Skip to main content

Durrah Nur Aqilah:dia enggan ke usrah.


kalau kita sayang sahabat kita, kita akan tarik kalau dia tergelincir, kan? [gambar koleksi penulis]

Aku pandang muka dia, mahu kepastian. Sekarang aku lihat kegembiraan dia luar biasa, namun pandangan matanya kosong. Sinar pada matanya sudah hilang. Spirit dalaman dia pudar kerana dia terasing sekarang. Dia menjauhkan diri dan hidup sendiri.

Dunia dia.

Aku mulakan bicara kami dengan pertanyaan yang bermain di minda sejak melihat dia makin mendiamkan diri..

"Mengapa kamu tiada dalam usrah seperti selalu?"

Semalam dia bercerita pada yang dia enggan menyertai usrah. Perkumpulan untuk kembali mengecas hati-hati kami dan membina diri. Dahulu, walau jarang dia akan sama-sama ada dalam usrah. Sekarang tidak lagi. Dan tiada yang menyoal dia hingga dia terus menyepi.

Aku tidak senang dengan keadaan ini. Dia mahu hidup bersendiri.

Doaku: "Kuatkan dia untuk hidup bersendiri sedang manusia itu dicipta dengan kemahuan untuk bermasyarakat. Sifir kehidupan perlukan kita untuk saling membahu."

Kuatkan dia bersendiri? Bukankah kambing yang bersendirian lebih mudah dimakan serigala daripada kambing yang bersama dalam satu kumpulan.

“Mengapa kamu tidak lagi ke usrah. Kasihan mereka menjemput.” Aku menyoal sekali lagi setelah dia hanya diam.

“Awak, saya jahat. Saya sombong dengan orang. Saya malu nak berhadapan dengan sahabat yang punya mata bercahaya itu. Saya bukan orang baik.”

Dia tunduk.

Mata berair.

Katanya dia enggan ke usrah. Tidak mahu melibatkan diri apa-apa dengan usrah kami. Dia mahu menuntut ilmu, tapi dia menolak kata hati yang mahu dia bersama-sama ke usrah. Dia tidak mahu melihat wajah-wajah jernih itu. Dia malu kerana dia insan yang banyak dosa dan jahat, jahil dan sombong.

“Bukankah usrah akan menjadi tempat untuk kamu perbaiki diri?

Dia makin tunduk. Kata dia, dia tidak kuat. Dia lemah ditanya macam-macam. Dia boleh berusrah jika hanya dia dan naqibah. Tiada orang lain. Ah, dia individualistik. Zaman sekarang mana boleh hidup sendirian. Perlu kehidupan bermasyarakat.

“Kamu ingat senang nak hidup seorang di UIA? Banyak yang terjadi.”

Dia makin menunduk hingga menjadikan aku resah.Namun keresahan berakhir apabila dia mula bercerita...

Katanya dia tidak kuat, tapi dia  keliru bagaimana  mahu ‘memasukkan’ diri  dengan ahli usrahnya yang lain.

Aku jadi tertanya. "Mungkinkah hatinya pernah terluka? Mungkinkah diri dia terasa dengan siapa-siap?"

.Entahlah.

Aku tidak punya jawapan. Pernah terjadi perbualan ini antara kami.

AKU: Awak, Mengapa suka benar diturut kata hati?
DIA: Hati aku sudah terlalu kelam hingga nur enggan meresapi.
AKU: Bagaimana jika awak cari orang yang dapat menerangkan?
DIA: Aku sudah tawar hati...

Apa lagi yang dapat aku katakan tentang dia?

Sahabat nan seorang ini benar-benar mahu melarikan diri.

Kata dia lagi, tidak mahu dikata nanti sebagai fitnah pada mereka kerana akademik dia tidak bagus. Mahu menjadi pejuang tapi dalam kelas masih tidur. Dia tak sempurna macam orang lain. Dia masih dipengaruhi kata-kata persekitaran. Sekarang dia malu dengan mereka. Dia malas belajar. Dia punya akademik teruk. Dia tak ada apa-apa melainkan diri sendiri.

Kata dia, “Aku ada dunia lain. Aku segan untuk bersama ahli usrah lagi. Mereka orang baik.Kamu orang baik. Tapi kamu lain.  Dunia aku, hanya ada aku dan duniaku. Aku hanya mahu kamu. Cukup  kamu ada di sisi untuk nasihatkan aku.

Akhirnya aku hanya terkedu.

Mampukah?

“PERLUKAH MENJADI ORANG YANG SEMPURNA ATAU PERLU MENJADI SEORANG YANG BELAJAR MENJADI YANG TERBAIK???”

Comments

tepianmuara said…
adik saya sebut untuk adik dia dulu,

"manusia itu tidak sempurna, tetapi jgn sekali-kali menjauhi kesempurnaan..~"

ouh.betullah.

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                      قم اليوم فسر للوري آية الموت رحمت، مصير العالمين كما                      ترى وك

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub