14 December 2010

Saya yang ganjil atau keadaan yang pelik?




kanak-kanak itu paling tidak berputus asa untuk belajar. [kredit gambar: Deviantart.com]


Hm, ada kesempatan duduk depan komputer ada sahaja yang mahu saya ngomelkan.


tadi sudah bermula kelas 'traditional criticism' buat kali pertama,
Seperti biasa kelas bersama senior, duduk paling belakang. Argh...
Apa kata ustaz?
Tiada istilah malu dalam belajar.


ha, terdiam saya! 
Tiap-tiap sem dengar namun masih tetap bisu dalam kelas,
Walau saya tahu semua lecturer sangat bangga apabila ada pelajar bertanya dalam kelasnya.
Dalam kelas saya diam dan tawadhuk sedangkan bukan semua faham.


Kata ustaz lagi,
Sudah berapa lama kita belajar?
Dan bagaimana tahap ilmu kita?


Masya Allah...


Apa sudah jadi dengan ilmu.


Ilmu itu bukankah jika tidak dijaga ia akan hilang.
Lupus daripada ingatan,
Sebagaimana saya tidak ingat lagi apa yang saya belajar dalam math, sains, kemahiran hidup... semuanya yang dipelajari di sekolah menengah.


Usah kata itu, madah semester lepas rasanya sudah terbang.


Hm..
Di manakah keberkatan ilmu di situ?


Mereka yang ilmu berkat,
Mudah sahaja untuk mengingat,
Boleh ajarkan kepada orang lain pula.


Hm..
cukup sudah saya membebel,
Entah apa kaitan isi dengan tajuk saya tidak tahu.


Memang saya melihat kadang saya sendiri pelik..
Haha, 
Sudah benar jalan seorang diri,
Namun,
Saya tidak sanggup lihat orang lain bersendiri..


6.31p.m/14.12.2010/ITD Taman Ilmu dan Budi.

No comments: