26 November 2010

PEMALU.




Belajar daripada pohon semalu.

Jemari  mahu meneruskan kata. Jika sebelum ini aku bicara tentang senduduk, kali ini aku mahu belajar tentang tumbuhan yang bernama semalu ini.

"kamu, tangkap gambar ni. Kak nak buat kajian. Sebelum dan selepas." Petang itu aku mengikut kakak dan tiga anak ciliknya ke kebun. Dalam perjalanan pulang, kakak aku ternampak pohon semalu yang meliar di tepi jalan. Lalu dimintanya untuk aku  menangkap gambar pohon semalu itu sebelum dan selepas disentuh oleh jemari kami.

Lalu aku terfikir akan apa pentingnya tumbuhan yang bernama semalu ini. Bukankah hadirnya hanya menghalang perjalanan kita meredah jalan. Boleh calar betis jika meranduk pohon semalu ini. Tetapi ketika membaca "Murabbi Cinta" karangan ustaz Hasrizal a.k.a Saiful Islam aku tersentak. Pohon semalu ada ceritanya. Boleh baca artikel itu di blog beliau... 

Aku salin sedikit di sini...
“Betul. Pokok semalu ini pokok perempuan.  Orang perempuan yang pakai tudung dan ada sifat malu, tidak membenarkan dirinya disentuh. Kalau orang nak sentuh, dia akan menutup dirinya,” si bapa mula berfalsafah. -saifulislam.com

Bacalah kisah antara Fatimah dan Nabi Muhammad di sini yang mengatakan bahawa wanita perlu mencontohi sifat yang ada pada pohon semalu. Kita -wanita- dapat belajar daripada pohon semalu tiga sifat ini...
  • malu

  • jaga maruah

  • pulang setelah senja.{pandai jaga diri}

Memang pohon semalu ini merupakan pokok untuk wanita kerana dalam sebuah laman kesihatan mengkhabarkan tentang khasiat pohon semalu kepada wanita. Boleh tekan laman ini.  


 Demikianlah alkisahnya si semalu yang kita pandang sepi itu. Sungguh pada setiap kejadian ada makna bagi yang memikirkan...

“Katakanlah: Adakah sama orang-orang yang mengetahui (berilmu pengetahuan) dengan orang-orang yang tidak mengetahui (tidak berilmu pengetahaun)? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.”
- Surah Az-Zumar, Ayat 9

Wassalam.


Nota Sebelum Titik:Belajar untuk memerhati.

Qamar Jamilah, Mahang.
10.25pm@26-11-2010
Tobat Maksiat-wali band.

No comments: