Skip to main content

Cerpen: Jauh




Aku kejam!
 Jauh
Jamilah Mohd Norddin

Rasa rindu itu bertamu lagi. Sangat menyucuk dalam diri ini hingga terasa ada rembesan air pada kelopak mata. Rindukan seseorang yang jauh daripada mata. Sangat rindu dan benar-benar rindu... Bagaimana dapat aku leraikan ia? Suara dia... Senyum dia.. Lagak dia.. Rajuk dia.. Smeuanya tentang dia makin kerap tergambar dalam akal.

"ah, kamu hanya tahu menghargai orang jauh."

Dia berkata ketika melihat aku kaku hari itu. Aku dan dia rapat. Walaupun sikap kami jauh berbeda, aku dan dia seakan punya satu perasaan yang sama. Mahu saling difahami dan cuba untuk memahami.Aku mahu gembirakan dia, tetapi bayangan orang yang aku rindu seakan terbayang pada wajah dia. Aku mahu terima dia dengan seikhlas hati, namun wajah orang yang aku rindu sering mengganggu. Menjauhlah rindu!

"Layakkah aku merindu dia yang jauh?" Aku menyoal separuh sedar. Betapa rasa itu terlalu menghambat hari. Rasa mahu menangis lagi walaupun minggu ini sudah banyak kali air mata ini mengalir laju. Sesungguhnya bukan aku pinta begitu.

"Kamu, aku benar keliru dengan jalan yang aku lalui sekarang. Aku rasa kosong. Aku mahu dia dekat dengan dengan aku." Aku meluah lagi.

"Ah, kamu hanya tahu rindukan orang jauh. Aku ada depan kamu."

Kejamkah aku merindui orang jauh sedangkan dia sentiasa ada sebelah aku. Kala aku suka dan duka. Senang dan menangis. Tetapi aku rindu dia...

"Ah. kamu kejam!" Dia bangkit tinggalkan aku.

Aku kaku! Kelu! Air mata mengalir lagi!

***

Apabila dia pergi tinggalkan kita, sering teringat pada yang jauh. Sedang perlu diingat bahawa yang ada depan mata perlu diberi perhatian. Biarkan angin rindu bertiup, namun jangan sampai diri tenggelam dalam sebuah ilusi. Jangan benamkan diri dalam sebuah kenangan yang mungkin hanya terakam dalam video, gambar, dan hati. Sesungguhnya tulus doa buatnya itulah yang paling baik.

Biarkan mereka yang pergi. Hiduplah sebagai seorang pejuang yang punya matlamat dalam kehidupannya. Jangan dirosakkan dirimu dengan perkara yang tidka sepatutnya. Kadang air mata perlu, namun ia hanya sementara. Belajarlah untuk menerima mereka yang Allah hadirkan dalam kehidupanmu. Betapa Allah tidak memberikan sesuatu yang buruk buat kita. Hanya kadang kita yang tersalah sangka.

"Aku bersama sangkaan hamba-Ku."

Sayang, cinta, kasih dan perpisahan yang terjadi adalah sebuah kitaran kehidupan yang akan berulang. Mungkin sama mungkin juga caranya lain.

Terasa kejam! Aku tidak menghargai dia hingga dia jauh.. JAUH...

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                      قم اليوم فسر للوري آية الموت رحمت، مصير العالمين كما                      ترى وك

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub