09 November 2010

KELIRU.

 Aku sudah menetapkan diri untuk pulang ke kampung pada lima belas november. Sengaja aku mahu berlama-lama di bumi UIAM kerana ada perkara perlu disiapkan sebelum mula bercuti. Tetapi petang tadi, segala-galanya berubah. Tiba-tiba hati ini dikabuti rindu yang sangat dalam. Rindukan semua yang lama tidak aku ketemu atau hubungi... Aku menghubungi kakakku.. Namun malam ini diriku menukar keputusan lagi. Biarlah aku di sini hingga tiba masa untuk aku pulang.

Mendengar suara Aqilah petang tadi menggamit rasa. Walaupun aku tidak terlalu jelas apa yang diperkatakan kerana suaranya yang serak.. Aku gembira mendengar Aqilah bercerita. Keputusan peperiksaan.. =) Banyak juga dia bercerita hanya aku yang tidak terlalu mendengar dek kebisingan kafe.

Esok akan berakhirlah peperiksaan untuk semester ini.. Fikiran sesungguhnya bukan lagi kepada kertas esok, namun memikirkan untuk pulang. Namun diri berkeras mahu berada di sini, hinggalah kakakku pulang...

Diri, hanya lagi satu sahaja.. Kemudian kamu bebas. Bebas??? Bukan bebas sebenarnya, hanya menamatkan semester ini walaupun belum pasti apakah natijahnya kelak. Sungguh bukan lagi natijah atau apa yang aku fikir yang penting segalanya selesai sudah. Untuk semester depan akan aku uruskan permulaan semester kelak. Tentu sahaja lebih mencabar.. =]

Ya, aku akan berada di sini. Muktamad. Insya Allah. Biar hati dan diri berperang, aku menangkan diri.. =) Aku suka jika bisa melihat orang lain pulang terlebih dahulu kerana jika boleh aku mahu menjadi orang terkahir yang meninggalkan mereka. Aku tenang melihat mereka berlalu dengan senang...

Sahabat-sahabat, selamat bercuti...





Sangat rindukan ... =)


Nota Kecil Hujung Entri: Aidiladha menghampiri...

No comments: