Skip to main content

Durrah Nur Aqilah: Warkah Buat Lu'luah

 Assalamualaikum, buat kamu yang saya rindu...


Saya percaya tentu sahaja kamu di bawah lindungan Allah selalu.. Semoga kamu sihat sokmo. 

Almaklumlah cuti-cuti begini hubungan kita seakan beku seketika apabila wajah kamu jauh di mata. Namun ingatan di hati tetap bersemi. Saya doakan kamu sentiasa gembira bersama yang tersayang. Tentu bahagia dapat bercuti bersama keluarga dan ditemani semua yang disayangi.


Semester depan kita bakal bertemu lagi. Tentu sahaja kisah untuk semester depan bukan lagi seperti kali ini. Saya percaya semuanya akan berbeda ditambah dengan kamu yang tentunya semakin banyak tanggungjawab yang bakal digalas. Mungkin kesempatan untuk kita bersama makin terbatas. Namun saya percaya jika Allah takdirkan untuk kita terus berssatu sesibuk mana sekalipun pasti ada jua ruang yang Allah berikan untuk kita duduk-duduk... bersama seperti suatu ketika dahulu..


Ah, mungkin dikatakan saya seorang yang suka mengenang masa yang sudah berlalu... Saya sedar, ada kala saya seperti tidak sedar berharganya masa yang kita lalui bersama-sama. Apabila jauh, terasa dekatnya kamu di hati.. Namamu terlalu dekat dalam diri.. Suara rindu terus berdenyut bersama nadi yang selagi ada nyawa akan terus berdetak tenang... Suara dan ketawa yang selalu saya dengar kadang sampai dalam igauan.. terkenang saat-saat manis itu.


=]


Adakah semuanya akan berulang?


Mungkin ya dan mungkin tidak. Dalam kita melangkah ke depan, kadang ada perkara yang terkorban tanpa kita mahu. Perasaan.. kebersamaaan... persahabatan... ikatan... Jika jodoh hanya takat itu, maka terjadilah perpisahan. Walau kita tangiskan ia bermalam-malam, menagih supaya ia tidak terjadi.. yang berlaku tetap terjadi.. yang penting sebuah KEREDHAAN. 

Kita perlu redha...


Saya doakan itu tidak terjadi dalam persahabatan kita. Saya sesungguhnya bukanlah kuat untuk melalui hari-hari tanpa kamu di sisi. Walaupun saya sedar akan tetap ada yang bernama perpisahan, saya mahu lalui masa berharga kita bersama-sama. Selagi Allah lapangkan masa untuk kita bersama. Sesungguhnya kita memang tidak tahu bilakah SAAT kita akan hadir...


"Setiap yang bernyawa akan mati."


Itu sebuah kepastian yang tidak siapa dapat menafikan. Cepat atau lambat, tua atau muda, sihat atau sakit.... Semuanya Allah sudah tetapkan tarikh akhirnya...


Kamu, saya sayang kamu.... 

Saya belajar mengenal erti kebersamaan, persahabatan, dan erti sebuah pemberian dan persahabatan kita ini... 

Saya mahu kamu bahagia dengan hari-hari kamu biarpun banyak mehnah dan tribulasi yang merentang di hadapanmu. Saya tahu kamu kuat untuk melaluinya, kerana saya melihat kekuatan itu setiap kali saya bersama kamu. Dan sering Allah pinjamkan kekuatan itu untuk 'masuk' dalam jasad saya apabila saya melihat sahabat saya kuat... =]


Akhir kalam, ingatlah walau apa yang berlaku semuanya ada pengajaran yang sangat berharga. Walaupun kita merasakan ia sebuah kepahitan, bersamanya ada buah yang sangat manis...=]


Sekian, warkah yang aku karang buat kamu kali ini... 

Wassalam..

Hingga ketemu dalam warkah akan datang... =}


Warkah Saya buat Kamu,
Durrah Nur Aqilah.

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                      قم اليوم فسر للوري آية الموت رحمت، مصير العالمين كما                      ترى وك

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub