26 November 2010

Kenangan.

Mencetus Ingatan.

 Terasa ada lantunan memori lama datang dalam diri ketika membaca "Travelog Cinta Abadi" ini. Sungguh-Sungguh terbayang pula zaman anak kecil bergelar budak kampung. Sambil membaca teringatkan zaman itu..

Aliran ceritanya yang mengalir pada satu demi satu kisah yang dipaparkan menjadikan aku teruskan pembacaan hingga selesai. Aiskrim Malaysia, Kekabu, pucuk paku, lepat, pen pals... catatan kenangan yang dicatatkan dalam Roza Roslan dalam bukunya ini nyata mengembalikan kenangan itu... Tidak sabar menantikan jilid kedua catatan kenangan pula diterbitkan.

Maka, aku contengkan pula cebisan kenangan dalam Manuskrip Bawah Meja ini.. versi Jamilah...

*******************************************************************************
Ais krim Malaysia.
Saya tidak ingat bilakah saya mula mula mengenal batang aiskrim Malaysia yang berharga 10 sen sebatang ini.  Ketika itu tiada peti ais lagi dalam rumah sendiri. Jiran yang menjual aiskrim Malaysia dengan pelbagai perisa terutamanya oren dan milo sering menjadi sasaran untuk saya membeli. Di kedai runcit kampung juga ada menjualnya.

Memang sedap terutama menghisapnya ketika panas terik.

Apabila diganti dengan aiskrim jenama lain yang berharga RM1.00 dan ke atas tidak sama dengan keenakan aiskrim Malaysia yang hanya menggunakan air milo asli. Ketika aku ada juga aiskrim panjang seperti aiskrim  yang tidak silap namanya ais pop. Disebabkan isinya adalah pewarna rasanya tidaklah seasli aiskrim malaysia buatan sendiri.

Saya masih ingat ketika balik belajar mengaji di kampung sebelah, pasti akan dibeli aiskrim Malaysia ini sebagai bekal dalam perjalanan pulang.

Menunggang basikal sambil sebelah tangan dilepaskan untuk menghisap aiskrim Malaysia.

Manisnya...

Kekabu
Lihat nama kampung saya. "Kampung Bukit Kabu." Namun jangan pula diingat di kampung ini banyak pokok kabu yang ditanam. Dulu, depan rumah saya, ada pokok kabu yang bukan milik kami. Saya masih ingat ketika musim buah kabu pecah, dan kekabunya berterbangan, memang seronok. Memutih sahaja.

Maka, ketika itu saya mengikut Mak ke sawah yang kami panggil kepala bendang bagi menguktip buah kabu. Buahnya akan dipecahkan bagi mengeluarkan putih kekabu itu dan bijinya, lalu dijemur di bawah mentari terik. Kemudian, asingkan biji kekabu bagi dan diisi dalam kain batik.

Apabila ada keperluan -biasanya untuk membuat bantal dan tilam- maka, itulah gunanya kekabu tadi. Memang enak tidur beralaskan bantal buatan sendiri. Tidak perlu dibeli. 

Sekarang rasanya pokok kabu depan rumah ini tidak berbuah lagi. Dan generasi akan datang mungkin tidak mengenal apakah itu kabu? Yang tahu hanyalah kapas...

Pucuk Paku
Memang sedap nasi berulamkan pucuk paku. Tumbuhnya hanya meliar di paya-paya dan dikutip percuma. Cuma dahulu saya tidak pandai makan makanan hutan. Oh, saya jarang makan sayur. Pucuk paku sedap jika dimasak lemah. Ummph.... Terkecur pula rasanya.
Ada lagi tumbuhan hutan yang saya sendiri tidak kenal, namun punya khasiat sendiri. Pokok seperti pucuk kaduk, kapal terbang, mengkudu, pucuk sekentut, dan banyak lagi tumbuhan yang saya tidak kenal adalah ulam yang punya khasiat yang baik buat tubuh. 

Lepat
 ada lepat pisang, lepat ubi kayu, dan paling aku suka lepat liat. Lepat liat ini menggunakan tepung pulut dan agak liat. Terasa seperti makan chewing gum dan intinya adalah kelapa yang diparut dan garam. Memang sedap. Biasanya jika dibuat lepat pisang, akan ada juga beberapa biji lepat liat. Jika dimasak malam, esoknya baru dimakan. 

Pen pals.
 Melihat kakak yang ada orang menghantar surat untuk berkenalan, saya juga mahu. Maka, saya cari nama-nama di Didik dan Dewan Siswa untuk saya jadikan kenalan.Kak Halimatul Asrah merupakan teman pena pertama.

Teruja mendapat balasan, saya menghantar alamat ke Didik dan Dewan Siswa. Hasilnya, adalah surat-surat yang sampai ke rumah untuk berkenalan. Ketika itu, bukan zaman facebooking dan blogging dan sesaat sahaja sampai seluruh dunia.

Nostalgia menulis surat tetap terpahat. Kini semuanya sudah terputus hubungan melainkan seorang yang ditakdirkan satu universiti.

Zaman kanak-kanak tanpa masalah melilit dan yang difikirkan hanyalah sebuah keseronokan menikmati hari. Sungguh, masa yang Allah pinjamkan itu mana biisa diulang. Hanya kita boleh kembali sejenak dan ingat semula kenangan yang pernah tercipta lalu memikirkan betapa kasih Allah masih kekal buat kita.

Betapa seorang yang bernama Ayah bonda, Abi Ummi, Papa Mama tidak pernah mengeluh demi membesarkan zuriat mereka.. Kita... 

Sungguh benarlah pada setiap yang berlaku punya ibrah.

***************************************************************************
 Kembali ke zaman sekarang. 

Sudah sedekad zaman itu aku tinggalkan dan tidak semua dapat diimbau ketika aku cuba kembali ke daerah itu. Hanya kita berharap agar cebisa-cebisan rindu akan terus bersatu membentuk satu semangat yang menjadikan kita bersemangat untuk meneruskan musafir di bumi Allah.

Sungguh, perjalanan kita tidak diketahui manakah titik nihayahnya.

Wassalam...

Nota Sebelum Titik:Kata Imam Ghazali yang paling jauh itu masa yang berlalu.

Qamar Jamilah, Mahang,
1.54a.m @ 26-11-2010
Mesra Desa-Hijjaz.

6 comments:

Tyra Hanim said...

post akak selalu buat tyra rase menyelam, menyelam ke dalam apa- apa yang akak cuba sampaikan. Suke.


Akak buat tyra rasa lapar (=

hehe.

Jamilah. said...

Tyra Hanim,

Akak pun jadi lapar masa menulis entri tu..

=]

AinuL HayaT said...

salam...

Benar, tulisan akak ada 'power'nya tau...biar la akak tulis sekadar contengan la tapi ada impak dan pengisisannya :)

pen-pals? menggamit kenangan la...seronok sangat saat dulu2..

ina bertekad nak cari la novel tu...insyaAllah.

Jamilah. said...

AinuL HayaT,

wassalam.

=)betul. Zaman pen-pals dulu memang selalu tunggu posmen datang rumah...

Carilah novel tu, tak rugu baca, Insya Allah.. =)

Cik Cumi said...

Jamilah punya zaman kanak2...=)
=)

kami pon dah baca buku tu..

Jamilah. said...

haha..

=)

Tak banyak kisah sangat. Tapi seronok mengenang. =]