03 November 2010

Pagi Sebelum Kertas Adab




Jangan mengalah selagi boleh berusaha! Chaiyok wahai Jamilah!!!
Tidak tidak tahu apa akan berlaku melainkan kita sudah mengalaminya? Betul tak? Seperti semalam aku tidak sangka yang aku akan hilang seratus peratus mood untuk membuka nota tarikh adab. Sungguh! Akhirnya setelah membaca beberapa baris-tanpa ingat apa yang dibaca- aku sudah panjat katil, menuju alam mimpi.

Haha..

Mujur sahaja aku cuba membaca sebelum ini. Walaupun tidak seluruh nota aku baca, sekurang-kurangnya ada sedikit isi penting dalam kepala untuk dicurah dalam kertas pada jam 9:00 pagi ini. Entahlah! Terasa cuak, debar, mahu cepat lepas... Semuanya bersimpul dalam akal ini sekarang... Malah, masih sempat pula aku menyibuk dalam dunia maya ini.. Astagfirullah....


Pagi ini awal-awal lagi aku membiarkan jendela terbuka luas. Membiarkan angin segar menerobos ke dalam bilik sampai dalam diri. Menjengah seketika ke luar, nampak langit mula membiru. Membawa harapan dan hari baru dalam kalendar hidup hari ini. Biar aku rasa tenang dan mampu untuk terus tenang sampai tamat kertas adab ini.. Kicauan burung daripada kejauhan seakan menghantar pesan untuk aku tidak henti membaca. Tenang wahai diri. Allah beri apa yang kamu perlu, bukan apa kamu mahu. Apa yang kamu dapat itulah yang TERBAIK buat dirimu...

Amin...

Ya Allah, biar apa pun yang aku lalui, biar perasaan apa sekalipun menghuni diri, semuanya untuk mengajar diri. Kehidupan ini sebuah perjalanan yang aku rasa panjang namun hakikatnya sangat singkat. Sedangkan untuk belajar hal yang kecil aku cuak, bagaimana untuk aku menghadapi sesuatu yang lebih serius???


Pagi ini exam.. huwa...
3 November 2010
06:52 a.m
Qamar Cinta 1-1, IIUM



Nota Kecil Hujung Entri: Chaiyok! Kita dapat markah buat sebab ustaz, tapi sebab Allah tentukan itu untuk kita. La tahzan, innallaha ma'ana... 

No comments: