28 December 2010

.AGM Ma'ruf Club.




Bahagia kala mencurah dengan tulisan di sini!
Semalam perjalanan yang panjang untuk mencari tiket. Dalam kelas bersemangat sebab petangnya akan ke Stesen KTM Kuala Lumpur untuk mencari tiket. Saya perlu mendapatkan tiket awal sebelum fikiran saya berubah kepada TIDAK MAHU BALIK RUMAH. Apa sekalipun saya mahu pulang kerana merasakan yang locker saya makin sesak dengan buku-buku yang tiada kaitan dengan pelajaran.



Oh, sangatlah tidak bagus apabila tujuan pulang bukannya yang utama untuk bertemu ayah, mak cik dan keluarga tetapi untuk membawa pulang buku. Ya, mahu juga saya melihat anak-anak saudara yang akan ke sekolah.



Hm, usai kelas terus bergerak ke destinasi dengan diri sendiri. Mesej dia bertanyakan ada apa-apa yang mahu dipesan. Tidak mahu dimarah lagi sebab keluar senyap-senyap.  Jangan marah..



Selesai mendapatkan tiket pergi balik ke Kulim dan Kuala Lumpur saya bergerak ke Mydin.



Sudahlah! Apabila saya berbelanja seorang diri memang saya capai apa yang mahu dicapai terutamanya alat tulis. Entahlah! Saya suka membeli buku tulis, file dan apa-apalah yang berkaitan dengan alat tulis. Macam kanak-kanak pun ada. Selesai membeli, lihat bil..



Ya Allah!!!!



Memang saya berbelanja besar!



(oh, dah dapat bola jaring untuk dia.. =] )



Selesai, saya terus ke Pasar Seni untuk pulang ke Taman Ilmu dan Budi. Sungguh saya bernasib baik kerana bas sudah mahu bergerak sebenarnya dan saya dengan barang penuh kiri kanan terus naik dna duduk. Gasaklah tepi siapa sekalipun. Yang penting mata saya sudah tidak melihat kiri kanan.



Hm.



Pulang dan terkocoh-kocoh untuk solat Maghrib. Mana tidaknya lapan lima belas minit. Habis solat beberapa minit, azan Isyak kedengaran.



Semalam ada AGM Ma'ruf Club. Semester lepas saya tidak pergi. Teringin pula mahu ke sana. Telefon Mysharah beritahu yang saya mahu ikut. Entahlah, saya bukannya mahu menjadi ahli sekadar menyertai AGM yang mereka anjurkan.. haha.



Apa kata saya tentang AGM itu?



Tiada komen. Sebagai orang luar saya memandang dengan pelik. Namun saya faham dengan apa yang berlaku bagi memastikan kelancaran majlis. Dan saya tahu sememangnya orang sudah diatur untuk berkata itu ini dan untuk menjadi itu ini. Oh, saya orang luar yang hanya pandai berkata! Mungkin hanya sesi soal jawab yang dibuka kepada semua orang.



Saya melihat muka-muka baru. Subhanallah! Semoga MC lebih gemilang selepas ini. Saya tahu untuk gerakkan benda baik banyak halangannya.



Oh, saya hanya orang luar! Outsider! Manusia yang berdiri di tepi dan memerhati apa yang berlaku dan diam!



Entahlah! Semalam tiada zuuq sangat seperti perasaan yang saya hadir dua semester yang lalu. Mungkin kerana ketika itu saya melihat kakak saya ada di atas itu, maka perasaan itu lain. Sekarang saya melihat kawan saya bersama-sama di atas itu. Subhanallah!



Sungguh semoga bumi Taman Ilmu dan Budi makin disimbahi barakah dengan adanya mereka yang baik di sini.. Alhamdulillah!



Oh, saya tiada selera mahu menangkap walaupun hanya sekeping gambar. Entahlah! Saya hanya menangkap subjek yang saya rasa ia penting untuk saya. Oh!





Tentang AGM itu hanya subjek kecil yang mahu saya cerita, namun sengaja saya jadikan ia tajuk.



Haha, sudahlah saya merapu pagi ini. Kelas 'Arud ditangguh hingga malam ini. Maka saya ada masa lapang sekarang.

No comments: