02 November 2010

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya).

Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian.

Syair “Muhammad Abduh” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan.



محمد عبده
مفسر آي الله بالأمس بيننا                      قم اليوم فسر للوري آية الموت
رحمت، مصير العالمين كما                      ترى وكل هناء أو عزاء إلى فوت
هو الدهر: ميلاد، فشغل،فمأتم فذكر          كما أبقى الصدى ذاهب الصوت



MUHAMMAD ABDUH
Pentafsir ayat-ayat Allah semalam bersama-sama kita bangun pada hari ini menghadapi tanda kematian,
Rahmatilah beliau, seluruh alam sebagaimana kamu lihat, dan pada setiap ketenangan atau kemuliaanchingga kepada kematiannya.
Beliau melalui masa yang panjang: Lahir, sibuk, Dan ingatan padanya akan kekal selamanya walaupun telah hilang suaranya


Nota Kecil Hujung Entri: Jika kita tidak promosikan syair orang Islam siapa lagi?

1 comment:

::umairah shafei:: said...

salam'alayk.
jamilah, umy tak bleh komen kt profil.
tumpang komen kt cnie ye.
subhanallah..umy bc profil kat situ, rs kagum sgt2.
jamilah mmg hebat.. byknya karya yg menarik.
umy tringin nk bc hijau pohon..eh, apa ye tjuk sajak tu. lbh kurg cmtue. lupa plak..nak baca, boleyh? :)
hrusnya trus brkarya tau!
jgn ptus asa, jgn lemah smgt..
chaiyok3..
umy slalu mndoakan, i'Allah..
:D
JAMILAH akan BERJAYA. Pasti!!
Amin3.