil..



Huhu..



Pertama kali merasa kuih lompat tikam dan makan nasi kerabu buatan Ummi dia.. Sangat sedap! Oh, saya berada di sana dua hari memang kenyang dengan kemewahan makanan...



Malam-malam dengar orang mengaji mengingatkan kenangan saya mengaji dengan Mak dulu-dulu. Dahulu setiap malam mak akan ajarkan kami anak-anaknya dan anak jiran mengaji. Hm, sangat seronok!



Petang Jumaat ambil keputusan untuk pulang sudah! Sempat lagi saya mengikut dia merempit dalam kampun dan pagi itu saya sempat ke Pasar Hari di sana. Hm, ada makanan yang saya tidak pernah di sini!!!



Okey, malam sudah! Kami sudah mahu pulang! Esok ada kelas.Balik juga on the spot. Mujur ada tiket.



Haha, ketika naik bas, mencari tempat duduk di mana..



Cari bahagian belakang, bukan.



Naik atas, tiada.



"tempat duduk mana?" Pak cik Pemandu menyoal.



"1, 2." Dia menjawab.



"Oh, itu depan."



Akhirnya kami duduk di sebelah pemandu. Pengalaman pertama dalam hayat duduk sebelah pemandu. Kata pak cik pemandu itu, hanya terdesak barulah tempat itu ada penumpangnya. Hm, rezeki kami.



Bersembang satu dua pertama dengan pak cik itu dan saya hanya membisu.



Sengal juga apabila duduk depan. Apa tidaknya, faham sahajala apabila dalam bas malam hari, tentulah mahu tidur. Entah bagaimana saya tidur tidaklah diketahui...  Ada juga adegan yang tidak patut lihat sebelum bas itu bergerak. Ish3x.. Kak Husni, malu seh saya.. =)



Sampai UIA sudah lima setengah. Akhirnya, kami melenakan diri setelah solat Subuh hinggakan ada orang terlewat ke kelas pagi itu. Haha.



Okey! Cukuplah saya merapu malam ini.



Yang penting saya dapat pengalaman dan suasana baru selama berada di rumah kak Husni. Maaflah kerana saya bukannya tetamu yang baik dan maaf juga jika saya tetamu yang mengecewakan. Huhu.



Kak Husni, terima kasih sangat-sangat. =)



titik. [maaf jika entri macam sedikit sengal]





cc Safiyyah.

9.22 malam.

No comments: