07 November 2010

WAJAH KESAYANGAN HAMBA.

Angin rindu tanah utara menggamit hati. Betapa sebenarnya ada perasaan mengganggu hati setelah hampir dua bulan tidak menatap tiga wajah manis ini..




NUR LIYANA AQILAH.
"Acu ni asyik ngadap laptop. Tido." Aqilah akan mengomel apabila aku sibuk dengan laptop dan tenggelam di alam maya. Jika tidak menghadap laptop, aku gemar tidur. Hinggakan itulah yang menjadikan Aqilah berang dengan aku. Bukannya melayan dia, tetapi sibuk dengan hal sendiri.

Usianya 8 tahun 5 Disember ini. Aku suka melihat anak sulung kakak aku ini. Aqilah juga minat menulis. Aku tergela membaca 'surat cinta' yang ditulis Aqilah. Mencoret kata-kata ketika hari lahir ibunya. Aku percaya bagi seorang ibu hadiah begini sangat istimewa. Aqilah suka mereka cerita dengan apa yang dilihatnya. ku doakan beliau menulis dengan baik suatu hari kelak. Selain menulis Aqilah suka melukis. Mewarna... =)

Aqilah, Acu rindukan Aqilah.. Pesan Aqilah untuk Acu tidak terlalu leka dengan laptop dan bantal...

Aqilah, membesarlah jadi bunga yang mekar untuk Ibu dan Ayah. Aqilah adalah anugerah Allah yang istimewa untuk Acu. Aqilah kena jadi anak yang baik! Kakak yang baik untuk adik-adik.... 



MUHAMMAD SYAUQI.
Kehadiran Syauqi menjadikan aku tidak kering gusi. Syauqi seekor kumbang dalam kalangan bunga yang ada dalam keluarga kami. Syauqi lebih lincah berbanding kakak dan adiknya. Senang berkawan dengan orang yang ada di sekelilingnya.. Tetapi sekali moodnya lari... Tiada yang dapat memujuk.

Hobinya sekarang main game dalam telefon Ibu dan menonton kartun. Jangan diganggu ketika dia sedang menonton kartun, pasti menangis..

Syauqi, jangan asyik menonton kartun. Tahun depan Syauqi akan ke PASTI. Belajar rajin-rajin....




NUR AINA SYAFIQAH.
Anak bongsu kakak yang sangat pemalu. Manja dengan ayah yang menjaganya sejak kecil. Jujurnya, aku tidak terlalu rapat dengan Syafiqah melainkan lama pulang ke kampung. Ambil masa untuk memujuknya untuk mendekati aku... Syafiqah ini pendiam, tetapi sekali mendengar dia bercakap, nampak keletahnya yang menghiburkan...

Susah juga mahu melihat Syafiqah tersenyum. Namun aku sangat suka melihatnya senyum.. Comel!

Syafiqah, cepat membesar! Acu  mahu kawan dengan Syafiqah..Dah besar boleh pergi sekolah..






Nota Kecil Hujung Entri:Rindukan mereka bertiga!

2 comments:

Anonymous said...

Singgah lagi di sini :)
suka la dengar lagu ni...membara je semangat utk stdy...insyaAllah

Nur Liyana Aqilah,
permulaannya mcm similar je ng ina dlu...suka tulis surt n mlukis n mwrna...asah bakat'y...sp tahu bpotensi mjd penulis tkemuka :)

:: mlentur bulh biarlah dr rebung'y..

-Ina Nailofar-

Jamilah said...

Ina Nailofar,

Itu lagu yang baru juga.. =)

Wah.. baguslah begitu... Hm..

Amin. Mahu juga ada yang mengikut jejak akak. =)