30 November 2010

Excellent or Success.

"Choose excellence success will follow."

  "pilihlah kecemerlangan kejayaan akan mengikut."

"Success is often measured by comparison to others. Excellence, on the other hand, is all about being the best we can be and maximizing our gifts, talents and abilities to perform at our highest potential"

 Selama ini aku ingatkan kata-kata itu punya makna sama. Tapi bukankah setiap kata yang walaupun beza satu perkataan punya makna yang sama. Tambahan pula dalam bahasa Arab. Berubah bari daripada fathah menjadi dhommah sudah menyebabkan maknanya berubah.

baca  di sini ada srtikel tentang apa itu "success and excellent"

Nota Sebelum Titik: sekadar ini. nanti nak nonton semula 3 idiots dan nak bercerita tentang itu pula. =]

.hlovate.bicara.

Hlovate.
malam ini,
dalam sunyi,
penaku menari,
mencari kata penguat diri,
lalu kutemu ini...

titip doa.

menitip doa di malam hari.

Kamu mahu tahu apa yang buatkan aku tersenyum?
Bila lihat gambar kita bersama.
Bila tengok kamu tersenyum.
Bila tonton video yang aku curi rakam.
Bila ingat yang aku ada sahabat yang baik.

Terima kasih ya allah memberikan aku sahabat yang baik.
Hadirnya menyenangkan,
Perpisahan mohon dilambatkan.

nota sebelum titik: mood senget ini malam.

PERIBADI.

Penulis: Prof. Dr. HAMKA
Tentang beliau:  Biodata HAMKA, wikipedia.

membina diri!

'PERIBADI' aku beli sebagai hadiah untuk diri sendiri sempena menjelangnya usiaku 21 tahun. Lama, baru aku punya 'rasa' untuk membacanya.

Buku tertajuk PERIBADI yang ditulis oleh HAMKA, seorang agawan, sasterawan, dan ahli negara politik Indonesia  ini menggunakan bahasa yang mudah difaham oleh aku. Katanya yang lembut dan merendah diri membuatkan tanpa sedar lebih dua jam aku duduk di kerusi untuk menghabiskan buku ini. Sambil membaca, aku turut mencatat perkara utama yang dibincangkan abuya HAMKAN. Ternyata banyak hikmah yang boleh aku dapat dengan membaca buku ini.

Aku catatkan perkara yang menjadi isi utama dalam 'PERIBADI'. Keseluruhannya adalah satu seruan untuk kita membina sebuah peribadi yang murni dan berani. Betapa seseorang yang punya wajah cantik tanpa akhlak mulia, apalah maknanya.Kata-kata ini mahu aku abadikan dalam ingatan.

"Jika orang lain merasa gembira kerana kegembiraan kita, maka berlipat-gandalah rasanya kegembiraan itu-PLATO"

"Orang yang mengatakan dirinya serba tahu, menunjukkan kebodohannya."(m/s175)

"Bersemangat ertinya jika dia berkata yang dikatakan ialah kata hati. Jika menulis, yang dituliskan ialah suara jiwa." (m/s185)

HAMKA telah menyentuh tentang perkara ini dalam PERIBADI:
  • Bagaimana menonjolkan peribadi?
  • Perkara yang mengukuhkan peribadi.
  • Apakah yang melemahkan peribadi?
  • Sendi kebesaran jiwa
  • Kesempurnaan peribadi.
Sungguh kata-katanya yang sederhana tidak memaksa pembaca untuk terus menurut apa yang dituliskan beliau. Hanya setelah kita membaca, seakan timbul satu rasa dalam diri supaya sedar yang peribadia mana mungkin dibina tanpa dorongan dalaman dan interaksi dengan dunia sekeliling yang berjaya. Sesungguhnya, lidi sebatang sangat mudah dipatahkan berbanding lidi yang diikat dalam satu kumpulan.

Bacalah buku-buku HAMKA yang banyak mengajar menggunakan bahasa yang tidak memaksa.

Selesai.

Nota Sebelum Titik: buku HAMKA menyentak rasa.

asyauquki.

Jika rindu, doakan dia bahagia. =]

Sudah hampir setengah hujan jam reda. hati masih belum berhenti berkata.
Sungguh ketika amukan rasa tiba. Mengikut aku kata dia.
Lalu di sini aku terus melintar kata.
Bisikkan bicara kepada dia.

29 November 2010

.pada jalan sedang dilalui ini.

terus hidup. =]

Jika diberikan pilihan tentulah aku mahukan yang ceria-gembira-ria-senang sahaja dalam hidup. Lepaskan segala kesedihan jauh-jauh dan tiada air mata yang mengiringi perjalanan aku meniti hari.

Tetapi kanvas kehidupan yang tercoret akan hanya jadi dua warna. Hitam dan putih. Dunia hilang serinya jika hanya ada dua warna itu. Lalu warna pelangi yang menjadi latar hidup kita menjadi saksi bahawa kehidupan hanya memberi erti setelah kita menjalani hari dengan penuh erti.

Dalam duka ada makna.
Dalam ceria ada cerita.
Dalam semuanya ada janji Allah.

Menangisi sebuah kegagalan tidak dapat mengubah gagal menjadi mumtaz jika tidak berserta usaha. Takdir Allah bukanlah yang kita mahu sahaja namun sungguh apa yang Allah berikan kepada kita itulah yang terbaik.

Dan aku mahu peringatkan kepada diri...

Baru aku tersedar akan sesuatu hari ini. Memori hari ini mahu aku pahatkan di sini. Betapa sebenarnya kakak-kakak mengharapkan adik-adik mereka melanjutkan pelajaran setinggi boleh. Sesungguhnya seorang ayah akan gembira apabila anaknya menjadi orang berjaya.

Apa yang berlaku tadi menjadikan aku tersentak daripada dunia yang aku bina sendiri. Aku hanya fikirkan perasaan orang lain, tanpa aku pedulikan apakah sebenarnya ayah, mak cik dan kakak-kakak rasa. Apabila aku rasa mahu berhenti belajar, aku senang-senang lontarkan buku ke tepi dan tenggelam dalam dunia sendiri. Apabila duit PTPTN aku sudah aku habiskan dengan membeli buku, aku senang hati meminta duit kepada kakak-kakak walaupun hujung bulan. Apabila aku tidak mahu pulang ke kampung, mana ada ruang aku adakan untuk hubungi Ayah.

Betapa seorang Ayah tentu sentiasa harapkan anaknya selamat dan belajar baik-baik. Tidak main-main.

Seandainya ayah tahu apakah yang aku lakukan ketika di bumi UIAM itu...

Tentu ayah kecewa.
Mesti ayah tidak senang.

Benar.

Masaku banyak main-main walaupun minggu peperiksaan.
Hariku dilalui mengikut hati.
Maluku tiada untuk menyusahkan mereka.

Sungguh.

Baru aku tersedar hari ini yang sesungguhnya ayah mahu anaknya ini berjaya. 2013...

Hanya saat ini aku tersentuh yang kakak aku sentiasa akan cuba mengadakan wang apabila aku meminta. Sungguh, aku hanya tahu meminta tanpa pernah aku bertanya bagaimana situasi kewangan mereka..

=(

Nota Sebelum Titik:"seorang ayah tidak berkisah bergolok gadai demi anak, tetapi bagaimana anak itu?"

coretan hati,
11.04pm/29.11.2010
Qamar Jamilah.
Taubat seorang hamba.

TRAVELOG CINTA ABADI: MASA YANG BERLALU.

Penulis: Roza Roslan @ Raudzah Roslan.
Blog: http://rozaroslan.blogspot.com/

Travelog yanng menggamit ingatan.
Travelog setebal 272 aku baca tanpa henti. Sebelum ini, di kampus pernah beberapa kali mahu menghadam cerita-cerita yang terkandung dalam travelog ini namun tidak dapat juga sampai ke muka hujung. Kemahuan yang memuncak kala ini untuk membaca sesuatu menjadikan aku duduk diam sambil membaca aksara demi aksara yang pengarang tuliskan.

kata pengarang, Puan Roza...

"Travelog Cinta Abadi: Masa yang Berlalu secara terbatas, mengajak khalayak supaya berfikir, sekecil mana peristiwa kehidupan yang dihadapi oleh manusia, ia adalah kepunyaan Allah. Kita hanyalah insan kerdil yang pasti menghadapnya, lalu kekal selamanya dalam satu kehidupan baru. -[m/s xxxi]

Lalu aku menyusur satu demi satu kisah yang pengarang paparkan. Membaca sambil dialun perasaan yang dirasa pengarang. Tersenyum apabila terkenang kenangan yang pernah aku lalui, terimbau segera ingatan-ingatan untuk dalam jemala kepala.

sungguh, sekecil mana peristiwa ada ibrah yang bersamanya. Susah atau mudah, sediah atau ria. Kisah ini kisah seorang anak yang menjalani dunia kecilnya hinggalah menjelang remaja. Dilaluinya kehidupan dengan harapan dan keyakinan kepada Allah hingga tidak putus doa bermain di bibir.

Dalam usia kecil menggalas tugas seorang ibu nyata cepat mematangkan seseorang.

Sungguh, travelog menyentuh sanubari ini membuka dimensi fikir untuk aku sendiri. Sedang kita laju bergerak ke depan, kehidupan lalu jangan dilupa. Anak generasi depan tidak lagi punya pengalaman yang kita lalui pada masa kita membesar. Dengan menjilidkan ia menjadi sebuah buku, maka anak itu sekurangnya belajar daripada kehidupan silam kita.

Mengambil ibrah daripada sekecil-kecil perkara hinggalah yang besar-besar.

Selamat membaca. Sungguh, travelog cinta abadi mengingatkan diri untuk terus dan terus menulis dan mencoret kenangan dan memori agar ia tidak luput ditelan masa.

selesai.

Nota Sebelum Titik: kenangan.

Kalamullah.

al Quran bisa jadi saksi.

Dr Sofiah menyampaikan kuliah, merdu suaranya menceritakan tentang sejarah penurunan al-Quran. Dan aku mahu memanjangkan pengajaran beliau dalam diari ini supaya ilmu yang beliau sampaikan tidak terhenti hanya takat ini.

Penurunan al-Quran sekaligus
Dalil Naqli:
1. Bulan Ramadan adalah (bulan) yang di dalamnya diturunkan al-Quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-pernjelasan bagi petunjuk itu dan pembeda (antara yang benar dan yang batil)… (al-Baqarah:185)

2. Ha miim. Demi kita (al-Quran) yang jelas. Sesungguhnya kami menurunkannya pada malam yang diberkahi. Sungguh, kamilah yang member peringatan. (ad-Dukhan:1-3)

3. Sesungguhnya kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam Qadar. (al-Qadr:1)
Berdasarkan dalil-dalil naqli ini, ketiga-tiganya menunjukkan al-Quran diturunkan pada satu malam –lailah mubarak (ad-Dukhan:3) merupakan malam al-Qadr (al-Qadr: 1) pada bulan Ramadan (al-Baqarah:185)-.
Dalil ini adalah yang menceritakan bila ALLAH menurunkan al-Quran secara menyeluruh… Daripada lohul mahfuz ke langit dunia…

Terdapat dua peringkat penurunan al-Quran
1. Lauhul Mahfuz ke Baitul Izzah iaitu di satu tempat bernama Baitul Izzah secara menyeluruh
2. Dari Baitul ‘Izzah kepada Rasullullah secara berperingkat selama lebih 20 tahun,

Berdasarkan dalil di atas, kita semua yakin tentang penurunan al-Quran secara menyeluruh namun masih ada persoalan tentang penurunan al-Quran pada Rasullah.

Sebelum menutup bicara, molek juga aku nyatakan di sini, dalam kita membicarakan hal-hal ghaibiat –yang tidak terlihat oleh mata zahir- ada tiga kaedah yang boleh diikut.
1. Al-Quran
2. As-Sunnah
3. Kata-kata sahabat

Wallhu’alam.

Nota Sebelum Titik: nota ulum al-quran.

28 November 2010

Tertulis.

Tulislah selagi Allah pinjamkan 'deria' dan 'ilham'. Nikmat boleh ditarik bila-bila.

Masih ada aksara  yang mahu mahu dibebaskan dari sarang rasa. Lalu, jemari terus bergerak atas papan kekunci.  Senggang cuti inilah saya dapat mencari dan berkongsi lebih banyak perkara hasil kelana aku dalam dunia maya.

Lama aku tidak menjengah blog ibnu ahmad al kurauwi, penulis 'Rindu Cinta Ramadhan' ini. Malam, ini aku menaip nama ibnu ahmad al kurauwi pada laman google hingga menemukan aku kembali dengan blog beliau.

Aku terjumpa kalimah ini dalam artikel beliau bertajuk menulis tanpa tangan?

"Saya sering ditanya oleh rakan-rakan; “Bagaimana mahu menulis?” Secara seloroh saya menjawab; “Tulislah dengan tangan!” Mereka tersengih disindir. Pembaca yang membeli novel-novel saya kemudian meminta menurunkan tanda tangan, tentu biasa membaca tulisan saya dengan kata-kata; “Andai menulis, tulislah dengan hati. Agar dari hati turunnya juga ke hati!”.  Ya, pada hemat saya, Nick Vujicic berjaya merentasi tasik bukan dengan tangan dan kakinya, tetapi dengan hatinya. Begitu juga dengan kita. Andai kita menulis dengan hati, kita sebenarnya tidak memerlukan tangan. Di mana ada kemahuan, bukan? - al kurauwi

Menulis dengan hati. Kedengaran sangat mudah, namun tidak semua yang disampaikan pengarang akan diterima baik oleh penerima jika yang disampaikan itu tiada 'rasa'. Kata-katanya walaupun hebat, tidak meninggalkan kesan. Tetapi ada sebahagiannya ditulis bisa terkesan di jiwa. Bicaranya buat kita secara langsung masuk ke dalam isi yang mahu disampaikan. Baca blog ini.

Petang tadi, ketika melihat senarai blogger yang mengemaskinin laman mereka, tulisan ini: perkongsian: blogger=da'ie membuatkan aku mengulang bacanya sebanyak dua kali kerana merasakan ia pesanan yang penting untuk diri yang suka menulis blog.

"Blog yang nak sebar Islam, tak semestinya perlu dalam bentuk artikel dan sebagainya. Puisi pun boleh, cerpen pun boleh, novel bersiri pun boleh, diari pun boleh, pengalaman pun boleh, macam-macamlah." Langit Ilahi.
"Maka, janganlah kita anggap blog kita sebagai ’satu tempat mengajar orang lain’, tetapi lihatlah blog kita sebagai ’satu medan memperbaiki diri, dan mengajak orang lain ke arah yang sama’. InsyaAllah, manfaatkanlah minat berblog ini. Jadilah Da’ie yang berblog. Bukan sekadar blogger yang berdakwah."-Hilal Asyraf

Beberapa hari lalu, aku tertarik dengan tajuk entri kak fynn jamal : mereka ujar ajarkan aku menulis lalu katanya yang ini aku simpan.

"tidak sukar untuk mendapatkan jiwa dalam menulis. cuma perlu jujur dan benar2 yakin yang sudah sehabis jujur perasaan dicurah ke dalam tulisannya. lain orang ada lain cara hidupnya, maka kenapa perlu kita tiru2 gaya marah orang, gaya cinta orang, gaya kosong orang? melainkan kita benar2 tahu apa kita rasa dan kebetulan pula sama dengan sesiapa, jangan sekali2 dipaksa jiwa untuk memperakui sesuatu yang tidak dia rasai."- fynn jamal.

Titik. Peringatan untuk diriku yang sering lupa... 

Nota Sebelum Titik: hadirnya hati itu penting dalam proses menulis.

Mencari spirit menulis.
11.50p.m/28-11-2010
Qamar Jamilah, Mahang. 

Durrah Nur Aqilah:dia enggan ke usrah.

kalau kita sayang sahabat kita, kita akan tarik kalau dia tergelincir, kan? [gambar koleksi penulis]

Aku pandang muka dia, mahu kepastian. Sekarang aku lihat kegembiraan dia luar biasa, namun pandangan matanya kosong. Sinar pada matanya sudah hilang. Spirit dalaman dia pudar kerana dia terasing sekarang. Dia menjauhkan diri dan hidup sendiri.

Dunia dia.

Aku mulakan bicara kami dengan pertanyaan yang bermain di minda sejak melihat dia makin mendiamkan diri..

"Mengapa kamu tiada dalam usrah seperti selalu?"

Semalam dia bercerita pada yang dia enggan menyertai usrah. Perkumpulan untuk kembali mengecas hati-hati kami dan membina diri. Dahulu, walau jarang dia akan sama-sama ada dalam usrah. Sekarang tidak lagi. Dan tiada yang menyoal dia hingga dia terus menyepi.

Aku tidak senang dengan keadaan ini. Dia mahu hidup bersendiri.

Doaku: "Kuatkan dia untuk hidup bersendiri sedang manusia itu dicipta dengan kemahuan untuk bermasyarakat. Sifir kehidupan perlukan kita untuk saling membahu."

Kuatkan dia bersendiri? Bukankah kambing yang bersendirian lebih mudah dimakan serigala daripada kambing yang bersama dalam satu kumpulan.

“Mengapa kamu tidak lagi ke usrah. Kasihan mereka menjemput.” Aku menyoal sekali lagi setelah dia hanya diam.

“Awak, saya jahat. Saya sombong dengan orang. Saya malu nak berhadapan dengan sahabat yang punya mata bercahaya itu. Saya bukan orang baik.”

Dia tunduk.

Mata berair.

Katanya dia enggan ke usrah. Tidak mahu melibatkan diri apa-apa dengan usrah kami. Dia mahu menuntut ilmu, tapi dia menolak kata hati yang mahu dia bersama-sama ke usrah. Dia tidak mahu melihat wajah-wajah jernih itu. Dia malu kerana dia insan yang banyak dosa dan jahat, jahil dan sombong.

“Bukankah usrah akan menjadi tempat untuk kamu perbaiki diri?

Dia makin tunduk. Kata dia, dia tidak kuat. Dia lemah ditanya macam-macam. Dia boleh berusrah jika hanya dia dan naqibah. Tiada orang lain. Ah, dia individualistik. Zaman sekarang mana boleh hidup sendirian. Perlu kehidupan bermasyarakat.

“Kamu ingat senang nak hidup seorang di UIA? Banyak yang terjadi.”

Dia makin menunduk hingga menjadikan aku resah.Namun keresahan berakhir apabila dia mula bercerita...

Katanya dia tidak kuat, tapi dia  keliru bagaimana  mahu ‘memasukkan’ diri  dengan ahli usrahnya yang lain.

Aku jadi tertanya. "Mungkinkah hatinya pernah terluka? Mungkinkah diri dia terasa dengan siapa-siap?"

.Entahlah.

Aku tidak punya jawapan. Pernah terjadi perbualan ini antara kami.

AKU: Awak, Mengapa suka benar diturut kata hati?
DIA: Hati aku sudah terlalu kelam hingga nur enggan meresapi.
AKU: Bagaimana jika awak cari orang yang dapat menerangkan?
DIA: Aku sudah tawar hati...

Apa lagi yang dapat aku katakan tentang dia?

Sahabat nan seorang ini benar-benar mahu melarikan diri.

Kata dia lagi, tidak mahu dikata nanti sebagai fitnah pada mereka kerana akademik dia tidak bagus. Mahu menjadi pejuang tapi dalam kelas masih tidur. Dia tak sempurna macam orang lain. Dia masih dipengaruhi kata-kata persekitaran. Sekarang dia malu dengan mereka. Dia malas belajar. Dia punya akademik teruk. Dia tak ada apa-apa melainkan diri sendiri.

Kata dia, “Aku ada dunia lain. Aku segan untuk bersama ahli usrah lagi. Mereka orang baik.Kamu orang baik. Tapi kamu lain.  Dunia aku, hanya ada aku dan duniaku. Aku hanya mahu kamu. Cukup  kamu ada di sisi untuk nasihatkan aku.

Akhirnya aku hanya terkedu.

Mampukah?

“PERLUKAH MENJADI ORANG YANG SEMPURNA ATAU PERLU MENJADI SEORANG YANG BELAJAR MENJADI YANG TERBAIK???”

Percikan kenangan: kawin kawin.

Majlis kahwin.
 Majlis perkahwinan yang berlangsung kiranya menjadi medan terbaik untuk sanak saudara berkumpul. Ketika inilah ibu saudara yang jauh bertandang. Sepupu sebaya dapat mengenal setelah jarang bersua. Malah, majlis perkahwinan mengumpulkan semula teman-teman dan riuh sekampung berhari-hari menyediakan persiapan perkahwinan.

Baru pulang majlis perkahwinan Nakhaie, jiran sekampung. Terkenang nostalgia majlis perkahwinan. Lalu, aku mula menaip diiring Maher Zain dengan lagunya , barakallahulak.

Aku masih ingat pengalaman dua kali diadakan majlis perkahwinan di rumah pada tahun 1999 [kakak sulung] dan 2002 [kakak kedua]. Meriah ketika itu dengan penduduk kampung berkumpul untuk sama-sama buat kerja dan meraikan majlis perkahwinan itu. Khidmat yang digunakan adalah penduduk kampung yang menjadi mentara [tukang angkat hidangan] berbanding sekarang banyak yang selesa menggunakan khidmat catering. Ketika majlis kenduri, ada tempat makan yang dipanggil balai. Tetamu akan makan ramai-ramai di situ.. Melihat kesungguhan pakcik-pakcik menyediakan masakan, menyiapakn air, menanak nasi dan ibu-ibu menyiapkan jelatah dan ulam... kemudian sama-sama berganding bahu menghidangkannya buat tetamu. Hidangan bertalam. Mungkin tiada lagi kelak.

^terkenang kenangan lagi.^

Dalam kesibukan penduduk kampung berkumpul itulah yang lama tidak berjumpa kembali dekat, sepupu sepapat datang rumah dan berkumpul sama-sama. Melekat bunga telur dan memasukkan telur dalam kotak. Itu zaman dua orang kakak aku. Sekarang aku nampak tradisi bunga telur makin pupus. Biasanya anak-anak mendapat gula-gula dan bagi yang dewasa mendapat kuih yang dibungkus. Ya, masa berubah dan keadaan tidak sama. Turut terasa percikan perubahan itu.Ada juga bungkusan-bungkusan kuih yang disiapkan untuk mentara dan penduduk kampung yang telah mencurah tenaga. Biasanya turut ada tuala sebagai cenderamata.

^untuk kesat peluh.^

Melihat persiapan  aku tidak lupa melihat bilik pengantin, melihat orang membuat hantaran.. Syukur, di kampung terpencil ini pelamin segala bagai bukanlah suatu keutamaan hanya disediakan ruang untuk pengantin makan.

Ah, ianya kenangan yang kekal dalam ingatan. Malam kenduri semuanya berjaga dan pengantin dipakaikan inai.

Aku teringat kisah hantaran yang diterima oleh kakak aku. Buah kelapa atau dipanggil 'nyiok' oleh orang Kedah. Alkisahnya kakak aku dinikahkan dengan orang berketurunan Banjar dan kami tidak arif adat masyarakat Banjar. Melihat buah kelapa yang dijadikan hantaran, maka kami menggunakan ia untuk masakan. Mahu tahu apa tujuan buah kelapa itu? Ditanam bagi menandakan tarikh mereka disatukan. Hm.. Lain padang, lain belalang...

^menunggu majlis untuk kakak seterusnya pula..  tentu beda suasananya.^

titik

Dalam kita ghairah dan rasa gembira untuk menyambut kedatangan 'orang baru' dalam keluarga, semoga kita tidak lupa perintah Yang Esa. Bukannya kita melampau dalam menyiapkan persediaan kahwin dan bertabarruj. [naudzubillah...] Keutamaan menjemput majlis kahwin ialah orang yang kurang mampu dan bukannya sekadar orang yang punya wang. Hm, jika dibuat di hotel bagaimana ya?

aku jadi teringat pula perbualan dengan pemandu teksi ketika dalam perjalananke majlis perkahwinan kawan aku Norihan. Ketika itu aku bersama Ainul Salasiah.. [ayat versi aku]

"mau pigi mana?" 

"kenduri kahwin."

"Oh, sudah sedia angpau la."

Menurut pemandu teksi yang berketurunan cina, mereka perlu menyediakan wang dan membayar bagi setiap kepala yang menghadiri. Mungkin sahaja mencecah seratus seorang mengikut tempat majlis diadakan. Jika bagi kami masyarakat kampung di Kedah, ada seringgit dalam sampul itu sudah banyak. Tidak kisah juga jika bertangan kosong. Satu kebiasaan yang aku lihat ketika mak cik-mak cik datang ketika kenduri ialah mereka menyedekahkan beras.. gula...

Syukurlah kita dapat makan percuma dan menyambut silaturahim ketika majlis kahwin. Semoga Allah berikan keberkatan bagi tuan rumah yang menghidangkan makanan...

Hm, pengantin sekarang atas pelamin boleh sembang, pegang telefon... [haha, motif apakah aku berkata begini? Hanya teringat pengantin dulu yang malu-malu miau. =] ]

Nota Sebelum Titik:kawin-kawin. [novel azizi haji abdullah]

menanti hari itu,
3.39p.m/28.11.2010
Qamar Jamilah, Mahang.
Barakallahulak.

.suatu ketika. & detik ini.

kenangan.
Bismillahirrahmanirrahim...

Catatan ini aku nukilkan sebagai coretan buat diri sendiri yang makin jauh daripada dunia yang sepatutnya tidak aku tinggalkan. Sungguhlah, sekali kamu melarikan diri daripada daerah kecintaan itu, payah untuk berpatah dan mendapatkan semangat yang tercicir itu.Payah mahu bangkit. Kekuatan perlu dijana semula. Keberanian!

ya...

Aku masih ingat dulu. Ketika itu di rumah tiada komputer apatah lagi komputer riba. Lalu, kegemaran aku membaca majalah kakak + novel yang dicuri-curi baca + dorongan hati yang mahu menulis membuatkan aku suka menconteng. Ketika belum bersekolah menconteng diri seperti kebanyakan kanak-kanak. Kemudiannya menconteng buku latihan sekolah dan pernah sekarang atas kertas peperiksaan. Ah, rontaan kata yang mahu dibicara manakan bisa dipaksa untuk mengalir. Datangnya tidak kira masa.

Tulisanku ketika itu hanya main-main. Menulis untuk kepuasan sendiri sebenarnya. Kadang-kadang rasa benci, rasa tidak suka yang tidak terluah, aku suka lontarkan pada kertas bisu kerana mulut ini kaku. Lalu ia menjadi terapi buat diri.. =)

Bermula dengan karangan, aku cuba menulis cerpen dan kononnya membuat novel. Ah, apabila dibaca semula ia hanya contengan picisan yang mendasar kepada cinta suami isteri. Ha, inilah penangan novel cinta dibaca oleh pelajar sekolah menengah. Imaginasinya akan sampai ke zaman itu lalu diterjemah dalam tulisan.

Apabila ada komputer di rumah, barulah aku cuba menaip. Keberanian timbul untuk menghantar ke majalah dan alhamdulillah, sekali percubaan menghantar, setelah tiga bulan ia tersiar..

Di situlah bermula....
Dan peluang datang.

Tetapi mengapa keberanian itu makin hilang?

Bercerita dalam blog satu kepuasan. Hah, adakah ia membuka pekung di dada?

Berkenalan dengan dunia blog, aku lebih senang menempel tulisan aku dalam blog. Seingat aku dahulu semua yang aku rasa. Bahasanya hancur. Penuh dengan singkatan dan bahasa percakapan harian aku. Bagaimana mahu menulis dengan serius jika menggunakan bahasa begini. [ya, ini pendapat aku. Untuk belajar menulis kita perlu belajar menulis menggunakan bahasa yang betul kerana ia akan punya kesan dalam setiap penulisan kita. Biasakan yang tidak biasa agar ia menjadi biasa.]

Asyik menulis blog menjadikan aku hilang semangat untuk menghantar karya ke syarikat penerbitan. Walaupun selepas menhadiri minggu penulis remaja, aku masih aku yang semangatnya makin luntur untuk menulis dalam media cetak.

Aku mula tinggalkan cerpen dan menulis puisi kerana ia mudah untuk dihabiskan.

Akhirnya, kini aku tidak dapat menghabiskan walau sebuah cerpen. Hingga kini.

ya, itulah yang mahu aku tulis!

Keberanian dahulu hilang...

2010 berakhir dengan hanya dua kali namaku tersiar di majalah. Ah, mana bisa namaku ada lagi jika aku 'MALAS' untuk menghantar ke majalah. Aku sudah asyik menulis blog hingga tidak menulis. Rasa karya aku tidak punya kualiti menjadi tembok, sedangkan dahulu aku boleh menghantar sedangkan itu juga tulisan aku.

semangat, kembalilah!

Baca apa Puan Nisah Haron catat dalam blognya...

"Terbit di laman web ertinya karya atau tulisan anda itu sudah terbit dan sudah menjadi bentuk bahan. Tiada pihak yang boleh mengambilnya tanpa izin anda sebagai pengarang asal. Anda juga tidak boleh menghantar karya yang sudah terbit di blog atau FB ke media cetak yang lain seperti majalah dan akhbar.

Nota : Menerbitkan tulisan yang dihimpunkan dalam blog sendiri atau koleksi status Facebook sendiri, misalnya, dalam bentuk buku oleh pengarang/blogger itu sendiri dibenarkan kerana datangnya dari pengarang yang sama.

Lebih buruk lagi perangai penulis yang karyanya sudah terbit di majalah pada bulan ini, kemudian terus diterbitkan SEPENUHNYA di blog sendiri sebelum tempoh pengedaran majalah berakhir. Ertinya, tulisannya tersiar di dalam majalah ABC edisi November 2010, belum pun habis bulan November ini, dia terus sahaja menyalin dan menampal tulisan yang sama di blognya. (Bukankah dia ada softcopy yang boleh digunakan semula setelah dihantar kepada editor.) Oleh itu, pembaca blognya tak perlulah membeli majalah berkenaan kerana boleh sahaja dibaca di blognya. [baca di blog puan Nisah Haron. (link)
Justeru, jika menulis puisi dalam blog, aku boleh tidak menghantar ke mana-mana lagi. Lainlah aku hantar ke majalah, setelah tamat tempoh, aku siarkan semula..

Diri, kembalilah menulis dan sebarkan tulisan itu dengan menghantarkannya ke media cetak. Sungguh, dalam sepuluh mungkin hanya satu tersiar, tetapi yang penting bukankah kamu telah mencuba. Di mana keberanian yang kamu ada dahulu.

Seseorang yang menulis diari itu berani, tetapi bila dia menulis blog, dia lagi berani. Seorang yang menulis blog itu berani, tetapi mereka yang menembusi akhbar dan majalah itu lebih berani. Bukankah dengan menulis dalam lingkup yang lebih besar maknanya kita membuka diri [karya] untuk dikritik. Orang takut tidak mampu lakukan ini. =]

Maka, wahai diri... berdoalah agar kekuatan dan keberanian itu kembali. Berharaplah semangat itu akan ada semula. Tidak penting apa yang kamu hantar tersiar atau tidak yang penting kamu telah usaha. Hantar karya itu ke majalah atau akhbar.

Okey?? =)

Janganlah kamu biarkan pinjaman Allah itu sia-sia wahai kamu yang Allah pinjamkan bakat... kembangkanlah... Selagi kita tidak masuk dalam dunia itu kita tidak merasa.

Titik

wassalam.

Nota Sebelum Titik: Baca ini untuk ingatkan diri
 [1]
[2]
[3]
[4]
[5]
[6]
[7]

kembalilah.
5.59am/ 28.11.2010
Qamar jamilah, mahang.
Airmata keinsafan, The Zikr

KANTAN.

Kantan depan rumah.

"anak, ini bunga kantan." Hah! ketika itu mungkin anak aku tidak pun mengenal tumbuhan kampung sebagaimana aku yang generasi kini payah untuk mengenal pokok kampung.

Hari ini aku mahu bercerita tentang bunga kantan. Aku terjumpa laman ini, :Segalanya Tentang Tumbuhan: .  berkaitan pokok-pokok, aku merjuk ke sana. Sangat bagus untuk mencari tentang tumbuhan. Macam-macam  ada termasuklah tulip. =]

Jangan tidak tahu yang kantan bukan hanya nama tumbuhan namun nama tempat yang letaknya di Kajang. Sungai Kantan. Malah ada sekolah di situ namanya sekolah Agama Sungai Kantan. Setelah melihat di google map, aku tampalkan di sini sebagai bukti. ^nanti aku cari daun mahang pula.^

Kantan dikatakan asalnya dari Malaysia dan tumbuh meliar terutamanya di tanah lembap. Benar, tanamnya mudah dan tidak perlu penjagaan rapi. Aku pernah mendengar bapa saudara aku mengatakan yang perniagaan bungan kantan juga ada tempat dalam pasaran. Sebatang bungan kantan dijual secara pukal pukal lima puluh sen.. (kalau tidak silap..) dan bunga ini bukannya sekuntum bungan sebatang pokok..

Baik, kita lihat pula apa gunanya pokok yang bernama kantan ini. Paling utama dan yang aku tahu bunga kantan dijadikan perisa dalam kuah laksa. Sekuntum bungan dipotong empat dan dimasukkan dalam kuah laksa. Boleh guna dipotong kecil-kecil dan dibuat ulam iringan untuk laksa.

Juga, dikatakan bunga kantan adalah sebahagian ulam untuk nasi kerabu dan masak asam.

Selain itu, bunganya boleh dicelur dan dimakan bersama sambal belacan.

^kecur air liur...^

Batangnya boleh digunakan untuk mengubat bengkak-bengkak, selain ubinya dijadikan perisa dalam makanan.

Bijinya digunakan sebagai ubat sakit telinga.

Akhir sekali bunganya digunakan dalam jambak bunga. {aku tak tahu kebenarannya.}

Apa yang kita boleh belajar daripada pokok kantan ini?
Pokok kantan mempunyai sikap berdikari apabila dia tidak bergantung kepada penjagaan rapi untuk meneruskan hidup. Walaupun tumbuh meliar, seluruh tubuhnya boleh kita manfaatkan.. Lihatlah, daripada batang hingga ke ubi...

Bagaimana aku?

Wassalam....

Nota Sebelum Titik:aku ada cerita dengan daun kari.. =] Hm, kenangan tu. Nanti nak cari pokok daun kari {daun karipulai}...

tentang pokok sekeliling rumah.
12.54am, 28.11.2010

27 November 2010

Mengenang.

Setiap anak istimewa. [kredit gambar: http://www.taarezameenpar.com/ ]
Jemari terus menari.... selagi 'rasa' itu ada baiklah saya mencatat apa yang mahu dibicara...

Sedari siang tadi memikirkan tajuk ini.Saya jadi teringat filem yang saya tonton berulang kali itu. "Taare zameen par". Bukan saya mahu mengulas atau menjadi pengkritik kepada filem ini, sekadar bercerita...

Anak. Saya tidak punya pengalaman menjaga  adik, lalu apabila melihat anak saudara sulung melayan adik-adiknya, saya terfikir sendiri.

"Anak sulung dan anak bongsu beza benar." Rasa tanggungjawab dan perasaan itu beda. Itu saya pasti.

kerana perbezaan yang adalah anak tidak boleh dilayan sama semuanya. Mungkin anak sulung suka warna biru, anak kedua minat warna hijau, anak ketiga suka warna merah. Jika semuanya diberi warna yang sama merajuklah ia. Seni menjaga zuriat itu juga penting.

^apakah aku membebel, belum sampai maksud. ^

 Cuba tulis lagi...

Saya suka melihat jika keadaan di sekolah. Dalam sebuah kelas yang jumlahnya 30 orang punya 30 ragam yang tidak sama. Lalu, bagaimana jika seorang guru melayan semua anak didiknya itu sama rata. Sedang dalam kelas itu ada yang senang menangkap  isi pembelajaran, ada yang sedikit lemah, ada yang fikirannya cepat terbang. Bukan semua murid bisa menterjemah apa yang dirasa.

Lalu, saya teringat lagi kepada watak Ishaan itu. 

Gurunya menganggap semua murid sama. Lalu Ishaan yang lambat menangkap pelajaran itu ketinggalan dan tidak mampu membina diri kerana tidak ada sesiapa yang mahu mendekati dan cuba mengorek masalahnya. Hiduplah dia sebagai seorang yang hilang semangat hinggakan minatnya dalam lukisan tercantas kerana sebuah kesedihan. 

Sedangkan Ishaan punya bakat yang sangat besar dalam bidang lukisan. Kerana memberontak dengan keputusan ayahnya yang menghantar anaknya itu ke sekolah berasraman, dia hilang semangat.

anak yang diherdik dan diberi layanan yang kurang baik oleh ibu bapanya membentuk personaliti yang suka memberontak. Gusar hati yang tidak terluah tercurah pada bukan tempatnya. Lalu, jadilah ia seorang anak nakal.

b****, S***** dan yang seumpama perkataan yang sama maksudnya jika diucap kepada seorang anak akan tidak akan membina anak itu. Anak kecil perlu disuburkan dengan kata-kata yang baik. Ucapan yang dapat membina dirinya. Tetapi perkataan itu banyak dalam dialog drama yang ditonton hari-hari. Kalimah itu sudah jadi biasa.

^sedih^

Ah, tanggungjawab seorang ibu dan ayah bukankah sangat besar?Namun memang saya tidak tahu bagaimanakah besarnya tanggungjawab itu dan merasa bebannya, sekadar berkongsi apa yang dirasa setelah berulang kali menonton "taare zameen par" itu.

hm...

^Seseorang tidak akan merasa selagi belum berada dalam kalangan mereka. Senang sekali bicara, itulah aku sekarang. Aku belum punya anak, sekadar memerhati dan bercakap. memang senang.. Susun sahaja ayat dan terus tulis.^

Ibu bapa yang melihat setiap anak berbeza akan melayan anaknya bukan semuanya sama. Adil itu bukannya sekadar bahagi semua benda sama, namun meletakkans sesuatu kena pada tempatnya. Tidak mungkinkah kerana mahu adil, anak lelaki dan perempuan kita berika baju kurung. Itu zalim.

Seorang ibu bapa itu perlu melihat anaknya berbeza. Bukan melayan anak sulung, tengah dan bongsu dengan layanan yang sama. Ajaran dengan hikmah lebih berkesan daripada rotan dan tengkingan.. pandangan saya... 
Sekian.
 
Nota Sebelum Titik: maaf kerana aku sendiri tidak pasti apa yang ditulis. Mahu juga meluah apa yang mahu ditulis jemari...

potensi perlukan bimbingan,
10.49p.m, 27.11.2010

[Kataku Tidak Bebas]

Aksara, terbanglah! [gambar koleksi]
Sejak bercuti, kataku seakan tidak bebas berlari. Ada sahaja rasa-rasa tidak enak membantutkan kehendak hati yang mahu menulis setulusnya. Berulang kali dipadam-tulis apa yang mahu dikata. Sedang aku lebih suka membiarkan segala yang ingin dibicara bagaikan air sungai yang mengalir tanpa halangan.

Aku menulis sedikit, ada rasa tidak percaya dengan tulisan sendiri datang. Lalu, aku padam segala manuskrip yang pernah aku nukilkan sebelum ini. Mudah sahaja aku menampalkan ia di tempat lain pula. Tidak lama, rasa sayang kembali, lalu aku mengutipnya kembali. Ah, mana bisa aku biarkan sahaja kalimah-kalimah itu terpadam daripada memori ingatan. Bukankah kataku, manuskrip ini adalah harta yang aku tinggalkan untuk kenangan aku dan yang tersayang? Biarkan sahaja apa yang aku tulis ini cerita aku, contengan aku, luahan aku... Apabila aku bacakan semula, bukankah ia menjadi satu jalan untuk memandang dan muhasabah diri sendiri?

Memandang kepada kelebihan orang perlu bagi meningkatkan diri sendiri. Tetapi, jangan sampai rasa percaya pada diri sendiri hilang dan terasa seperti tiada apa-apa. Alah tidak jadikan kita sia-sia!

Itulah yang aku rasa!

Aku pejamkan mata sambir memikirkan hal ini... Mengapakah kata aku tidak lagi bebas ternukil?

Aku terasa yang selama ini aku hanya menumpahkan rasa. Jika dalam mazhab sastera mungkin penulisan aku kebanyakannya bersifat romantis! Ya, tulisan yang bersandar kepada emosi berbanding isi. Lalu aku cuba mahu mengubahnya menjadi sebuah tulisan yang paling tidak ada ilmu yang dikongsi.

=(

aku rasakan tulisan itu bukan datang dalam diri. Aku tidak mampu membicarakan sesuatu yang jauh dengan aku. Adakah aku mahu jadi seorang yang hanya tahu tahu bercakap dan bercakap (menulis dan menulis) tanpa aku yang lakukan apa yang aku kata? Ya, hati, akal, dan jasad perlu seiring dalam menjalani hari. Jika tidak, apa yang disampai payah lekat pada yang menerima.

Lalu, aku berpatah semula. Biarlah bicaraku hanya kongsi apa yang aku rasa. ^ada aku kisah?^

Jika aku tidak tuliskan di sini, ianya akan terus pergi tanpa aku ada ruang untuk menilai kembali apa yang telah terjadi kepada seorang diri ini. Lalu, biarkan kata yang mahu diluah terus ternukil di sini.

ya, aku menulis supaya ada ruang untuk aku nilai diri sendiri. Juga apresiasi kepada yang sering berjasa pada diri. Bagaimana lagi mahu aku tampilkan rasa itu setelah aku gagal menampakkan kata yang terzahir? Bukankah jemariku lebih cepat daripada lidahku yang berkata?

 Sudah!

Sekadar mahu ingatkan diri sendiri. Ya, aku mahu terus membiarkan kata yang mahu terluah tidak terikat dengan rasa yang satu itu. Biarkan katamu terbang bebas.. Infiniti... Kerana perbezaan yang ada pada kitalah yang mendekatkan kita. Kelabulah dunia jika semua sama.

=)

Nota Sebelum Titik:"every child is special. :) " -taare zamen par. 

menulis rasa,
02.15p.m@27-11-2010
Qamar Jamilah, Mahang 

Disember Hlovate ada buku baru? baca sini [blog hlovate yang diupdate]

versus [sumber gambar sini.]
Dulu ketika orang lain membicarakan karya Hlovate yang ada dalam softcopy, saya tidak mengendahkan fenomena itu. Walaupun saya pernah terbaca cerita itu, saya hanya pandang sepi kerana bahasanya yang sempoi itu. Segalanya berubah setelah saya bersahabat dengan habibah. Beliaulah yang memperkenalkan saya dengan nama ini. Maka, jadilah saya seorang 'peminat karya hlovate'.

"Oh, saya sudah jatuh hati dengan gaya cerita beliau."

Saya tidak mahu nukilkan kisah siapa beliau. Memang Hlovate seorang yang sangat low profile kerana tidak penting siapakah hlovate, namun karya beliau memang menyentap jiwa. Terutamanya anak remaja yang sangat gemarkan bacaan yang tidak memberatkan fikiran mereka. Tidak terkejut saya lihat lelaki juga 'layan' cerita Hlovate. Di situlah letaknya kekuatan cerita Hlovate.

Apabila sudah minat dengan karya penulis, saya suka mengumpul koleksi dalam bentuk buku bukannya soft copy. Maka, satu demi satu novel beliau saya beli hingga mencukupkan tujuh buah semuanya. Terasa lagi puas membaca novel dalam bentuk hard copy begini. =]

Novel Hlovate dalam hard copy:
  1. 5 Tahun 5 bulan
  2. [tunas]
  3. aA+bB
  4. Rooftop Rant {pilihan saya}
  5. Versus {pilihan saya}
Novelet:
  1. Schubert's Serenade [Tiga Ceritera dalam sebuah Gurindam Jiwa]
  2. Ked's Story [Tiga Ceritera dalam sebuah Pelangi]
Sebenarnya teringin untuk mengulang baca novel-novel Hlovate tetapi semacam ada buku lain yang tidak pernah disentuh perlu saya belek. Mendengar perkhabaran yang ada cerita baru Disember akan datang, saya jadi tidak sabar menunggu.

Sungguh. Terima kasih Hlovate! Menghidangkan kami dengan 'cerita luar alam'.

Sudah saya membebel. Masuk sedikit yang punya makna..

Jamilah, apa istimewanya cerita Hlovate:
  • bahasa yang anak muda faham [bahasa yang menngunakan percampuran begini ada pro dan kontra. apabila bacaan begini menjadi bahasa bualan pula. tidak sesuai untuk yang akan mengambil kertas bahasa melayu upsr, pmr, spm, spm Julai, stpm, dan seumpamanya. Saya layan apabila Hlovate yang tulis guna bahasa begini. Secara tidak langsung, ada juga perkataan English yang belajar. :)]
  • Letak agama nombor satu [seorang watak kalau nakal setara mana sekalipun, akhirnya dia akan kembali kepada Allah. cikai mana pun watak, agama tetap ada.]
  • bercerita tentang pelajar luar negara [ini cerita kegemaran saya. novel berlatar belakang luar negara. enjoy!]
  • gaya bahasa yang tidak memaksa. [dalam watak-watak yang hlovate bina, didatangkan teladan dalam peribadi bukannya dihidangkan ulasan berjela. Pembaca tidak merasa terpaksa tetapi. terdorong apabila melihat watak yang punya teladan yang baik.]
EMPAT. Cukuplah saya menggoreng pagi ini.

Penutupnya, saya setuju jika ada yang berkata bacaan membetuk peribadi. Luaskan makna membaca itu... =] Bukankah iqra' itu bukannya bermakna 'baca buku' sahaja?

Wassalam.

Nota Sebelum Titik: there're times when strangers are like family, and family are like strangers. -Rooftop rant, Hlovate.

26 November 2010

PEMALU.

Belajar daripada pohon semalu.

Jemari  mahu meneruskan kata. Jika sebelum ini aku bicara tentang senduduk, kali ini aku mahu belajar tentang tumbuhan yang bernama semalu ini.

"kamu, tangkap gambar ni. Kak nak buat kajian. Sebelum dan selepas." Petang itu aku mengikut kakak dan tiga anak ciliknya ke kebun. Dalam perjalanan pulang, kakak aku ternampak pohon semalu yang meliar di tepi jalan. Lalu dimintanya untuk aku  menangkap gambar pohon semalu itu sebelum dan selepas disentuh oleh jemari kami.

Lalu aku terfikir akan apa pentingnya tumbuhan yang bernama semalu ini. Bukankah hadirnya hanya menghalang perjalanan kita meredah jalan. Boleh calar betis jika meranduk pohon semalu ini. Tetapi ketika membaca "Murabbi Cinta" karangan ustaz Hasrizal a.k.a Saiful Islam aku tersentak. Pohon semalu ada ceritanya. Boleh baca artikel itu di blog beliau... 

Aku salin sedikit di sini...
“Betul. Pokok semalu ini pokok perempuan.  Orang perempuan yang pakai tudung dan ada sifat malu, tidak membenarkan dirinya disentuh. Kalau orang nak sentuh, dia akan menutup dirinya,” si bapa mula berfalsafah. -saifulislam.com

Bacalah kisah antara Fatimah dan Nabi Muhammad di sini yang mengatakan bahawa wanita perlu mencontohi sifat yang ada pada pohon semalu. Kita -wanita- dapat belajar daripada pohon semalu tiga sifat ini...
  • malu
  • jaga maruah
  • pulang setelah senja.{pandai jaga diri}
Memang pohon semalu ini merupakan pokok untuk wanita kerana dalam sebuah laman kesihatan mengkhabarkan tentang khasiat pohon semalu kepada wanita. Boleh tekan laman ini.  

 Demikianlah alkisahnya si semalu yang kita pandang sepi itu. Sungguh pada setiap kejadian ada makna bagi yang memikirkan...

“Katakanlah: Adakah sama orang-orang yang mengetahui (berilmu pengetahuan) dengan orang-orang yang tidak mengetahui (tidak berilmu pengetahaun)? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.”
- Surah Az-Zumar, Ayat 9

Wassalam.

Nota Sebelum Titik:Belajar untuk memerhati.

Qamar Jamilah, Mahang.
10.25pm@26-11-2010
Tobat Maksiat-wali band.

Kenangan.

Mencetus Ingatan.

 Terasa ada lantunan memori lama datang dalam diri ketika membaca "Travelog Cinta Abadi" ini. Sungguh-Sungguh terbayang pula zaman anak kecil bergelar budak kampung. Sambil membaca teringatkan zaman itu..

Aliran ceritanya yang mengalir pada satu demi satu kisah yang dipaparkan menjadikan aku teruskan pembacaan hingga selesai. Aiskrim Malaysia, Kekabu, pucuk paku, lepat, pen pals... catatan kenangan yang dicatatkan dalam Roza Roslan dalam bukunya ini nyata mengembalikan kenangan itu... Tidak sabar menantikan jilid kedua catatan kenangan pula diterbitkan.

Maka, aku contengkan pula cebisan kenangan dalam Manuskrip Bawah Meja ini.. versi Jamilah...

*******************************************************************************
Ais krim Malaysia.
Saya tidak ingat bilakah saya mula mula mengenal batang aiskrim Malaysia yang berharga 10 sen sebatang ini.  Ketika itu tiada peti ais lagi dalam rumah sendiri. Jiran yang menjual aiskrim Malaysia dengan pelbagai perisa terutamanya oren dan milo sering menjadi sasaran untuk saya membeli. Di kedai runcit kampung juga ada menjualnya.

Memang sedap terutama menghisapnya ketika panas terik.

Apabila diganti dengan aiskrim jenama lain yang berharga RM1.00 dan ke atas tidak sama dengan keenakan aiskrim Malaysia yang hanya menggunakan air milo asli. Ketika aku ada juga aiskrim panjang seperti aiskrim  yang tidak silap namanya ais pop. Disebabkan isinya adalah pewarna rasanya tidaklah seasli aiskrim malaysia buatan sendiri.

Saya masih ingat ketika balik belajar mengaji di kampung sebelah, pasti akan dibeli aiskrim Malaysia ini sebagai bekal dalam perjalanan pulang.

Menunggang basikal sambil sebelah tangan dilepaskan untuk menghisap aiskrim Malaysia.

Manisnya...

Kekabu
Lihat nama kampung saya. "Kampung Bukit Kabu." Namun jangan pula diingat di kampung ini banyak pokok kabu yang ditanam. Dulu, depan rumah saya, ada pokok kabu yang bukan milik kami. Saya masih ingat ketika musim buah kabu pecah, dan kekabunya berterbangan, memang seronok. Memutih sahaja.

Maka, ketika itu saya mengikut Mak ke sawah yang kami panggil kepala bendang bagi menguktip buah kabu. Buahnya akan dipecahkan bagi mengeluarkan putih kekabu itu dan bijinya, lalu dijemur di bawah mentari terik. Kemudian, asingkan biji kekabu bagi dan diisi dalam kain batik.

Apabila ada keperluan -biasanya untuk membuat bantal dan tilam- maka, itulah gunanya kekabu tadi. Memang enak tidur beralaskan bantal buatan sendiri. Tidak perlu dibeli. 

Sekarang rasanya pokok kabu depan rumah ini tidak berbuah lagi. Dan generasi akan datang mungkin tidak mengenal apakah itu kabu? Yang tahu hanyalah kapas...

Pucuk Paku
Memang sedap nasi berulamkan pucuk paku. Tumbuhnya hanya meliar di paya-paya dan dikutip percuma. Cuma dahulu saya tidak pandai makan makanan hutan. Oh, saya jarang makan sayur. Pucuk paku sedap jika dimasak lemah. Ummph.... Terkecur pula rasanya.
Ada lagi tumbuhan hutan yang saya sendiri tidak kenal, namun punya khasiat sendiri. Pokok seperti pucuk kaduk, kapal terbang, mengkudu, pucuk sekentut, dan banyak lagi tumbuhan yang saya tidak kenal adalah ulam yang punya khasiat yang baik buat tubuh. 

Lepat
 ada lepat pisang, lepat ubi kayu, dan paling aku suka lepat liat. Lepat liat ini menggunakan tepung pulut dan agak liat. Terasa seperti makan chewing gum dan intinya adalah kelapa yang diparut dan garam. Memang sedap. Biasanya jika dibuat lepat pisang, akan ada juga beberapa biji lepat liat. Jika dimasak malam, esoknya baru dimakan. 

Pen pals.
 Melihat kakak yang ada orang menghantar surat untuk berkenalan, saya juga mahu. Maka, saya cari nama-nama di Didik dan Dewan Siswa untuk saya jadikan kenalan.Kak Halimatul Asrah merupakan teman pena pertama.

Teruja mendapat balasan, saya menghantar alamat ke Didik dan Dewan Siswa. Hasilnya, adalah surat-surat yang sampai ke rumah untuk berkenalan. Ketika itu, bukan zaman facebooking dan blogging dan sesaat sahaja sampai seluruh dunia.

Nostalgia menulis surat tetap terpahat. Kini semuanya sudah terputus hubungan melainkan seorang yang ditakdirkan satu universiti.

Zaman kanak-kanak tanpa masalah melilit dan yang difikirkan hanyalah sebuah keseronokan menikmati hari. Sungguh, masa yang Allah pinjamkan itu mana biisa diulang. Hanya kita boleh kembali sejenak dan ingat semula kenangan yang pernah tercipta lalu memikirkan betapa kasih Allah masih kekal buat kita.

Betapa seorang yang bernama Ayah bonda, Abi Ummi, Papa Mama tidak pernah mengeluh demi membesarkan zuriat mereka.. Kita... 

Sungguh benarlah pada setiap yang berlaku punya ibrah.

***************************************************************************
 Kembali ke zaman sekarang. 

Sudah sedekad zaman itu aku tinggalkan dan tidak semua dapat diimbau ketika aku cuba kembali ke daerah itu. Hanya kita berharap agar cebisa-cebisan rindu akan terus bersatu membentuk satu semangat yang menjadikan kita bersemangat untuk meneruskan musafir di bumi Allah.

Sungguh, perjalanan kita tidak diketahui manakah titik nihayahnya.

Wassalam...

Nota Sebelum Titik:Kata Imam Ghazali yang paling jauh itu masa yang berlalu.

Qamar Jamilah, Mahang,
1.54a.m @ 26-11-2010
Mesra Desa-Hijjaz.