Warna warni kehidupan! [kredit gambar: deviantart.com] |
Saya tidak akan berhenti memasang angan-angan kerana satu tahu angan-angan itu percuma dan tidak perlu dibayar walau sesen pun. Jadi rasa saya tidak salah untuk saya terus mengukir impian selagi saya masih berdiri sebagai saya.
Saya tahu yang saya banyak kali terjatuh dan terjatuh lagi dalam lubang yang sama. Namun saya masih percaya yang saya belum kecundang selagi saya ada rasa percaya dengan diri saya.
Justeru saya akan terus menanam tekad untuk bertahan selagi saya bergelar seorang pelajar di Taman Ilmu dan Budi. Saya tahu selagi saya positifkan diri saya akan dapat juga mencapai apa yang saya ingini.
Saya ini walaupun bukan seorang sahabat yang baik apatah lagi teman sebilik yang baik, saya harapkan ada sinar dalam perhubungan kami. Saya kasihan juga melihat sahabat saya yang saya tinggalkan, namun saya berharap sahabat saya masih sudi menerima saya dalam dirinya.
Saya sentiasa percaya yang setiap cita-cita yang besar bermula hanya dengan sebuah angan. Mungkin pada mulanya ia hanya sebuah anganan biasa, namun apabila ia ditanam dalam diri dan disemai, ia akan terus mekar. Hanya saya yang tidak boleh berhenti menyemai angan menjadi pohon cita-cita.
Ya, saya mahu terus berangan-angan dan bercita untuk graduasi daripada Taman Ilmu dan Budi pada 2013. Mungkin lambat daripada orang lain, saya redha. Saya suka melalui jalan jauh. Ya, itu sebenarnya.
hm, kekok menulis sudah.
20.12.2010.
ITD Taman Ilmu dan Budi
Comments
Tak apa kan bermula dengan angan-angan barulah ia jadi sebuah imaginasi?
Betul akak... Kita berangan dahulu.Kemudiannya jadikan ia sebuah imaginasi yang memandu kita untuk terus membina diri.