02 December 2010

.Menghitung Hari.

Di jambatan usia yang makin mereput, bilakah ia akan roboh?


1431 Hijrah akan luput daripada kalendar hari dan 1432 akan mengambil alih kiraan. Jadi, usia kita akan bertambah angkanya lagi. Hakikatnya, usia kita makin hilang kerana ia berkurang dan berkurang seiring hari yang berlalu. Tetapi bagaimana sebenarnya hari kita yang berlalu itu?

*bertanya seketika kepada diri.*

Surah al-Asr yang dibaca setiap kali usai majlis adakah punya kesan dalam diri?

"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal salih, dan saling mengajak kepada kebenaran dan saling menasihati dengan kesabaran." (al-Asr:1-3)
Dan bukankah kita sudah menghafal lagu Raihan bertajuk "demi masa" yang merupakan petikan Hadith Rasulullah...

"REBUTLAH LIMA MASA SEBELUM TIBA LIMA MASA,
 MASA MUDAMU SEBELUM TUA, MASA SIHATMU
 SEBELUM SAKIT, MASA KAYAMU SEBELUM
 FAKIR, MASA LAPANG SEBELUM SIBUK DAN
 MASA HIDUP SEBELUM MATI.
 (MAKSUD HADITH
)
"
Sungguh sebanyak mana buku dibaca, sepanjang baca tulisan, semuanya tiada makna andai semua itu tidak terzahir dalam kehidupan seharian. Memang payah, namun kita kena berubah sedikit demi sedikit, kan?
berharap yang terbaik.
Justeru, wahai diri, sebelum 1431 tinggalkan kita, mari kita ambil sedikit masa dalam 24 jam yang Allah pinjamkan untuk menoleh dalam tempoh setahun apakah yang sudah kita lakukan? Adakah 1431 berlalu tanpa kita sedar? Atau banyak yang sudah kita laksanakan?

Kita ingat sambutan tahun baru masihi saban tahun, kita juga kena ingat sambutan maal Hijrah...

Wassalam.


Nota Sebelum Titik:Sesaat masa berlalu tidak dapat dianjak lagi.

kredit gambar: google

bertanya akan diri,
6.26p.m/2.12.2010
Qamar Jamilah, Mahang.

No comments: