14 December 2010

selagi kaki boleh melangkah...




Teruslah melangkah! [kredit gambar: Deviantart.com]
Perjalanan saya mungkin lebih mudah daripada orang lain,
Mungkin sedikit payah daripada sesetengah orang.
Saya selalu mendapat 'komen' yang mengatakan saya suka melalui jalan jauh.
Ah, sungguh saya tidak tahu jalan pintas,
Hanya mengikut kaki yang melangkah.
Selagi kaki saya masih boleh digerakkan,
Saya mahu terus berjalan,
Walau sedikit lambat dan jalan yang saya lalui jauh.


Saya tahu.
Saya bukannya sehebat orang lain.
Namun saya sentiasa percaya yang Allah berikan jalan itulah yang terbaik.
Walau saya sedih.
Walau saya sedikit kecewa.


Saya percaya,
Bila saya biasa merasa kegagalan,
Saya akan seronok manisnya sebuah kejayaan,
Dan saya sudah tidak mengalirkan air mata apabila saya gagal lagi dan lagi,
Kerana saya tahu untuk apakah saya bazirkan air mata untuk kegagalan,
Biar kelak ia hadir ketika saya mengecap kegembiraan.


Saya mungkin sedikit 'pelik' daripada orang lain,
Tetapi,
Saya juga sama seperti orang lain,
Saya tahu siapa saya dan siapa mereka,
Saya sedar kedudukan saya dan kedudukan mereka.


Maka,
Saya hanya berdiri di daerah ini dengan kaki sendiri,
Dengan langkah yang saya ayun kadang laju dan longlai,
Asal sahaja kaki saya mampu berjalan,
Saya akan terus dan terus melangkah,
Walau kerap saya tersepak batu,
Tersadung akar,
Kaki berdarah luka...


Yang pasti,
Saya suka berjalan kerana saya tahu sepanjang perjalanan saya akan bertemu perkara baru,
Kadang ia sekecil semut,
Kadang ia seluas langit infiniti..


Subhanallah,
Saya terima segala yang bermain..


Terima kasih Allah... 


=catatan pagi selasa=@14.12.2010@ITD, Taman Ilmu dan Budi.

No comments: