29 January 2011

dia 1

Membaca bahasa jiwanya,
Aku mengenal banyak warna,
Dalam dunia.

Dalam halus bicara,
Dia bersuara,
Memberi makna
Pada aku yang lupa.

Terima kasih,
Pada bicara bisu yang bersuara.

28 January 2011

Apa itu Kawan yang Baik?

Hm, rasa malas nak menulis jadi aku taip pada google, sahabat yang baik.. Lalu aku bertemu dengan jawapan-jawapan ini... Yang ditulis oleh para blogger.

Kawan yang baik adalah..:
*Yang boleh menjaga rahsia kita..
*Berani menegur kesilapan kita..
*Sentiasa mengajak kita kearah kebaikkan dan tidak mengajak kearah keburukan..
*Sentiasa bersama kita walaupun kita ditimpa bencana or malang..
*Boleh memberikan pandangan yang baik..


[kredit: http://arpiiz001.blogspot.com/]






Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?
Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
-Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
-Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
-Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
-Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
-Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
-Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
-Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
-Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
-Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
-Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
-Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
-Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
-Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
-Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

[kredit: http://hunnystarr.blogspot.com/]


Sahabat Sejati . . .
Bukan sukar menjadi sahabat sejati
Tidak bermakna di titip janji
Hanya perlu di sirami dengan kejujuran
Di hujani pengorbanan
Dilimpahi kasih sayang
Dan dihampari kesetiaan
 [kredit: http://sophisticatedgirllife.blogspot.com/]

Cukuplah tiga. Haha... sebenarnya jari makin keras untuk menulis  lalu saya hanya buat google, salin, dan tampal..

Smeoga bermanfaat..

Ingatan buat diri sendiri. 

Nota:
kredit gambar: google 

maaf.

Maaf dengan apa yang sudah aku lakukan semalam. Akhirnya aku tidak ke mana-mana dan hanya terlentang atas katil melayan mimpi...

Maaf.

Maaf.

Maaf.

Semuanya di luar rancangan apabila perasaan bercelaru tanpa dikawal dan aku perlu tidur untuk meredakan gelojak itu.

sakit

Bagiku,
Menyakitkan hati orang lain itu
Paling menyakitkan
Bagai belati menghiris dada,
Terasa tersiat,
Lalu darah mengalor duka
Bersama air mata.

=(

Benam

Pagi ini bangun dengan semangat penuh dalam jiwa. Sudah saya padamkan semua kelukaan yang terasa dalam diri semalam walaupun tidur tidaklah selena mana apabila hampir setiap jam terjaga dan mimpi yang bersambung seakan tidak mahu berhenti. Yang penting pagi ini saya mampu dengan penuh semangat dalam diri untuk meneruskan langkah.

Benarlah dalam setiap kesedihan Allah akan berikan pula kegembiraan yang kadang kita tidak jangka dan hari-hari kamu itu laluilah dengan rasa syukur dan riang kerana Allah sudah berikan yang terbaik untuk diri.

Kesat air mata semalam. Lupakan apa yang berlaku. Yang pasti semakin kamu menjauhi Allah semakin tidak tenang rasa hati dan kamu tidak mampu untuk bergerak dan tersenyum riang.

Kasih sayang Allah itu bukan hanya diberi pada senyuman, namun kala sakit dan sedih mendatangi diri, ada satu anugerah yang tidak mampu dirasa oleh sesiapa. Nikmat syukur dan rasa mahu ada dekat-dekat dengan Allah. Kita akan rasa yang betapa jauh kita dengan Allah lalu Allah beri signal supaya kita berpatah balik. -saya, ini catatan saya-

Janganlah kamu wahai diri terasa apa yang Allah berikan itu satu beban yang tidak tertanggung walau ada kala terasa sudah kalah untuk melawan. Namun percayalah yang Allah berikan ujian itu sememangnya untuk diri kita dan tidak Allah bebankan sesuatu yang tidak mampu ditanggung.

Manis dalam kepahitan!

Hidup ini jika semuanya madu tidak terasa gembiranya juga. Yang penting diri masih ada rasa mahu dekat dengan Allah dan tidak lupakan Allah terutamanya ketika senang.

Sudah!

Aku mahu benamkan semua rasa. Biar jasad terus bergerak walau roh itu sebenarnya sedang 'pengsan'. Nanti semoga apabila ia sedar semangat terus membara dalam diri.

Sekian,

Contengan merapu-meraban-entahapaapa.

Nota:
1. Kredit gambar: Google

Benam

Pagi ini bangun dengan semangat penuh dalam jiwa. Sudah saya padamkan semua kelukaan yang terasa dalam diri semalam walaupun tidur tidaklah selena mana apabila hampir setiap jam terjaga dan mimpi yang bersambung seakan tidak mahu berhenti. Yang penting pagi ini saya mampu dengan penuh semangat dalam diri untuk meneruskan langkah.

Benarlah dalam setiap kesedihan Allah akan berikan pula kegembiraan yang kadang kita tidak jangka dan hari-hari kamu itu laluilah dengan rasa syukur dan riang kerana Allah sudah berikan yang terbaik untuk diri.

Kesat air mata semalam. Lupakan apa yang berlaku. Yang pasti semakin kamu menjauhi Allah semakin tidak tenang rasa hati dan kamu tidak mampu untuk bergerak dan tersenyum riang.

Kasih sayang Allah itu bukan hanya diberi pada senyuman, namun kala sakit dan sedih mendatangi diri, ada satu anugerah yang tidak mampu dirasa oleh sesiapa. Nikmat syukur dan rasa mahu ada dekat-dekat dengan Allah. Kita akan rasa yang betapa jauh kita dengan Allah lalu Allah beri signal supaya kita berpatah balik. -saya, ini catatan saya-

Janganlah kamu wahai diri terasa apa yang Allah berikan itu satu beban yang tidak tertanggung walau ada kala terasa sudah kalah untuk melawan. Namun percayalah yang Allah berikan ujian itu sememangnya untuk diri kita dan tidak Allah bebankan sesuatu yang tidak mampu ditanggung.

Manis dalam kepahitan!

Hidup ini jika semuanya madu tidak terasa gembiranya juga. Yang penting diri masih ada rasa mahu dekat dengan Allah dan tidak lupakan Allah terutamanya ketika senang.

Sudah!

Aku mahu benamkan semua rasa. Biar jasad terus bergerak walau roh itu sebenarnya sedang 'pengsan'. Nanti semoga apabila ia sedar semangat terus membara dalam diri.

Sekian,

Contengan merapu-meraban-entahapaapa.

Nota:
1. Kredit gambar: Google

27 January 2011

..tak ada kerja namanya...

Dia masih belum sedar diri yang dia itu seorang pelajar yang tugasnya belajar. Kalaulah ayah dia tahu apa yang dia lakukan sebenarnya di kampus ini apakah agaknya yang ayah akan katakan? Bukanlah anakmu ini tidak mahu belajar tetapi perasaan itu secara tanpa sedar sudah jauh meninggalkan dirinya sendiri. Itu yang akan dia jawab apabila kelak ditanya ayah. Tetapi benarkah begitu? Hendak berdepan dengan ayah sahaja sudah terketar semua jemari inikan mahu menjawab apa yang disoal ayah.

Benarkah dalam semua kepahitan itu sebenarnya tersembunyi kemanisan? Manis yang hanya akan dikecap apabila kesabaran dalam diri ampuh. Kadangkala dia terasa seperti mahu berada dalam lena yang panjang dan melupakan semua yang terjadi. Namun dia sedar yang sebagai seorang manusia mana mungkin dia melarikan diri daripada sebuah tanggungjawab hakiki sebagai manusia. Mahu lari ke mana wahai kamu?

Perjalanan meniti kehidupan itu singkat untuk mengumpul bekal menemui Allah yang kamu kata kamu sayang. Benarkah dalam diri ada rasa sayang pada Allah? Soalkan kembali diri itu.

Entah!

Minggu ini penuh kesersabutan dan kekalutan. Diri terasa sedikit tidak terurus dengan dalam diri yang sentiasa memberontak hari-hari. Apabila dia ketawa maka terasa hilang sedikit semua benda yang bersarang namun apabila bersendiri semuanya datang menjengah. Semuanya seakan mahu menekan diri hinggakan dia lemas yang akhirnya membawa dia ke dalam lena yang panjang.

Kata cikgu, orang yang suka tidur untuk lupakan masalah lebih pendek umur namun apa yang dia peduli. Asal sahaja telinga tidak mendengar perkara yang dia tidak mahu dengar dan walaupun sebenarnya kadang lena itu seakan tidak beri makna, sekurangnya dirinya boleh melupakan semuanya.

Huhu.

Nota:
Kredit gambar: carian di google

26 January 2011

Tidak!!! Jangan baca contengan budak sengal ini.

Pandang skrin komputer lama-lama dan diam. Sudah keras terasa jemari untuk melakar walau hanya sebaris cerita. Namun saya sendiri terasa tidak senang walaupun sehari membiarkan blog ini tidak diconteng sesuatu. Sehari dua ini sebenarnya banyak bermain dengan perasaan ini yang menjadi sedikit bercelaru apabila menjelangnya minggu peperiksaan. Biasalah jika begitu. Mujur mood untuk menonton tivi itu bukan lagi berada pada tahap maksimum namun suka pula saya menghabiskan hari-hari dengan tidur.

Pagi tadi sahaja saya tidur hingga tidak ke kelas Bahasa Melayu. Bukan terasa tidak bersalah dengan cikgu namun apabila hati berbisik aku tidak mahu ke kelas, sudah sampai pun saya boleh berpaling ke belakang dan pulang ke bilik. Bangun ketika jam sudah di angka satu.

Mesej MASS.

"MASS, malasnya mahu ke kelas. huhu."

"Kalau sudah hati tidak mahu apa boleh dikata lagi. Petang ini pergilah kelas."

"Tidak mahu!!! Nak tidur." Saya berdegil pada mulanya. Wah, memang terasa sangat enak berada di bawah selimut dengan kipas terpasang pada kelajuan maksimum. Diri berada dalam kemalasan yang maksimum. 98 peratus tidak mahu ke kelas.

Berguling ke kiri kanan namun mata sudah tidak terpejam lagi. Dada pula berdegup kencang, terasa tidak senang mahu ponteng lagi petang ini.

Saya mengganggu dia lagi.

"MASS, apa yang kamu hembus hingga kami terasa mahu ke kelas."

Lalu dia membalas.

Saya ketawa. Terus terjun daripada katil dan menuju ke bilik air. Bersiap seadanya dan berjalan dengan lambat untuk ke kelas. Oh, yang penting ada semangat dan diri berada dalam kelas. Tidak kisahlah walaupun saya tahu yang tentu sahaja kepala ini aku melayang ke tempat lain.

Tidak!!! Ada pula yang menyoal soalan yang tidak mahu saya sentuh. Saya menjawab sekadarnya dan menunjukkan wajah tidak berminat. Maafkan saya.

Alhamdulillah! Sampai juga saya ke kelas petang ini dan belajar syair Ahmad Syauqi!!

Dan masih sempat menconteng dalam blog walaupun esok ada midterm dan hafazan yang perlu dihafaz dan perlu jumpa lecturer dan esok adalah kelas terakhir sebelum cuti! Oh tidak! Sabtu ada kelas parenting lagi.

*Ini namanya contengan manusia yang sedang menghadapi mid-term dengan penuh kemerapuan dan dia tidak sedar yang dia sudah berada di tahun dua. Dia rasa macam seperti kanak-kanak ribena yang boleh sesuka hati ponteng kelas. Huwaaaa.....
*Tidak tenang untuk melalui esok!
*mahu cepat cuti
*sengal terasa diriku sehari dua ini.. huhu.

*Contengan apakah ini*

kamu.

Biar
Tidak lagi dipertemukan dalam dunia realiti,
Namamu ada dalam hati ini,
Bersemadi,
Kerana kau hanya satu dalam dunia ini.

25 January 2011

AKU

Semoga kau terus tabah.
aku tak tahu macamana nak tolong kamu.
aku tak tahu bagaimana nak bantu kamu.
maafkan aku.
aku mahu jadi temanmu namun kadang aku yang kalah dengan perasaan itu sendiri.

MALAS NAK GI KELASSSSSSSSSSSSS

Perempuan itu.



Perempuan itu berdiri dalam renyai hujan.
Sendiri...
Menikmati nikamatnya,
Air membasahi diri...

Indahnya!!

Berdiri dalam hujan,
Biarkan diri kuyup!

Nota:
kredit gambar:
1. deviantart
2. deviantart
3. deviantart

Aku dan IBM

Sudah hampir dua bulan laptop terbiar dalam kotak kuning atas laci pakaian. Bukan tidak mahu biarkan ia berfungsi seperti biasa namun mana-mana kedai yang aku pergi tidak menjual charger untuk laptop itu. Maka aku pasrah membiarkan ia terdampar di situ.

Tipu jika kau tidak langsung ada rasa rindu pada IBM itu. Setiap hari hati berlagu mahukan ia berfungsi seperti biasa. Mahu menatap gambar kenangan, mahu mendengar lagu kesukaan, mahu menaip ikut perasaan, mahu membuat assignment. (ayat tambahan)

Namun ada hikmah pada setiap yang terjadi. Sekurangnya aku tidak terlalu addicted dengan internet walaupun setiap hari juga akan aku update cerita dalam blog ini.

Aku selalu pujuk diri. Terima apa berlaku dan itu yang terbaik untuk aku.

Mode: rindu insan-insan dalam laptop!

Nota:

1.Gambar cuplikan di deviantart.com

Sayang

"Semakin sayang Allah pada seseorang maka makin banyak rintangan yang dilalui supaya dia makin dekat dengan Allah."

kosong.

Pandang blog tapi tak tahu nak tulis apa....

24 January 2011

dah tak boleh ngadap komputer lama-lama
Rasa pening kepala
dan mata jadi panas.

Hm...

1,2,3

Senang kan zaman kanak-kanak?
Tapi kita tidak boleh selamanya muda,
Harus bergerak mengikut arus usia.

Muda lawannya tua.

haha.

Bersedia jadi tua!

..cetusan kata di pagi hari..

Guru itu laut yang setia!
Benarkah sebenarnya apa yang kita cakapkan itu yang akan kita dapat semula?
Benarkah semua kebaikan akan dibalas dengan kebaikan? 
Benarkah semua orang mampu jujur?

Haha, soalan sengal apakah? Sebenarnya saya tidak pasti apakah yang mahu saya contengkan menjadi bait-bait kata. Namun saya tetap masih menconteng dan bermain dengan kata-kata supaya jemari saya tidak terlalu kerasa. (walaupun ada ketikanya apa yang saya tulis adalah pengulangan idea yang datang dalam diri.)

Jika kita melakukan sesuatu dengan mengharapkan balasan, rasa bahagia tidak datang. Jika kita memberi sesuatu supaya dilihat kita rasa derita. Sesungguhnya rasa ikhlas itu walaupun senang dilafaz di bibir bukanlah mudah sebenarnya. Orang yang bahagia ialah membiarkan semua pemberiannya berlalu seperti air sungai yang mengalir.

Hm, agaknya kerana itulah dalam bahasa arab, ketika saya belajar tasybih (dalam balaghah) mereka mengumpamakan seorang guru dan laut.

Laut itu luas.
Laut tidak kisah dan setia memberi.
Laut itu banyak fungsinya.
Laut yang tidak kisah walaupun pemberiannya terbalas dengan pencemaran dan ada kalanya ada tumpahan minyak.
Laut itu setia.

Begitulah seorang guru yang tidak mengenal penat mengajar anak bangsa. Hm, seronok juga menjadi seorang guru namun ada suara dalam diri yang menidakkan supaya aku tidak bergelar seorang guru. Namun siapa yang tahu andai kelak aku bergelar seorang guru!

Insya Allah.

Haha, mudah benar aku berkata-kata namun sebenarnya menzahirkan perkataan itulah yang lebih penting.

Nota:
Kredit gambar: http://browse.deviantart.com/?q=sea&order=9&offset=48#/d1ne7nh

3 + 1

Minggu ni ada lagi tiga mid-term setelah melaluinya pagi tadi satu kertas.

Kertas bayan. Subjek yang nampak susah namun apabila perlu syarah bait syair itu faham-faham sendirilah.. haha.

Aku layan juga kertas tadi walaupun hakikatnya pagi ini teramat susah diri ini untuk bangun tadi. Rasa nyaman semacam je tilam tu pagi tadi walaupun hari-hari boleh juga aku bangun.

haha.

Alhamdulillah. Rasa suka juga sekurangnya setelah nanti aku cuti tidak banyak beban atas kepala melainkan assignment.

hehe.

cool baby!!

=)

Hari Khamis ada tasmi' surah al-Qiyamah! Huhu. Jangan malukan diri lagi dengan tidak menghafaz satu habuk pun. 

23 January 2011

Catatan Hati Durrah Nur Aqilah: [Catatan] :demi cinta:

Cinta Agung hanya Cinta Allah.
"Kerana cinta-Nya,
Allah beri kita kehidupan.
Bukan untuk main-main,
Ada misi merentang depan mata,
Sanggupkah kau pikul,
Wahai khalifah di bumi Allah?"

Durrah Nur Aqilah.

Nota:
Kredit gambar:google

22 January 2011

:Jom Kahwin!:

Kahwin elakkan zina!
 Bismillahirrahmanirrahim.

Petang ini damai. Hati meronta mahu berkongsi apa yang dikatakan Dr Salah dalam kelas parenting.. Pesanan buat anak muda yang belum berkahwin. 

Kata Dr Salah, sesiapa yang belum berkahwin itu seperti seorang yang tempang kakinya. Separuh agamanya belum disempurnakan. Bagaimana mahu melakukan seuatu terbaik jika diri sendiri yang tempang. Usah bicara yang kamu belum matang lantaran sebenarnya kematangan itu diperoleh setelah kamu berkahwin. Ada ibu bapa yang takut untuk menikahkan anaknya kerana bimbang anak itu yang masih keanak-anakan. Percayalah, yang setelah kamu berkahwin akan datang kematangan itu. Jadi, kalau kamu rasa kamu tidak matang berkahwinlah.Usah bicara mahu bina khilafah jika institusi keluarga itu sendiri masih pincang. Sepatutnya UIA ini membuat peraturan yang mana setiap orang yang diterima masuk di sini syaratnya adalah berkahwin. Sudah berkahwin,lulus! Belum berkahwin, semester pertama kena kahwin! (senyum! Ish.... Cuba bayangkan!)

Bukankah visi UIA ini adalah mahu melahirkan mukmin yang punya jasa pada agama!

Semuanya bermula dengan pembinaan keluarga sakinah!

Kerana itu, pelajarnya kena berkahwin. Kamu lihat ya, apabila berkahwin,maknanya tiada masalah coupling, masalah sosial berkurang dan zina itu tidak dilakukan kerana masing-masing punya pasangan yang halal. Orang Islam akan bertambah.kekuatan Islam akan bertambah dan Islam akan kuat! Kerana itu Barat mahu menidakkan kenyataan ini. Maka ditanam dalam akal orang Islam (Ah,kita senang mengikut!) supaya tiada fikiran untuk kahwin awal. Ada sesetengahnya langsung tidak terfikir! Lihat sahaja ibu ayah kita dahulu yang melahirkan anak-anak yang hebat walaupun berkahwin awal!

Tudia...

Termakan juga aku dengan apa yang Dr Salah perkatakan dalam kelas Parenting tadi. Sebelum ini pernah Kak Husni katakan tentang ini dan kali ini ada pengulangan daripada Dr Salah.Alhamdulillah. Kata Dr Salah lagi, sekurangnya setelah selesai kelas ini kamu ada perasaan mahu berkahwin dan lebih baik jika kamu terus berkahwin!

Ketempangan diri itu boleh diperbetul dengan sebuah pernikahan. Bagaimana mahu bahagia dengan hanya sebelah kaki?

Seorang isteri mudah untuk melahirkan apabila kurang dosanya dengan suami dan taat kepada suami. Jika takut untuk mendapat anak yang rapat, maka ikutlah kata-kata Al-Quran menyarankan anak itu disusukan dalam tempoh dua tahun. Maka, biasanya setelah tiga tahun barulah akan ada anak yang seterusnya.

Lihatlah! Betapa cantik aturan keluarga dalam Islam. Namun kini kita disogok dan ditanam dalam pemikiran untuk berkahwwin lambat dan mengumpul harta dahulu! Rezeki itu sentiasa ada untuk kita, kenapa mahu menafikan?

Mahu berkahwin tidak menjadi syarat untuk buat kenduri besar panggil satu Malaysia,cukuplah diumumkan yang kita sudah berkahsin, yang penting ada SISWA (Suami,isteri,saksi,wali,akad). Berkahwin mengikut kudrat sendiri, jangan memandang orang lain hebat, kita mahu kahwin atas kayangan pula. (hm, melihat situasi pengantin sekarang sebenarnya saya takut juga apabila melihat pengantin yang sangat cantik dan mendedahkan gambar mereka pada khalayak. Ini baru zaman kita,bagaimana nanti fatrah anak-anak kita? Cantik itu ada setiap manusia dan rasa saya  tidak perlu tunjukkan pada semua orang.Oh,ini pandangan peribadi! Pengantin sekarang pakaiannya.. Subhanallah!)

Sedang para utusan Allah itu mendirikan rumah tangga melainkan nabi Yahya, Nabi Isa... Sedangkan Nabi Musa itu berkahwin ketika di belakangnya tentera Firaun sedang mengejarnya! Subhanallah.Pentingnya sebuah ikatan perkahwinan dalam Islam. Bukankah Rasulullah itu pernah bersabda antara mafhumnya, jika bersugi itu tidakmembebankan umatku, maka diwajibkan atas merega bersugi setiap kali mahu bersolat. Perkara sekecil itu Rasulullah tidak mahu bebankan umatnya.Sedang Rasulullah menyarankan kita untuk berkahwin!

Hm, fikir-fikirkan! dan selamat tidur dengan tenang!

nota:
1. kredit gambar: http://th05.deviantart.net/fs70/PRE/f/2011/018/f/4/ikhwan_akhwat_after_married_by_bunbunami-d37iuqd.png

Durrah Nur Aqilah: Baik.

Hope for the best.
Definisi baik  dalam. Kata dan makna yang tidak dapat lagi aku selam maknanya. Sekalipun berkali-kali cuba untuk aku selam ke dalam lautan kata mencari makna BAIK, sungguh aku gagal.

Melihat orang baik, justeru teransang diri mahu menjadi baik juga. Sedangkan diri hanya sekujur jasad yang belum bisa malah sering gagal mengawal diri sendiri daripada melakukan perkara luar kawalan. Hati yang tentunya banyak tompok hitam hinggakan wajah sering berkabut tanpa warna. Sesungguhnya pencarian sebuah diri belum berakhir dan mana bisa berakhir selagi nyawa dan jasad bersatu.

Aku teringat kata-kata seseorang semalam. Baik untuk kita berlembut dengan diri namun apabila kita terlalu memaafkan diri sendiri boleh menjadikan kita payah untuk BERUBAH! Aku setuju sangat dengan kenyataan ini. Mungkin kerana pengalaman diri melalui situasi ini menjadikan aku terdiam beberapa saat! Ketika dia lafazkan kata itu, aku mahu ucap terima kasih! Terima kasih kerana buatkan aku tersedar yang mungkin akulah itu manusia yang terlalu berlembut dengan diri.

Dalam pergaulan kadang-kadang lewat juga batasnya apabila ketika itu aku mahu ungkapkan banyak perkara. Sampai tanpa sedar aku buatkan mereka terasa dan sakit hati dengan apa yang aku katakan. Mungkin ada ketika tulisan yang aku coretkan saban hari itu juga ada menyakitkan? Ya Allah, sungguh aku menulis mengikut perkiraan diri sendiri cuma. Menulis perkara yang sering aku gagal sampaikan dengn lisan.

Bukan tidak boleh bercakap namun aku sering tidak mahu bercakap! Aku takut tersalah cakap! Walaupun aku tahu yang apabila aku ada kalanya aku tidak boleh diam terutama ketika mereka bertanyakan aku soalan.  Aku tahu yang setiap soalan memerlukan jawapan hanya aku membiarkan jawapan hanya ada dalam diri tanpa mahu aku zahirkan pada dua ulas bibir. Aku selalu takut tersalah cakap!

Sebenarnya ketakutan yang ada dalam dirilah yang perlu dibuang supaya apa yang kamu lalui hari-hari penuh rasa kesyukuran.

Kamu kurang berdoa, sebab itu kamu payah untuk berubah!

Ya, itu penyelesaian paling ampuh! Keyakinan atau apa sahaja yang tebrina dalam diri adalah hasil doa yang terlafaz. kata-kata itu doa, perlakuan itu doa, solat itu doa. berharap yang terbaik itu doa.

Sudah! Berhenti kata yang dirimu tidak baik! Semua manusia baik!

Nota:
1.kredit gambar: http://fc07.deviantart.net/fs9/i/2006/343/f/1/pray_by_byshepherd.jpg

ikut suka hati je.

Haha, entah bagaimana aku mengambil keputusan itu. Daripada tidak mahu pulang, akhirnya aku akan pulang 29hb mengikut ainul naik train. Mungkin disebabkan aku mahu merasakan pengalaman itu, jadi aku mengikut dia. Terus bersetuju on the spot.

Tidak mengapalah! Aku kan memang suka nak pergi rumah orang dan aku teringin jugak nak menjengah rumah mereka. Sekali seusia pun jadilah.

Apa-apa, Insya Allah ini kan yang terbaik!

20 January 2011

:.Mencari Cahaya:.

Pasti ada cahaya di hujung gelita.

Hidup ini tidak akan selamanya diselabut awan mendung. Hanya perlu pasak keyakinan dalam diri yang segala yang terjadi baik atau buruk, gembira atau sedih semuanya Allah aturkan untuk kebaikan kita. Kita memberi apa yang boleh beri, walaupun susah untuk memberi sesuatu yang kita rasa sayang sedangkan itulah yang terbaik untuk kita hulurkan kepada orang lain. Percaya dan yakinlah, setiap diberi itu akan dibalas cuma jangan diminta balasan itu dan jangan berharap. Kita tidak tahu apa yang akan Allah berikan.

Kita lihat seseorang dengan sekali pandang kita boleh terus percaya kepadanya. Kita lihat seseorang boleh terus kita jatuh kasih kepada dia. Hanya dengan pandangan pertama sudah masuk dalam hati kita dan kita mudah untuk menerima dia sebagai kawan kita. Sedangkan dengan orang lain yang sudah lama kita kenal namun belum dapat untuk berbaik.

Hati yang kotor itu payah untuk menerima kebaikan. Usahkan mahu betulkan manusia lain, diri sendiri bengkok dan tidak mahu dibetulkan. Namun aku teringat kata-kata seseorang, kala beliau bercerita ada seorang bukan Islam memeluk Islam lalu berkata pada temannya yang lahir sebagai seorang Islam, mengapakah tidak pernah kamu ceritakan tentang Islam kepada aku?

Cahaya mana mungkin hadir tanpa kamu yang mencari sumbernya. Ketenangan tidak hadir jika aku gagal menghadirkan Allah dalam setiap perkataan. 

Maka, carilah.. Pasti kau bertemu cahaya walaupun terasa seluruh hidupmu makin gelap. Hanya dosa yang akan menggelapkan mata hati. 

Nota:
1. Kredit gambar: http://fc09.deviantart.net/fs70/f/2011/020/e/2/e2ab57c3974725871f26f2e8bc11e8fa-d37lzal.jpg
2.Ilmu itu cahaya, ia tidak meresap dalam jiwa yang banyak dosa.

Nur.

Pasti,
Ada cahaya,
Hujung kesuraman,
Yakin pada DIA,
Memberi segala.

Durrah Nur Aqilah:.Andai Itu Aku:.

Harapan itu ada!
Pagi itu hening. Ada kabus terlihat daripada tingkap bilik. Bersemangatnya Durrah pagi ini mahu bertemu dengan empat sahabatnya. Lu'luah, Jamilah, Aqilah dan Miftah. Sungguh apabila dibuka mata sahaja sudah ternampak bayangan wajah empat orang sahabatnya itu. Usai Subuh segera dia mandi dan mengenakan pakaian sukan. Minum susu dan terus mengenakan tudung. Sedang suasana di luar masih gelap.

Senyum hingga ke telinga.

"Maaf, aku tak dapat datang."


"Maaf aku ada kerja."

Mesej singkat yang dihantar Aqilah dan Jamilah meruntuhkan perasaan itu. Namun Durrah faham situasi yang perlu dihadapi oleh sahabat-sahabatnya itu. Durrah buat-buat faham.

Akhirnya Durrah bergerak juga ke Tasik Edu. Mujur Lu'luah dan Miftah setuju untuk datang.

"Terima kasih kerana sudi datang." Durrah berbahasa.. Terharu dengan peerimaan dua orang sahabatnya. Melihat senyum mereka, hilang rasa sedih yang bermain dalam hati.

***
"Sahabat, maafkan jika selama kita berkawan aku ada buat salah dengan kalian. Lama benar kita tidak ketemu. Sungguh sebenarnya aku fikir mungkin hari ini hari terbaik untuk kita bertemu. Hari lain entah bila." Durrah bersuara.

Lu'luah dan Miftah tunduk. Dalam benak masing-masing terfikir tebiat apakah sahabat mereka seorang itu? Selama ini dia hanya diam. Hanya bersuara apabila dirasakan perlu. Seakan ada perkara besar yang mahu disampaikan.

"Rukun bersahabat itu sepatutnya saling memahami. Maafkan aku kerana jarang untuk memahami kalian. Aku lupa yang sahabat aku juga punya hak. Bukan hanya aku perlu penuhkan hak aku dengan diri sendiri. Aku lupa tanya khabar kalian. Aku tidak menyoal kesihatan kalian. Aku tidak pedulikan kata-kata kalian. Sungguh terasa aku banyak bersalah dengan kalian."

"Durrah, apa ini? Apa yang kamu merepek?" Lu'luah mencelah.

"Sebenarnya, tujuan aku mahu kita bertemu ni sebab aku mahu katakan sesuatu dengan kalian. Aku mahu kata yang lepas ini aku mungkin akan pergi jauh. Aku mahu melanjutkan pelajaran ke tempat lain. Ayah aku sudah uruskan." Durrah tunduk. Ada air yang ditahan daripada mengalir. Ada sebak bertamu dalam diri tanpa dipinta. Ada kata yang tidak terucap. 'Mungkin ini kali terakhir kita bertemu.' Hati Durrah mengucap perlahan.

Lu'luah da Miftah tersentak! Pegang erat jemari Durrah. Sunyi membungkus suasana.

"Tiada angin, tiada ribut, mengapa ini khabar yang perlu kami dengar?" Miftah bersuara perlahan.

"Aku sayang kalian. Tapi aku terpaksa." Durrah menjawab tenang.

Teratai yang segar di tasik Edu tidak mengundang ria lagi. Perkhabaran yang dibawa Durrah mencantas pagi yang sepatutnya diisi dengan kegembiraan setelah lama tidak bersua.
Suasana jadi kaku.

***

Kamu mahu tahu satu perkara? Tidak semua yang kita minta kita akan dapat. Kadang kita minta lain, kita dapat lain. Kita mahu lain, kita peroleh lain. Yang penting belajar untuk menerima.

Aku menonton cerita Hani malam Selasa lepas.

"Perlukah Hani biarkan mereka juga bersedih untuk Hani?"  Lebih kurang begitulah dialog yang Hani tuturkan ketika guru dan kawan-kawannya datang melawat. Dia nampak gembira dan tidak menunjukkan yang dia sakit.

Rabu malam khamis aku menonton Drama Ayoub. Ayoub yang hilang rasa sabarnya dengan sakit kerana termakan kata-kata Aidil. Benar, kata-kata yang diucap walaupun tidak kita percaya pasti aka terfikir juga dengan apa yang kita dengar.

Aku tidak mampu untuk bersuara lebih. Aku tidak pandai mahu ambil peduli orang lain. Ada masa aku mahu ambil tahu, namun apabila aku ada peluang itu, aku tidak peduli akan apakah perasaan orang yang ada depa aku.

Aku tahu, tidak semua perkara dapat kita ceritakan pada orang lain. Ada benda yang mahu kita simpan dalam hati supaya tidak sakitkan orang lain. Namun, ada takut kadang-kadang apabila perkara yang didiamkan itu mencetus kepada sesuatu yang tidak baik dan aku terlepas pandang.

Aku telah gagal menggunakan masa yang diberi.

Andai aku yang berada di tempat Hani itu, dapatkah aku bertahan senyum kepada orang lain? Menyembunyikan gelodak dan rasa dalam diri supaya yang terlihat oleh orang lain adalah kegembiraan, sedangkan dalam hati bertampuk rasa gerun dan takut pada hari esok. 

Kerana Allah tahu apa yang terbaik untuk kitalah maka ujian pada kita semua tidak sama. 

Ah, memang aku tidak faham perasaan orang lain! Hati kayu!
Yang penting cuba!
***

Sesungguhnya dalam kita cuba memahami sesuatu, kadang kita lupa yang bukan hanya kita punya perasaan! Letakkan dirimu pada tempat orang lain dan belajarnya untuk memahami!

=)

Sekadar coretan,
4.15p.m@CC Safiyyah.
Doakan yang terbaik!

Nota: 
Kredit gambar1: http://fc05.deviantart.net/fs71/i/2009/357/e/8/__Hope___by_moroka323.jpg
Kredit gambar 2: http://browse.deviantart.com/?qh=&section=&q=rainbow#/d29e0o0

Durrah Nur Aqilah: Diberi-Nya Yang Terbaik




Harapan itu ada!
Pagi itu hening. Ada kabus terlihat daripada tingkap bilik. Bersemangatnya aku pagi ini mahu bertemu dengan empat sahabat tersayang.

Lu'luah, Jamilah, Aqilah dan Miftah.

Sungguh apabila dibuka mata sahaja sudah ternampak bayangan wajah empat orang sahabat itu. Usai Subuh segera aku mandi dan mengenakan pakaian sukan. Minum susu dan terus mengenakan tudung walaupun suasana di luar masih gelap.

Senyum hingga ke telinga.

"Maaf, aku tak dapat datang."


"Maaf aku ada kerja."

Mesej singkat yang dihantar Aqilah dan Jamilah meruntuhkan perasaan itu. Namun aku faham situasi yang perlu dihadapi oleh sahabat-sahabatku itu.

Aku buat-buat faham.

Akhirnya aku bergerak juga ke Tasik Edu. Mujur Lu'luah dan Miftah setuju untuk datang.

"Terima kasih kerana sudi datang."  Aku berbahasa.. Terharu dengan penerimaan dua orang sahabat ini. Melihat senyum mereka, hilang rasa sedih yang bermain dalam hati. Tidak perlu mengenang yang tiada, hargai yang di depan mata.

***
"Sahabat, maafkan jika selama kita berkawan aku ada buat salah dengan kalian. Lama benar kita tidak ketemu. Sungguh sebenarnya aku fikir mungkin hari ini hari terbaik untuk kita bertemu. Hari lain entah bila." Aku bersuara.

Lu'luah dan Miftah tunduk. Dalam benak masing-masing terfikir tebiat apakah sahabat mereka seorang itu? Selama ini dia hanya diam. Hanya bersuara apabila dirasakan perlu. Seakan ada perkara besar yang mahu disampaikan.

"Rukun bersahabat itu sepatutnya saling memahami. Maafkan aku kerana jarang untuk memahami kalian. Aku lupa yang sahabat aku juga punya hak. Bukan hanya aku perlu penuhkan hak aku dengan diri sendiri. Aku lupa tanya khabar kalian. Aku tidak menyoal kesihatan kalian. Aku tidak pedulikan kata-kata kalian. Sungguh terasa aku banyak bersalah dengan kalian."

"Durrah, apa ini? Apa yang kamu merepek?" Lu'luah mencelah.

"Sebenarnya, tujuan aku mahu kita bertemu ni sebab aku mahu katakan sesuatu dengan kalian. Aku mahu kata yang lepas ini aku mungkin akan pergi jauh. Aku mahu melanjutkan pelajaran ke tempat lain. Ayah aku sudah uruskan." Aku tunduk. Ada air yang ditahan daripada mengalir. Ada sebak bertamu dalam diri tanpa dipinta. Ada kata yang tidak terucap.

'Mungkin ini kali terakhir kita bertemu.' Hati  mengucap perlahan.

Lu'luah da Miftah tersentak! Pegang erat jemari aku.

Sunyi membungkus suasana.

"Tiada angin, tiada ribut, mengapa ini khabar yang perlu kami dengar?" Miftah bersuara perlahan.

"Aku sayang kalian. Tapi aku terpaksa." Durrah menjawab tenang.

Teratai yang segar di tasik Edu tidak mengundang ria lagi. Perkhabaran yang dibawa  mencantas pagi yang sepatutnya diisi dengan kegembiraan setelah lama tidak bersua.
Suasana jadi kaku.

***

Kamu mahu tahu satu perkara? Tidak semua yang kita minta kita akan dapat. Kadang kita minta lain, kita dapat lain. Kita mahu lain, kita peroleh lain. Yang penting belajar untuk menerima.

Aku menonton cerita Hani malam Selasa lepas.

"Perlukah Hani biarkan mereka juga bersedih untuk Hani?"  Lebih kurang begitulah dialog yang Hani tuturkan ketika guru dan kawan-kawannya datang melawat. Dia nampak gembira dan tidak menunjukkan yang dia sakit.

Rabu malam khamis aku menonton Drama Ayoub. Ayoub yang hilang rasa sabarnya dengan sakit kerana termakan kata-kata Aidil. Benar, kata-kata yang diucap walaupun tidak kita percaya pasti aka terfikir juga dengan apa yang kita dengar.

Aku tidak mampu untuk bersuara lebih. Aku tidak pandai mahu ambil peduli orang lain. Ada masa aku mahu ambil tahu, namun apabila aku ada peluang itu, aku tidak peduli akan apakah perasaan orang yang ada depa aku.

Aku tahu, tidak semua perkara dapat kita ceritakan pada orang lain. Ada benda yang mahu kita simpan dalam hati supaya tidak sakitkan orang lain. Namun, ada takut kadang-kadang apabila perkara yang didiamkan itu mencetus kepada sesuatu yang tidak baik dan aku terlepas pandang.

Aku telah gagal menggunakan masa yang diberi.

Andai aku yang berada di tempat Hani itu, dapatkah aku bertahan senyum kepada orang lain? Menyembunyikan gelodak dan rasa dalam diri supaya yang terlihat oleh orang lain adalah kegembiraan, sedangkan dalam hati bertampuk rasa gerun dan takut pada hari esok. 

Kerana Allah tahu apa yang terbaik untuk kitalah maka ujian pada kita semua tidak sama. 

Ah, memang aku tidak faham perasaan orang lain! Hati kayu!



Yang penting cuba!
***

Sesungguhnya dalam kita cuba memahami sesuatu, kadang kita lupa yang bukan hanya kita punya perasaan! Letakkan dirimu pada tempat orang lain dan belajarnya untuk memahami!



Nota: 
Kredit gambar1: http://fc05.deviantart.net/fs71/i/2009/357/e/8/__Hope___by_moroka323.jpg
Kredit gambar 2: http://browse.deviantart.com/?qh=&section=&q=rainbow#/d29e0o0

Terima.

Alhamdulillah, pagi tadi melepak di Tasik Edu. Walaupun akhirnya aku yang kaku, membiarkan bisu berbicara antara kami berdua.

Terima kasih banyak-banyak dan banyak sebab kak Husni datang. Sedih juga aku apabila pagi tadi mereka mesej tak dapat datang. Sebenarnya, pagi ini aku nak jumpa mereka sebab nak bagi somtehing. Benda yang sama untuk kami berlima. Tapi tidak mengapalah! Allah tahu inilah yang terbaik untuk aku.

Ketika aku mahu beritahu kak Husni yang mereka tak dapat datang, ada air mahu mengalir daripada tubir mata. Hm, bukan sedih, mungkin sedikit terkilan itu ada. Namun aku faham kedudukan mereka.

Aku terima dan redha. =)

Ada kala aku sendiri akan menolak jika itu bukanlah yang aku mahu. Ya, aku suka melakukan perkara yang aku suka.

Nantilah aku beri pada mereka benda tu... Mungkin lepas ni makin payah untuk kita bertemu. =(

19 January 2011

Esok.

"Assalamualaikum. Mahu bertanya, pagi esok free tak? haha. =)"

Send.

Sebenarnya tadi aku sudah mahu tidur. Mahu tidur nyenyak dna pulas, melupakan semuanya. Belum letak kepala terfikri mahu bertemu dengan teman-temanku itu. Entah rasa rindu apa yang bercambah...

Terima kasih kerana kalian mahu menemankan aku esok. Aku khuatir nanti apabila semakin kurang masa lapang dalam diri kita, kesempatan untuk kita bersama makin sempit. Justeru, aku terfikir yang esok mungkin hari terbaik untuk kita bertemu.

Maafkan jika aku emncuri masa kalian. Namun pertemuan ini penting buat aku. Biar aku hanya mahu bertentang mata dengan kalian dan aku bisu.

Keberadaan itu walaupun hanya seketika namun aku percaya ia punya makna paling berharga.

Aku mahu gunakan peluang yang masih berbaki.

Sungguh!

Walau aku bukanlah yang terbaik dalam mentafsir!

Esok, semoga mentari bersinar garang dan bunga kembang mekar! Aku berharap!

dekat

walau jauh tapi dekat,
kita dekat tapi rasa jauh.
entah angin apakah melanda diri petang ini.....

=(

Mengapa Jamilah Tidak Lagi menulis???

Kebangkitan?
Pengalaman saya dalam dunia penulisan kecil cuma. Malah, apabila ditanya sekarang seakan-akan saya sudah bersara daripada dunia kecintaan ini. Mana ada lagi nama saya dalam majalah. Mana ada lagi puisi atau cerpen baru yang saya hasilkan.Kosong!

Tidak adil benar jika saya katakan kerosakan pada laptop membantutkan minat disebabkan saya boleh menulis ketika laptop belum saya punyai.

Lantas mengapa saya tidak penulis?

Persoalan ini saya tujukan buat diri sendiri. Diri yang kononnya pernah meletakkan cita-cita untuk menjadi seorang penulis. Jika tidak sepenuh masa sekalipun ada bahan yang dihasilkan dengan penulisan.

  • Motivasi yang hilang
    • Siapakah yang memberikan motivasi itu? Di manakah mahu dicari motivasi? Jangan tanya saya. Tanya diri, benarkah kamu mahu menulis? Jika benar, ambil pen dan mula menulis. Setiap hari bangaun tidur tanam dalam diri, apa aku mahu tulis!
  •  Bosan
    • Idea bukan diminta. Namun datangnya kala Allah ilhamkan pada diri kita. kadang bersedia, kadang kita sukar untuk menerima. Sekali sudah kamu kata BOSAN maka seluruh kekuatan dalam diri akan runtuh. Ini pengalaman diri. Saya bosan dengan penulisan saya hingga saya tidak ada lagi kekuatan untuk menulis sampai jari juga jadi kaku.
  • Malas Membaca
    • Malas membaca itu satu penyakit. Penyakit kronik yang membantutkan idea. Bukan mudah untuk memupuk diri membaca, melainkan ada kemahuan dan minat. Sebolehnya paling cikai bacalah seminggu sebuah buku. Semakin banyak membaca makin banyak perkara yang hadir dalam benak untuk ditulis.
  • Tidak Reti.
    • perkara yang tidak dilatih akan menjadi tumpul.  kemahiran yang tidak digilap maka hilang serinya. Penulisan yang hanya sekadar main-main, mana ada hasilnya. Alasan tidak reti itu memang tidak dapat diterima akal. Semua orang mampu menulis, hanya mahu atau tidak.
Cukuplah! Alasan boleh dicari walaupun seratus! Ini hanya catatan buat diri. Ingatan supaya saya beringat yang BAKAT yang Allah berikan untuk disimpan. Nanti Allah tanya, Allah beri kamu kemahiran menulis, mengapa kamu hanya simpan dalam diri? Bagaimana???

Tepuk dada, tanya diri, wahai Jamilah Mohd Norddin.

mid-term.

Tidak jadi balik disebabkan exam yang berderet minggu lepas.
Apabila tiba masa aku sudah malas mahu pulang.
Minggu depan juga belum tentu aku pulang atau aku hanya terperap dalam bilik.

=)

Entah.

Buku langsung satu habuk tak baca. masuk kelas tolong senyum pada ustaz cuma dan kosong.

Ustazah, halalkan ilmu.

Kembali...

Penulis memulakan kembali kembara dalam bidang penulisan. Sejenak terhenti dalam rancaknya jemari yang masih mahu berbicara. Desakan hati,kemahuan diri, dan lontaran rasa yang menggelegak dalam diri membuatkan saya kembali dalam ruang penulisan ini.

Benarlah saya dan penulisan itu diibaratkan manusia dan makanan yang mana bisa dipisahkan. Walaupun terlebih makan itu boleh membawa kepada kematian, namun tanpa makan hidup bisa menjadi tidak keruan. Memang! Siapakah yang dapat bertahan dengan tidak menjamah sebarang makanan selama dua hari. Dua hari! Tempoh masa yang singkat sebenarnya namun kita mana bisa bertahan. Perut akan berkeroncong! Kepala mula berputar dan akhirnya boleh menyebabkan pengsan atau pitam!

Buat yang pernah membaca penulisan saya, begitulah saya menulis! Lebih mudah untuk saya berkongsi seputar kehidupan saya berbanding saya menceritakan perihal orang lain yang kadang langsung tiada kaitan dengan saya. Setiap penulis itu ada manhaj penulisannya sendiri! Benar atau tidak?

Inilah uslub saya menulis.

Berkongsi kehidupan bersama khalayak pembaca!

Insya Allah. Doakan saya kuat! Doakan saya terus istiqamah dalam penulisan dan akhirnya saya bertemu dan manhaj penulisan sendiri! Saya masih mencari!

Wassalam.

Ini sekadar mukadimah untuk permulaan kembali kembara saya dalam penulisan. =)

rancangan .

Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk aku. Maka perancangan petang ini aku pasrah dapat atau tidak tiket bas tu. Ada aku balik minggu ini. Tiada, aku pulang setelah peperiksaan. Aku tahu ia keputusan luar jangka sementelah minggu depan berderet exam. Apa guna juga aku ada di sini namun akalku ada di rumah.

Allah.

Dalam kelas Bayan tadi memang aku terdiam. Aku yang  tidak belajar. Salah aku. Maka, mana mungkin aku mengeluh atau sedih.

Apa-apa pun terus berjuang selagi jasad masih di bumi UIAM.

18 January 2011

damai.

petang ini damai. Alhamdulillah Allah lapangkan hati aku untuk ke kelas dan melakukan perkara yang perlu aku lakukan. Semuanya ini pinjaman dan kebahagiaan yang Allah hadirkan dalam urat aku.

Hati rasa tenang.

Semoga perasaan itu terus mewarnai perasaan aku, Insya Allah.

Ainul, terima kasih beri kepercayaan untuk saya bercakap tadi walaupun sebenarnya saya tidak faham apa yang saya cakap itu. Memang terketar tapak tangan dan jantung berdegup kencang. Haha. alhamdulillah.

=)

~Semoga diri terus berteman rasa bahagia dan semangat itu! Alhamdulilllah.

terima kasih.

Terima kasih membenarkan,
Aku terus bersiri dii sini.

alhamdulillah.

Semalam tidur sedikit lambat(oh, aku suka tidur awal), macam biasalah esok nak bentang malam ni baru buat assignmentnya. pagi tadi memang kelam kibut baca teks dan muka tengok kertas. Haha. Sungguh aku tidak berpuas hati juga dengan apa yang ak lakukan itu namun alhamdulillah dah lepas.

Kena siapkan kertas kerjanya untuk dihantar kepada lecturer. Sungguh.

Terima kasih kak Ema pinjamkan laptop. Alhamdulillah, sangat banyak membantu.

=)

Ada cerita sedih. Aku tak hafaz surah al-Mudathir. Malunya dengan ustaz. =(

p/s: bila nak berubah oi?

17 January 2011

kisah petang tadi.

Aku melalui hari ini dengan seribu satu berkalang dalam diri. Aku tahu yang aku tidak sepatutnya berperangai begini.

Rohani aku sakit. Itu yang sebenarnya. Dan aku tidak pula mencari penawar bagi penyakit yang bernanah dalam diri itu.

Hm, minggu ini aku rasa macam tak mahu jumpa dengan sesiapa. Aku nak bersembunyi. Aku tidak bersedia untuk bertemu dengan siapa-siapa. Aku rasa aku tak kuat. Aku rasa yang semakin hari diri ini makin tenggelam dalam lautan rasa sendiri. Banyak kerja, tapi aku main. Banyak assignment tapi aku duduk saja layan internet.

Aku menafikan perkara yang perlu aku lakukan.

Aku sudah tidak lagi ke kelas 'Arudh.

Petang tadi dalam kelas MPT aku langsung tak tumpukan perhatian. Fokus aku hilang langsung. Fikiranku melayang. Hanya jasad yang masih duduk dalam kelas.

LOST.

Petang setelah pulang daripada kelas aku paksa diri untuk menangis. Aku rindu untuk menangis. Alhamdulillah, Allah pinjamkan tangisan itu untuk aku. Aku menangis hingga lena.

Hm, itu sahaja coretan aku kali ini.

Nanti aku sambung.

8.58malam, itd, iium

Cerita aku.

Aku mahu bebas bercerita. Aku mahu bebaskan segala kata. Lalu aku biarkan laman ini yang berbicara. Aku sudah bosan menulis dalam sebuah laman yang sudah ada pembacanya. Mungkin yang itu akan aku isikan dengan perkara lain namun aku mahu bebas bercerita di sini pula.

Ya,

Aku sangat suka membiarkan semua kisah aku bebas dalam  berbicara. Aku mahu melontarkan semua rasa yang aku rasa. Lalu aku menulis di sini.

Kisah aku dan kehidupan aku.

puas.

petang tadi aku menangis,.
Aku paksa diri menangis.
Alhamdulillah,
=)

Rasa diri lebih ringan setelah aku luahkan segalanya sampai aku terlena.

:(

langsung tak tumpu dalam kelas tadi,
mengantuk,
fikiran melayang.
Ada masa tak buat pulak kerja yang kena buat tu.

huhu.
kenapa ye selalu lost bila dalam kelas sekarang?

15 January 2011

14 January 2011

hipokrit.

hipokrit itu aku,
aku hipokrit.
bukan hipokrit itu bukan aku.
maka yang hipokrit itu aku.
aku adalah hipokrit.
hipokrit.
HIPOKRIT.
aku ada banyak masa lapang yang perlu aku habiskan dengan buat assignment tapi tidak satu pun yang aku sentuh. Aku sedang merasakan kekosongan yang sangat dalam diri. Kalau boleh minggu ni (minggu depan) aku tak mahu jumpa dengan sesiapa . Biarlah aku sendiri.

AKU MAHU DAN PERLU BERSENDIRI.
pemberontakan dalam diri sedang hebat.
Ya Allah kuatkan aku.
Sendirian aku di sini.
Senyum sendiri
menangis belum lagi.

:berikan aku tangisan:


Kirmkan aku,
Sebaldi air,
Mahu dibasahkan mata ini,
Sudah kering.
Apabila di mahalah hati meronta mahu menulis,
Tapi sampai sini semuanya kosong.
Minggu depan present satu habuk belum cari.

11 January 2011

sakit

ubati sakit dengan apa yang kita sakit,
Ubati cinta dengan bercinta dengan yang perlu kita cinta.

##$$$

melakukan perkara yang sama lagi.
Sungguh aku belum kuat.
Jadi, biarkan aku sedikit lambat.
Asal sampai juga pada tujuan

10 January 2011

dia atau aku?




Antara dua. [kredit gambar]
Asma' tunduk. Matanya tidak dapat bertentang dengan sahabatnya itu. Ternyata rasa bersalah tetap menyelubungi diri. 




"Sahabat apakah aku yang tidak dapat membantu sahabatnya dalam kesusahan."




Perkara yang diminta tolong mudah. Temankan Insyira ke majlis ilmu. Namun Asma' menolak. Alasannya kerana ada assignment untuk disiapkan.



***


Situasi ini berlaku dalam kehidupan seharian kita. Saya dan kamu juga dia. Ada ketika kita menolak permintaan orang lain sedangkan kita mampu memenuhi permintaan sahabat kita ini. Saya sama sekali tidak akan menyalahkan sahabat itu yang pasti tahu mana lebih penting untuk dirinya.


Saya sendiri juga begitu. Apabila angin saya bukan pada arah yang betul saya akan bersembunyi dalam bilik tanpa mahu bertemu dengan sesiapa. Kemudiannya pasti ada sesalan apabila ada perkara yang saya sudah terlepas pandang.


Apa sangatlah dengan memenuhi permintaannya jika saya sebenarnya tiada sebarang keuzuran lain untuk tidak membantunya. Percayalah bahawa selagi  mana kita membantu orang akan ada juga pertolongan untuk kita.


Pernahkah kadang kita belajar sedikit kerana kita peruntukkan masa untuk orang lain tetapi kita cepat faham?
Sedang pada masa yang lain kita belajar tiga jam berperah otak mahu faham apa yang tertulis dalam buku namun kosong!


Bukankah sifir kehidupan itu kita dapat apa yang kita berikan pada orang?


Catatan ini untuk diri saya sendiri. Masalah kita sebenarnya bukan masa yang tidak cukup namun kita yang tidak bijak menguruskan masa 24 jam yang Allah berikan pada kita. Lihat seperti saya sendiri yang sentiasa ada masa hari-hari untuk menulis entri baru namun belum tentu ada masa untuk mengulangkaji sedangkan tugas utama seorang pelajar itu belajar dan mengkaji.


Baik.


Semuanya terpulang kepada diri yang menjadi pengurus kepada jasad itu. Baik jalan yang dipilih maka baiklah jalannya. Buruk jalan yang dipilih maka fikirkanlah akibatnya!


Antara sahabat atau diri sendiri, kitalah yang membuat pilihan.


Catatan kecil: Sebenarnya kata-kata sahabat saya ini menusuk kalbu dan mahu saya kongsikan dengan kalian. Sahabat yang baik itu bukan hanya bersama sahabatnya namun boleh mengjak sahabatnya melakukan kebaikan dan menegur kesalahan sahabatnya. Ada berani??? Tidak cukup baik tu...

Bahasa Badan.

Kita boleh menipu menggunakan lisan namun bahasa badan akan sentiasa jujur.



Oh, yang ini saya selalu gagal.

Gagal menunjukkan ekspresi sebenar.

Atau,

Adakah saya yang gagal menjadi diri sendiri yang lakunya boleh dipengaruhi orang lain,

Stress seketika dalam kelas bahasa Melayu kala cikgu membincangkan tentang bahasa mata. Ish, saya selalu segan melihat mata orang.



Tapi orang kata kalau kita bercakap tanpa melihat mata selalunya kita tipu.

Benar mungkin! Jika betul tentu kita tidak takut bertentangan mata dengan sahabat kita.



Mata punya kuasa.



Dari mata turun ke hati,

Dari mata boleh jadi benci.



Ingat tak Allah pernah kata dalam al-Quran yang pada Hari Pembalasan mulut akan ditutup dan anggota akan berbicara.



Maknanya lidah kita bercabang namun anggota tidak boleh menipu.



Mana ada kalau dia suka wajahnya masam.



(ish, ada kot manusia seperti saya yang baru mahu belajar punya perasaan. Kadang saya suka menafikan perasaan sendiri.)



Haha.



Teruk sangat.



Kamu,

Jangan ditipu perasaan itu,

Senangkanlah orang lain supaya orang senang dengan kamu.

Jangan sampai,

Kamu ada dekat dia,

Namun dia tidak selesa dengan kamu.



Tutur kata.

Bahasa badan.

Hubungan mata

mimik muka

intonasi

bau badan.



Hari ini saya belajar cara berkomunikasi dengan manusia..



Hm, bagaimana kita berkomunikasi dengan Allah pula???
sepatutnya kini minggu yang banyak kerja
Tapi aku enak-enak relaks di sini.

Hm.

jiwa kacau 2


Lena tidak menjanjikan selesai masalah,
Mandi belum tentu jiwa tidak resah,
Ada petua tidak terbantah!

Al-Quran itu bukankah penyudah masalah!

alkisah buku bayan.




Bazar Masjid India. (kredit gambar)
Hari Sabtu ke kelas parenting untuk pertama kali. Sudah namanya kelas parenting akhirnya hari pertama ini kami diprovok untuk berfikir tentang perkahwinan. Oh, memang semua yang ustaz cakapkan itu benar namun kata orang belum sampai seru.



Kata ustaz kita ini sudah separuh usia, apanya belum kahwin. Sepatutnya setelah kamu baligh sudah fikir tentang kahwin. Masalah duit atau apa sebenarnya alasan. Bagaimana kalau kamu mati sedang tiada waris yang ditinggalkan? Bukankah boleh terputus amalan?



Hm.



Angguk!



Diam!



Okey, sengaja saya mulakan dengan kisah itu. Sebenarnya saya mahu menconteng tentang buku bayan yang sepatutnya sudah saya fotostat. Berlagaknya saya mahu beli buku yang asli namun akhirnya sampai hari ini (setelah lima minggu) saya belum miliki buku.



Oh, orang lain sudah banyak belajar saya masih termemung ketika dalam kelas.



Bayangkan petang ini dalam keadaan kepala masih meren sebab baru bangun tidur saya ke Jalan Masjid India yang manusianya sudah padat seperti Rapid ketika waktu kemuncak, saya meredah lautan itu seorang diri. Oh, Kerana mencari sebuah buku bayan.



Ke pustaka Mu'min, tiada. Ke Kedai yang biasa saya pergi juga tiada. Ditemukan dengan kedai baru juga tiada. Ke Fajar Ulung di Ong Tai Kim juga tiada. Mustahil pula mahu dicari di Popular, MPH atau Kinokuniya. Hm.



Akhirnya saya hanya pulang dengan tangan kosong.



Apa faedahnya?



Saya tahu lagi satu kedai menjual buku Arab di Masjid India.



Okey.



Sudah saya merapu pagi ini. Mahu mendengar taujihat cikgu Roslimna pula dalam kelas bahasa Melayu.



=)

alkisah buku bayan.

Bazar Masjid India. (kredit gambar)
Hari Sabtu ke kelas parenting untuk pertama kali. Sudah namanya kelas parenting akhirnya hari pertama ini kami diprovok untuk berfikir tentang perkahwinan. Oh, memang semua yang ustaz cakapkan itu benar namun kata orang belum sampai seru.



Kata ustaz kita ini sudah separuh usia, apanya belum kahwin. Sepatutnya setelah kamu baligh sudah fikir tentang kahwin. Masalah duit atau apa sebenarnya alasan. Bagaimana kalau kamu mati sedang tiada waris yang ditinggalkan? Bukankah boleh terputus amalan?



Hm.



Angguk!



Diam!



Okey, sengaja saya mulakan dengan kisah itu. Sebenarnya saya mahu menconteng tentang buku bayan yang sepatutnya sudah saya fotostat. Berlagaknya saya mahu beli buku yang asli namun akhirnya sampai hari ini (setelah lima minggu) saya belum miliki buku.



Oh, orang lain sudah banyak belajar saya masih termemung ketika dalam kelas.



Bayangkan petang ini dalam keadaan kepala masih meren sebab baru bangun tidur saya ke Jalan Masjid India yang manusianya sudah padat seperti Rapid ketika waktu kemuncak, saya meredah lautan itu seorang diri. Oh, Kerana mencari sebuah buku bayan.



Ke pustaka Mu'min, tiada. Ke Kedai yang biasa saya pergi juga tiada. Ditemukan dengan kedai baru juga tiada. Ke Fajar Ulung di Ong Tai Kim juga tiada. Mustahil pula mahu dicari di Popular, MPH atau Kinokuniya. Hm.



Akhirnya saya hanya pulang dengan tangan kosong.



Apa faedahnya?



Saya tahu lagi satu kedai menjual buku Arab di Masjid India.



Okey.



Sudah saya merapu pagi ini. Mahu mendengar taujihat cikgu Roslimna pula dalam kelas bahasa Melayu.



=)

09 January 2011

malam ini sengal.
Buku angsung tak baca.
Mata penat.
Rasa nak demam
Baju tak basuh lagi.

hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm

Akhirnya Saya Tiba Ke Sana.






Alhamdulillah!

 

Friday, July 30, 2010



Warkah Kecil Buat Kak Husni

Assalamualaikum, akak..



Sebelum ini saya ada menghantar e-mel kepada k.husni. Kali ini saya sengaja mahu mencoretkan pula di blog. Warkah kecil ini sekadar catatan kecil saya untuk kak husni..



Kak Husni,

Sebelum saya menekan papan kekunci dengan lebih rancak dan menulis mengikut alur jemari, saya ingin rakamkan ucapan terima kasih kerana masih berada bersama-sama saya walaupun saya hanya seorang yang bukan membantu kak husni pada kadar sepatutnya. Thank you, kak husni.



Saya akan selalu merindu cerita-cerita yang kak Husni sampaikan. Tidak kiralah apa, saya suka menjadi pendengar. (walaupun tidak mustahil saya cepat pula melupakannya). Maafkan saya kerana hanya menjadi pendengar dan kadang-kadang macam tidak dengar (buat-buat aje).



Watak dan keperibadian kita mungkin berbeza. Tidak mustahil ada mata memandang aneh kepada persahabatan ini. Namun saya sudah biasa. Walaupun saya seorang pendiam, teman sejak sekolah dahulu adalah mereka yang bukannya pendiam.. Bukankah orang yang bertentangan sifatnya lebih senang untuk bersatu??  (hihi, teori sendiri) Saya rasa bertuah ditemukan dengan sahaabat-sahabat yang sangat baik dengan saya.. (biarpun kuantiti sahabat saya hanya boleh dikira)



Insya Allah, kak husni, jika benar kak husni mahu mengajak saya ke sana, saya bersedia untuk memenuhi undangan itu. Biasalah, saya tak yakin untuk berjanji awal, khuatir hanya janji kosong.. Jika ada keizinan Allah, saya memang mahu menjejak sana, walaupun mungkin hanya sekali hayat saya... Insya Allah.. Kita tunggu masa itu, jika sudah ditetapkan saya ke sana, pasti saya akan ikut.. =)



Akhir kalam, saya doakan kebahagiaan menjadi milik Kak Husni di dunia dan Akhirat.. Saya tahu kak husni akan terus tersenyum dan tersenyum......



Terima kasih berkongsi senyuman dengan saya...



Sekian....




jamilahcakapsikit: sebenarnya tak tahu nak tulis apa.. hanya entri buat kak husni... =)



*Ini surat semester lepas. Alhamdulillah, dapat ke rumah dia semester ini.*



***




Sekarang saya mahu menconteng pengalaman saya selama dua hari satu malam di rumah dia. Alhamdulillah.



Saya mengikut dia pulang ke kampung Khamis lalu. On the spot. Selalu. Selalu kami lakukan perkara yang tidak terduga. Ya, ada kala kita rancangkan lain namun sebenarnya ada yang lebih baik dan buat kita. Mungkin kita sendiri tidak tahu.



Dipendekkan cerita, pagi itu kami bertolah ke negeri Cik Siti Wan Kembang setelah sejam menunggu PERDANA  dalam hujan renyai berbumbungkan kedai burger di Greenwood. Oh, itu juga boleh jadi memori. Ini kenangan pertama saya ke Kelate. Pagi pagi yang kalut. Hari yang mana saya terkocoh-kocoh ke kelas Tilawah dalam hujan, kemudian mendapat nasihat percuma ustaz. Huh!



Berdebar juga saya dalam perjalanan itu memandangkan yang ini kali pertama saya menaiki bas dua tingkat dan berjalan sejauh itu. Jika pulang ke Kedah hanya lima jam. Okey! Dipendekkan cerita lagi, jam lima lebih kami sampai ke destinasi. Dalam bas hanya separuh perjalanan sahaja yang saya berjaga selebihnya lena...



Tiba di rumah dia. Haha, saya masih saya di rumah orang. Masih diam membisu walaupun di rumah orang lain. Malah makin bisu pula saya jadinya. Ish, ish! Rasa seperti tidak hormatkan tuan rumah pun ada, huhu..



Tapi saya suka dengan suasana dalam rumah itu... Saya rasa tenang dan selamat. Rasa mahu senyum selalu melihat kebahagiaan mereka.



Malah, beberapa kali muncul dalam fikiran saya lagu keluarga bahagia dendangan saujana..



Suka, suka!



Memang gegak gempita satu rumah dengan kepulangan dia namun saya rasakan ia sebuah kemeriahan yang mungkin saya tidak rasakan ketika berada di rumah. Oh, di rumah saya semuanya sudah besar mana ada lagi anak kecil..



Huhu..



Pertama kali merasa kuih lompat tikam dan makan nasi kerabu buatan Ummi dia.. Sangat sedap! Oh, saya berada di sana dua hari memang kenyang dengan kemewahan makanan...



Malam-malam dengar orang mengaji mengingatkan kenangan saya mengaji dengan Mak dulu-dulu. Dahulu setiap malam mak akan ajarkan kami anak-anaknya dan anak jiran mengaji. Hm, sangat seronok!



Petang Jumaat ambil keputusan untuk pulang sudah! Sempat lagi saya mengikut dia merempit dalam kampun dan pagi itu saya sempat ke Pasar Hari di sana. Hm, ada makanan yang saya tidak pernah di sini!!!



Okey, malam sudah! Kami sudah mahu pulang! Esok ada kelas.Balik juga on the spot. Mujur ada tiket.



Haha, ketika naik bas, mencari tempat duduk di mana..



Cari bahagian belakang, bukan.



Naik atas, tiada.



"tempat duduk mana?" Pak cik Pemandu menyoal.



"1, 2." Dia menjawab.



"Oh, itu depan."



Akhirnya kami duduk di sebelah pemandu. Pengalaman pertama dalam hayat duduk sebelah pemandu. Kata pak cik pemandu itu, hanya terdesak barulah tempat itu ada penumpangnya. Hm, rezeki kami.



Bersembang satu dua pertama dengan pak cik itu dan saya hanya membisu.



Sengal juga apabila duduk depan. Apa tidaknya, faham sahajala apabila dalam bas malam hari, tentulah mahu tidur. Entah bagaimana saya tidur tidaklah diketahui...  Ada juga adegan yang tidak patut lihat sebelum bas itu bergerak. Ish3x.. Kak Husni, malu seh saya.. =)



Sampai UIA sudah lima setengah. Akhirnya, kami melenakan diri setelah solat Subuh hinggakan ada orang terlewat ke kelas pagi itu. Haha.



Okey! Cukuplah saya merapu malam ini.



Yang penting saya dapat pengalaman dan suasana baru selama berada di rumah kak Husni. Maaflah kerana saya bukannya tetamu yang baik dan maaf juga jika saya tetamu yang mengecewakan. Huhu.



Kak Husni, terima kasih sangat-sangat. =)



titik. [maaf jika entri macam sedikit sengal]





cc Safiyyah.

9.22 malam.

08 January 2011

XXXX [entri contengan yang tidak perlu dibaca] XXXX

Bismillahirrahmanirrahim...




buang rasa takut itu!


Setiap hari saya masih bertandang ke laman ini walaupun tidak ada cerita yang dapat saya sampaikan. Memang ada ketikanya jemari saya mahu menulis, namun hati enggan bekerjasama dan akal tidak mengizinkan saya untuk bercerita. Ada perkara yang saya mahu sampaikan namun saya simpan dalam kepala.Dia dia di situ....



Perjalanan untuk semester ini masih panjang. Panjang untuk saya dan untuk orang lain. Maka, jalan yang sedia saya lalui perlu saya teruskan demi sebuah kehidupan yang perlu saya harungi. Tidak kisahlah kalau perjalanan itu tidak seperti orang lain, tidak selancar manusia itu ini, tidak sebagus sesiapa yang penting setiap manusia itu jalur hidupnya berbeda. Jangan menyesal jika apa yang kita lalui jalannya bagai jalan yang bersimpang siur sedangkan orang lain mampu bergerak ria dan senang menerima apa sahaja.



Tanya hati apa yang telah saya lakukan. Saya selalu percaya yang saya akan dapat dengan apa yang saya berikan. Orang lain tidak akan berani menegur saya kerana saya takut menegur orang lain. Saya tidak akan difahami jika saya tidak memahami. Bagi saya inilah hukum kehidupan, you get what you give...



...walaupun mungkin kita rasa ia teruk untuk kita,

Meski kita rasa itu tidak cocok buat kita..



Ingatlah wahai Jamilah bahawa setiap detik pengalaman yang Allah hadirkan dalam lipatan hidupmu akan jadi satu pengajaran dalam meniti kehidupan. Saya tahu saya tidak layak bercakap akan hal ini kerana saya bukanlah manusia yang cepat menerima sesuatu (oh, semakin hari semakin banyak perkara yang pending dalam ingatan saya) malah kadang hanya dapat mencerna sesuatu setelah ia berlalu beberapa lama. Agaknya space memory dah berkurang kot.. huhu (oh, saya mula merapu..)



Dalam kehidupan seharian, Allah selalu hadirkan saya dengan manusia yang baik-baik. Saya banyak belajar daripada mereka walaupun selalunya saya gagal meniru yang baik tentang mereka. Akhirnya saya dengan perlakuan saya juga, Cukuplah saya tersenyum dengan apa yang mereka lakukan. Ah, sebenarnya saya sangat takut jika ada ketika saya buatkan manusia lain menangis walaupun saya sedar mungkin dalam tidak sengaja memang saya membuatkan mereka titiskan air mata...



Jika mereka boleh menerima saya, justeru saya mesti menerima keberadaan mereka. Titik.



Perlakuan bercerita lebih pantas daripada bicara. Maka, buat yang berkenaan saya memohon ribuan ampun dan maaf reaksi saya selama ini menyakitkan kalian. Saya tidak tahu memek sendiri, sedang orang lainlah yang menilai daripada aksi yang saya lakukan. Kadang saya cuba menutup kegentaran hati dengan hanya diam walaupun saya tahu saya perlu berikan pendapat. Saya selalu takut jika pendapat saya salah dan buatkan orang lain rasa tidak kena. Oh, saya bukannya sahabat yang baik! Haha.



Sudahlah, saya mahu berhenti merapu buat seketika di sini. Maafkan saya pada yang terbaca entri ini sebab saya menulis sahaja apa yang mahu saya luahkan. Saya terus tulis tanpa tapisan apa-apa... Oh, maafkan saya! Anggaplah saya  manusia yang hanya wujud di alam maya dan segala contengan itu sebuah kisah fiksyen! Titik.





08.1.2010

Asma' 2.5

06 January 2011

.persepsi.

Subhanallah.



Ada ketika saya salah memandang orang lain. Melihat luaran dengan hanya sekali pandang. Kemudian terus tercipta satu persepsi dalam diri. Kadangkala sebenarnya apa yang disangka itu bukanlah betul mengenai orang lain.



Hm, selalunya ketika kita lihat orang bertudung labuh kita terus kata: "oh, ini orang baik."

Namun ketika kita lihat mereka hanya biasa kita kata: "oh, ini orang biasa."

Ketika lihat mereka berkopiah: "oh, ini ciri lelaki idaman."

Malangnya, melihat mereka bertshirt biasa bertopi terus terfikir: "tak bestlah."



Siapakah kita untuk menilai peribadi orang lain. Saya sentiasa ingat peringatan cikgu Roslimna dalam kelas bahasa Melayu. Apabila kita mahu mengajar orang jangan mengajar perkara susah sahaja namun nampakkan yang Islam mudah bukan menyusahkan.



Ya. Sebenarnya saya mahu berkongsi cerita tentang persepsi ini. Berulangkali saya cuba mencoret tiada pula walau satu cerita yang dapat saya ceritakan. Ia kisah benar tentang kehidupan sekeliling.



KISAH 1.

Seseorang menegur. "Jika ada masalah, zikirlah!"



"zuup!!!" Terasa ada kilat merenjat fungsi nafas. Terdiam.



Saya lihat penampilan hamba Allah yang berkata ini. Suhbhanallah. Dia sampaikan pengetahuan yang dia ada tanpa mengira tempat. Bukankah mereka yang memberi akan banyak menerima? Sedang yang hari-hari belajar ilmu agama tidak mampu memberi nasihat atau hanya mampu diam apabila ditanya.



Beliau ini pernah bekerja sebagai seorang civil engineer dan telah bersara. Beliau berkongsi tentang nama-nama Allah... Bagi saya ia memang bagus. Ya, apa-apa jua yang menjadi amalan dan sebati dalam diri akan ada kesannya. Malah kepada anak-anak diajarkan juga berzikir.



KISAH 2

Mereka berjalan-jalan di sebuah pasaraya. Mahu mencari jalan keluar untuk mencari teksi. Oh, ia sebuah pasaraya mewah yang pertama kali dikunjungi. Mereka tidak tahu mencari jalan keluar.



Pelik.



Mereka merasakan orang memandang mereka pelik. Bertudung labuh dalam kalangan masyarakat China dan urban.



Lalu mereka menyoal seorang pekerja yang ramah menegur.



"bla.. bla... bla.."



Apakah perasaan mereka? Apa persepsi yang melihat? Kita boleh melihat daripada sudut negatif dan positif.



Titik.



Malas sudah mahu menulis. hihi.



=]

05 January 2011

Drama HANI.




ummu hani, watak utama Hani.
Ada banyak sebab yang menyebabkan saya suka menonton sesebuah drama. Salah satunya sebab penulis skrip itu merupakan  seorang yang saya ikuti tulisan mereka. Seperti bias namun saya suka begitu. Jika mahu membeli buku juga saya gemar memilih buku yang saya ikuti perkembangan penulisnya.



Drama HANI ini ditulis oleh Saudara Zabidi Mohamed yang mengangkat tulisan al-Quran Braille sebagai salah satu intinya. Ceritanya memang ada cinta remaja namun dosnya tidaklah sampai menjadi inti cerita. Tidaklah sampai ada cinta tiga segi yang aku suka dia, dia suka abang aku, abang aku minat adik dia..



Boleh dikatakan ia sebagai cerita masayarakat yang pada saya lebih enak ditonton. Tidak banyak konflik yang menyesakkan jiwa. Bermula dengan cerita budak seorang dan berakhir dia menjadi seorang hafizah...



Oh, kita perlu lari sekejap setelah hari-hari kita menonton cerita hantu. haha. (oh, saya suka mengelak cerita hantu menjadi bahan tontonan. Seperti mengajar diri menjadi penakut. huhu)



Apa yang menarik, ada ulasan tentang buku bercinta sampai ke Syurga (buku ini saya belum baca) yang ditulis oleh Ustaz Hasrizal Jamil. Boleh baca komen beliau di sini  



Saya menonton beberapa kali tidak dapat mengikut setiap minggu. Drama ini boleh ditonton pada setiap selasa jam 9.00 malam-10.00 malam di TV 3.



Sekian, saya tolong promosi cerita ini. Oh, mereka ada berlakon di Darul Quran Kuala Kubu Baru.



saya tumpang menulis sebelum ke kelas. Nak kongsi juga cerita yang menarik ini! Rugi tak tonton.