07 December 2010

Hei, jangan bermimpilah!

"Biarlah berkali kau jatuh dan terluka. Cucikan luka yang ada, hentikan darah yang mengalir, padamkan air mata yang menitis. Sesungguhnya pada penghujung kedukaan itu pasti ada kebahagiaan."
Jika perjalanan di dunia ini hanya dibentang permaidani merah, di manakah yang dikatakan ujian? Benar sekali kesenangan itu juga satu ujian yang Allah timpakan kepada hamba yang dipilihnya, namun ramai juga yang dipilih untuk diuji dengan kepayahan, kegagalan, kesukaran dan perasaan putus asa.



Sekarang benamkan semua perasaan yang negatif yang ada. Timbulkan semua yang positif sahaja. Menerima segala yang berlaku dengan pandangan seorang yang berjaya bukannya seorang yang kalah dalam perjuangan. 'LOSER'.



Tidak.



Seorang kamu yang Allah berikan akal untuk berfikir, hati yang berbicara dekat dengan diri, gunakanlah segala kesempatan yang Allah berikan selama hidup di dunia ini. Dunia yang tua. Ya, dunia yang hayatnya sudah seperti perempuan bertongkat pada zaman Rasulullah S.A.W. Bagaimana zaman kita sekarang?



Ya Allah, aku tahu tidak Kau uji aku dengan sesuatu yang tidak mampu aku tanggung. Sungguh luka itu berdarah kembali, namun aku cuba senyum. Senyum dengan mata yang bergenang air mata...



Aku menerima namun apabila jemari mula berbicara meluah segala rasa, aku sendiri kalah dengan air mata. Sungguh, aku tidak mahu air mata ini dilihat oleh sesiapa yang mengenaliku. Aku tidak tega mereka yang aku sayang melihat luka-luka yang tertoreh pada jasad kerana kedegilan seorang aku. Aku mahu berdiri sebagai seorang aku yang masih bisa tersenyum.



Sedang dengan yang tersayang aku sembunyikan cerita... Aku tahu kadang aku melampaui had yang ditetapkan hinggakan pada perkara yang sebenarnya aku perlu bercerita aku akan senyap. Aku cuba meluah, namun aku memilih untuk diam. Aku memilih hanya untuk meminta ketika keadaan benar-benar memerlukan. Aku cuba menyelesaikan sendiri hingga akhirnya, ketika diri hampir tenggelam, barulah aku menjerit meminta tolong... Aku tidak sanggup mereka sedih dan berduka kerana seorang aku... Aku sudah banyak membuatkan mereka terasa, sedih dan... Lalu, sanggupkah aku lagi menambah semua penderitaan?



Lalu, aku lontarkan semuanya di sini.



Walaupun aku tahu aku sudah memilih untuk membiarkan segala bicara ini dibaca oleh sesiapa sahaja, namun biarkan... Biarkan kata-kata yang mahu aku luahkan itu terbang bersama perasaanku yang turut bebas setelah aku selesai menulis...



*kesat mata. Hanya biarkan hati menangis*



Sikap aku sedikit sebanyak memakan diri sendiri. Aku tahu dan sedar namun aku teruskan bersikap begini. Akhirnya aku luka lagi...



*Senyum*



Ya, luka hanya seketika, kemudiannya ia akan sembuh.



*senyum* *senyum* *senyum*



=)



merapu tengah malam,
11.34p.m/7.12.2010.
Mahang.

No comments: