23 November 2010

SENDUDUK.

Aduhai senduduk!
Petang semalam saya mengikut kakak ke kebunnya sambil menghalakan My Love ke arah beberapa tumbuhan yang melata dalam kebun itu. Sampai akhirnya saya tertarik dengan pokok senduduk ini.

Tumbuhnya banyak merata-rata seperti tumbuhan hutan lain, namun jangan main-main kerana ada khasiatnya pohon senduduk ini.. =)

Lalu saya menggoogle dan menyalin daripada laman ini tentang khasiat senduduk.

Senduduk bukan hanya berwarna ungu, ada juga senduduk putih yang lebih jarang ditemui. Buahnya boleh dimakan. =) Dahulu pernah juga sekali sekala makan dan menyebabkan lidah anda berwarna ungu.

Jom baca....

a)Nama botani : Melastona malabathricum Linn.
b)Nama famili : Melastomataceae
c)Nama tempatan : Senduduk, Akar keduduk hitam, Senduduk, Sekenduduk, Si kaduduk , Kenduduk , keduduk, seduduk, kedok.

Pengenalan spesifikasi tumbuhan dan ciri-cirinya
Pokok renek yang sangat bercabang dan mencapai ketinggian sehingga 3-4 kaki tinggi dan sering menghasilkan bunga ketika masih kecil lagi .Batangnya warna kemerahan dan ditutupi oleh bulu-bulu halus .Daunnya 1-5 inci panjang dan bahagian bawah daunnya kasar jika disentuh.

Khasiat dan manfaat untuk perubatan
  • Senduduk dapat merawat luka ,kesan terbakar dan luka-luka bahagian dalam bagi wanita selepas bersalin.Untuk merawat wanita selepas bersalin adalah mengambil akar dan beberapa helai daun pokok senduduk ,bersihkan ,rebuskan sehingga mendidih ,tapiskan dan minum perlahan-lahan.
  • Bagi merawat luka dan kesan terbakar ,caranya daun-daunnya ditumbuk sehingga lumat,sapulah daun yang telah lumat ditempat luka atau kesan yang terbakar .Daun-daun juga boleh dibuat serbuk dengan mengeringkan dahulu dan tumbuk hingga hancur.
  • Tumbuhan ini dapat merawat cirit-birit,caranya dengan daunnya direbus dengan sedikit gula,halia dan bonglai serta air rebusan diminum.Air rebusan jika diminum boleh menghalang wanita yang mengandung dari keguguran .Air rebusan akar digunakan sebagai ubat kumur-kumur untuk mencuci mulut yang berbau dan menghalang seriawan mulut.
Kemudiannya saya teringat yang ada pantun melayu yang menggunakan perkataan senduduk. Maka saya menaip perkataan 'pantun senduduk' untuk hasilnya. akhirnya saya ketemu pantun ini... Saya salin pantun daripada fotopage pemancing ikan. Di sini ada juga gambar pokok senduduk yang cantik-cantik.

Pantun dulu2.................
Buah langsat kuning mencelah
Senduduk tidak berbunga lagi
Sudah dapat gading bertuah
Tanduk tidak berguna lagi

Pantun sekarang.......
Buah dokong menjadi pilihan
Senduduk akan terus berbunga
Gading telah jadi barang kawalan
Tanduk nak tengok pun susah nak jumpa 


 
Sekian sahaja perkongsian saya untuk kali ini. Lama benar sebelum entri ini terhasil kerana lebih lima kali saya tulis-padam-tulis-padam sebelum entri ini akhirnya saya nukil.. =)

3 comments:

tepianmuara said...

haaaa

senduduk.


strawberi kampung!

Jamilah said...

tepian muara,

strawberi kampung?

Oh, pertama kali dengar nama tu... sekarang dah susah ketemu buahnya.

Jamilah said...

Ibnu Jamaluddin,

Benar ia susah ketemu lagi sekarang.

Dan generasi akan datang hanya tahu gambar senduduk. Itu sudah dikira bagus...