06 December 2010

Penulis Muda.




Blurb belakang single unavailable.


Menjelang semester baru yang akan dibuka nampaknya mood menulis sudah mula menurun. Haha, simptom-simptom yang menunjukkan blog ini akan bersawang sudah mula kelihatan. Memang beginilah saya, apabila saya terlalu mahu menulis hingga mengupdate tidak kira masa, kemudiannya mood akan mula hilang dan menurun hinggalah diri kembali termotivasi. [haha, saya memang tidak istiqamah.]



Dan saya sekali lagi setelah berkali-kali memadam entri-entri lama selama semester 1 2010/2011 sebagaimana saya mahu memadam ingatan terhadapnya daripada memori ingatan.



Baik, berhenti membebel.



Sebenarnya saya mahu berkongsi dengan kalian seorang penulis muda bernama Nurina Izzati. Penulis cilik berusia 14 tahun ini bersekolah di Menengah Sultan Badlishah.. (oh, ini sekolah elit di Kulim). Insya Allah buku sulungnya akan diterbitkan bertajuk 'single not available.'



Baik, saya teruja sebenarnya melihat kesungguhan beliau menulis novel ini apatah lagi apabila sebenarnya saya pernah terbaca tentang penulis cilik ini dalam blog ustaz Zakaria Sungib. Kata beliau ada seorang peserta bengkel yang Galeri Ilmu adakan akan menghasilkan novel dan beliau merupakan seorang pelajar sekolah menengah.



Oh, saya jadi kagum!



Beliau ada keberanian untuk menembusi pasaran. Bukan calang-calang orang yang dapat menghabiskan manuskripnya dan mengajukan pula kepada penerbit. [oh, doakan saya berjaya menghasilkan novel 2011. Mohon doa kalian]. 



Boleh menjengah blog beliau di kalbumuslimah.blogspot.com dan membaca sinopsis novel ini di sana.



Sungguh. Saya doakan adik Nurina Izzati menulis dengan lebih baik pada masa akan datang demi menyebarkan kebaikan kepada massa. Kita perlukan penulis yang bukan hanya menulis aksara tetapi turut membantu membangunkan kembali ummah dengan akhlak mulia.



Insya Allah. Ayuh, mari kita menulis!



=]



jamilahcontengconteng:penantian itu memang menyeksakan. Semoga buahnya kelak manis. =]





coretan sebelum Maghrib,
6.52p.m/6.12.2010
Qamar Jamilah, Mahang

No comments: