08 December 2010

...dan segalanya kembali bermula

"Salam'alaik, jamilah, pe kabar? Jamilah dah tengok ke lum result?" 



Petang tadi ada mesej masuk ke peti inbox. Lalu saya membalas seadanya.



"Wassalam. Hehe. Mana boleh tengok lagi. =)"



Betullah saya memang menempah masalah dengan tidak membayar yuran semester lepas. Kemudian dengan 'selamba badak'nya saya diamkan tanpa memberitahu sesiapa. Sungguh saya suka mencari masalah pada setiap semester. Bukannya masalah yang membawa kepada kebaikan tetapi masalah yang menyebabkan diri terperangkap dan gelisah. Walau sudah saya bayar sedikit seminggu yang lalu, finance tetap belum memasukkan data ke dalam financial statement saya. Sabar sajalah!



Kesan tidak membayar yuran [jangan ikut tabiat buruk ini! Padah menanti anda]



  • tidak boleh pre-reg.

  • tidak boleh melihat result semester-semester lalu 

  • tidak boleh melihat result semester ini.

  • tidak boleh regist mahallah semester ini [hanya laporkan kepada mahallah]

  • tidak boleh add drop? [belum pasti]


Kerana satu masalah saya cipta menyebabkan ia berangkai-rangkai kepada satu demi satu masalah lain. Selamba! Itu sahajalah modal saya ada untuk melalui semua ini.





Entahlah! Saya tidak sanggup memberitahu hatta kepada ayah sendiri. Sebenarnya saya mahu meminta dengan kakak, namun mulut langsung tidak terbuka untuk meluahkan. Saya sudah cukup melukakan semua orang dengan sikap saya selama ini, adakah saya mahu menambah dan menambah lagi dengan masalah yang saya cipta ini?




Tidak! Saya cuba untuk berdiri dan menyelesaikan sendiri. Walaupun saya tahu saya mungkin lebih membimbangkan orang lain dengan berdiam diri, saya sudah tidak sanggup! Broadband tiap bulan ditaja. Duit ptptn setiap semester tidak pernah cukup tambah dengan meminta dengan mereka dan juga sahabat. Ah, kadang bila difikirkan malu dengan sikap diri sendiri.



Akhirnya, saya mengambil langkah sendiri.



  • tamatkan perkhidmatan broadband hingga ekonomi stabil.

  • kembali hidup seperti dahulu.

  • kembali menembusi majalah {sekurangnya ada pendapatan}
...dan segalanya kembali bermula dengan kembalinya saya ke Taman Ilmu dan Budi esok. Sengaja saya pulang lebih awal untuk melangsaikan masalah tertunggak itu. Saya akan bertahan selagi nama saya masih sebagai seorang pelajar di Taman Ilmu dan Budi.





=]



senyum dan terus tersenyum!



Apabila Jamilah merapu kala Maghrib menjelang,
7.04p.m/8.12.2010
Qamar Jamilah, Mahang.

No comments: