05 December 2010

Syair Abu Nuwas yang Kita Tahu.

Dahulu saya tidak tahu tentang ini sehinggalah dalam kelas "history of Arabic Literature" ada seorang sahabat saya membuat bahs tentang Abu Nuwas. Kemudiannya beliau sampaikan kepada saya. Katanya yang selalu kita baca [ilahi lastu lil firdaus] itu merupakan syair yang dikarang oleh abu Nuwas.

Ketika muda syair Abu Nuwas kebanyakannya merupakan syair Khamariyyat. Perjalanan hidup beliau menyaksikan perubahan cara hidup kepada seorang yang mencari hakikat Ketuhanan dan syair berubah kepada tema ketuhanan.  Syair yang selalu kita sebut inilah salah satunya...


من قول أبى نواس حين قربت اليه الوفاة :
إلهى لست للفردوس أهلا * ولا أقوى على نار الجحيم
فهب لى توبة واغفر ذنوبى * فإنك غافر الذنب العظيم

 Tuhanku, aku tidak layak untuk syurga-Mu, Tetapi aku tidak pula sanggup ke neraka-Mu,
Dari itu kurniakanlah ampunan padaku, dan ampunkan dosa-dosaku, Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar,

[sumber syair di sini] [boleh baca juga tentang abu nuwas di sini.]

Selalu kita akan baca ayat ini terutamanya dalam majlis muhasabah. Kata-katanya yang terasa dekat di hati boleh menimbulkan rasa insaf dalam diri.

Sebelum ini bagi saya sendiri, tertarik dengan kata-kata ini namun tidak pernah tahu yang ini merupakan syair yang ditulis oleh Abu Nuwas..

Sekadar mahu berkongsi....

Sekian.

jamilahcontengconteng:katanya mahu belajar adab, satu syair pun tak hinggap di kepala. Pap! kena atas kepala.


tulis dan terus tulis,
7.21a.m/5.12.2010
Qamar Jamilah, Mahang.

No comments: