07 November 2010

Durrah Nur Aqilah: Hidup Ini Bukan Lebuhraya.




Hidup ini unik!

Kisah kehidupan yang terlukis tidak semuanya jalan lurus. Hidup bukannya sebuah lebuhraya yang kita laluinya tanpa simpang. Kehidupan sesungguhnya jalan yang penuh cabaran dan banyak simpang yang perlu kita jengah. Ada masanya kita perlu henti dan berpaling ke belakang. Berani melihat ke hadapan dan menghadapi segala cabaran yang merintang depan kita.

Jangan ada sedih dalam diri!

Berulang kali kesedihan mendatangi diri, kesatlah air mata itu dengan sebuah kepasrahan dan keredhaan. Kala gembiranya hati dan dirimu, sedarlah dan ingatkan diri yang tidak selamanya gembira itu milik kita. Hari-hari kita tidak selamanya cerah tanpa mendung. Ada saat hujan juga perlu agar kita sedar akan warna hidup. Biar kita hanya melihat matahari tanpa sedar sejuknya dakapan hujan itu..

Subhanallah...

Aturan Allah dalam kehidupan kita siapakah yang dapat menafikan. Biar sesukar mana kita kita merasakan ia sukar ketika melaluinya, Allah Maha Tahu yang kita mampu untuk melaluinya. Gagal atau Cemerlang. Suka atau Duka. Diam atau Bicara. Semuanya terkandung rahsia yang kadang tidak terduga.

=)

Hadapilah hidup dengan SENYUMAN. =) Allah tahu apa yang kamu simpan dan luahkan.

Nota Cinta Buat Diri,
Iringan Nota Cinta-Saujana.
7 November 2010
11:16 pagi.

No comments: